Azam Tahun Baru 2018

by - 1/03/2018 11:11:00 AM


Assalamualaikum


Rasanya belum terlambat lagi Marsha nak ucapkan Happy New Year buat rakan-rakan blogger dan juga pembaca setia marshaliza.com. Diduga dengan kesihatan yang tidak mengizinkan pada akhir tahun 2017 membuatkan entry tahun baru agak terlambat sedikit. Mohon maaf buat semua jika ada kesilapan dan keterlanjuran kata-kata Marsha sepanjang tahun 2017 moga tahun ni kita dapat buka lembaran baru untuk tahun 2018.

Happy New Year 2018

Azam Baru 2018


Setiap tahun, mesti ada azam baru kan? Paling paling pun azam baru ialah sambung azam lama yang belum tercapai, kan??...hihi. Tahun ni azam Marsha pun ada yang di 'carry foward' dari tahun 2017 dan juga ada tambahan yang lain. Moga tahun ni azam-azam Marsha ini dipermudahkan Allah untuk Marsha capai....Aaamin. Juga buat kawan-kawan moga azam kawan-kawan juga dipermudahkan Allah.

Antara azam tahun 2018 Marsha ialah Boleh Berbahasa Cina. Ini adalah azam baru yang Marsha tetapkan untuk tahun ini. Kakak Anith dah 3 years boleh berbahasa cina. Means Marsha dah bazirkan masa 3 years tau. Memang rasa rugi sangat. Jadi tahun ni Marsha akan ambil kelas Mandarin secara online In Shaa Allah. Marsha nak upgrade diri untuk bantu Kakak Anith dalam pembelajaran dia. Tahun 2020 Kakak Anith dah nak UPSR. Jadi Marsha kena lebihkan masa untuk Kakak Anith study. 

Salah satu azam tahun 2018 Marsha yang satu ni ialah 'carry foward' dari tahun 2017 iaitu nak up kan balik bisnes Marsha. Marsha suka berbisnes sebenarnya. Seronok mungkin ini juga jiwa Marsha. Azam tahun ni dalam bisnes ialah fokus balik bisnes Shaklee Marsha yang dah agak 'kelaut' kesan dari problem yang melanda diri tahun lepas. Jadi tahun ni nak buang segala kesedihan jauh-jauh dan bina hidup baru. Siapa nak bantu diri kita kalau bukan kita sendiri, betul tak?? Tahun ni Marsha juga berjinak dengan bisnes Tugeda Carrier dan juga Susu Kambing Mikkae. Doakan bisnes Marsha success ye...💕💕

Haa....ni lagi satu azam Marsha iaitu sentiasa komited berblogging. Blogging adalah jiwa Marsha dari dulu lagi. Asalnya sebagai diari hidup sekarang blog ni juga menjadi punca pendapatan sampingan. Marsha juga berazam nak menjadi seorang blogger yang aktif melancong ke blog-blog kawan-kwan blogger dan juga seorang influencer.

Doakan Marsha dapat capai impian dan azam Marsha tahun 2018 ni ye. Moga dipermudahkan semua buat kita. In Shaa Allah....Aamin.





Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

6 sahabat ibu

  1. Sama la kita..akak nak lebih komited dalam dunia blogging..sekaligus nak lebih success dalam kerjaya

    ReplyDelete
  2. Happy new year marsha. harap semua azam tercapai. aamiin!

    ReplyDelete
  3. Amin..insyaAllah semoga azam Marsha terlaksana,,best kalau dpt dpt berkomunikasi bhsa lain.,nnti leh sembang ngn anak smbil bljr

    ReplyDelete
  4. Happy new year Marsha, semoga dipermudahkan segala usaha ke arah merealisasikan azam...

    ReplyDelete
  5. Goodluck 2018 !
    Yes, buang kesedihan jejauhhh

    ReplyDelete
  6. betul..setiap tahun mesti azam untuk tingkatkan lagi penulisan dalam blog.. Dah ini yang kita pilih ..kena lah buat sungguh2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)