Anak-anak Ceria Bersama 'Koleksi Sukan Ria' Carrie Junior

/
3 Comments

Assalamualaikum


Sekarang ni kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Ini akan memberikan kesan negatif kepada kanak-kanak yang cenderung pada gadget. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Anak-anak Ceria Bersama 'Koleksi Sukan Ria' Carrie Junior


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.

Dengan pembelian Carrie Junior 700 ml akan dapat percuma figura Koleksi Sukan Ria secara PERCUMA

Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Carrie Junior Body Wash dengan Koleksi Sukan Ria


Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada :

CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak
SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian
TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat
DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki
SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, 

dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.

Jom dapatkan 6 figura comel ini!!

Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Kanak-kanak mempunyai semangat inkuiri yang sangat tinggi dan Marsha pasti figura comel yang ditempatkan di 'ruangan rahsia' mesti membuatkan si kecil teruja. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.


Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

3 comments:

  1. Carrie Junior ni pun fav anak-anak Liez. klau dapat main sabun mmg berbuih lebat dalam bilik air

    ReplyDelete
  2. Memang best Carrie Junior..Makin cantik pic yang marsha ambik..keep it up

    ReplyDelete
  3. memang best Carrie Junior. kecik2 pakai da besar xpakai tapi kadang2 picit gak anak2 buah punya shower gel ngeh2..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)