Rekaan Muslimah Kotemporari Shila Amzah bersama Asyikin Exclusive


Assalamualaikum


Rekaan Muslimah Kotemporari Shila Amzah bersama Asyikin Exclusive


Bila sebut nama Shila Amzah, bukan sahaja kita yang di Malaysia mengenali penyanyi yang cantik molek ni malah peminat dari Tanah Besar China pun mengenali beliau. Nama beliau sudah tidak asing lagi kerana telah menempa nama ke peringkat antarabangsa. Dalam kesibukan untuk persiapan perkahwinan beliau dengan tunangan beliau, Haris Idraki Elias dan juga single terbarunya yang akan diperkenalkan tidak lama lagi, Shila Amzah juga telah menceburi bidang perniagaan pakaian muslimah dan berkolaborasi dengan Nur Asyikin Rahmat, pengasas rangkaian fesyen Muslimah Kotemporari Asyikin Exclusive selama setahun. 

Sabtu lepas, Marsha sempat bertemu beliau di Sesi Meet & Greet Shila Amzah di Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central. Event ini dianjurkan oleh pihak Asyikin Exclusive untuk membawa Shila Amzah kepada peminat-peminat serta memperkenalkan design pakaian muslimah oleh Shila Amzah sendiri. Menjadi kolaborasi pertama mereka, Shila Amzah dipilih sebagai rakan strategik untuk mempromosikan koleksi terbaru butik terkenal itu seperti shawl dan blouse.

Meet & Greet with Shila Amzah


Menurut Puan Asyikin, beliau sangat selesa bekerjasama dengan Shila Amzah kerana sikap positif yang ditunjukkan. Bila ditanya tentang sejarah pertemuan Puan Asyikin dan Shila Amzah, Puan Asyikin memberitahu kami perkenalannya dengan Shila Amzah melalui bapa saudaranya yang berada di China yang memang menjadi peminat setia Shila Amzah. Kemudian mereka menjalinkan persahabatan sebelum berkolaborasi menjadi rakan perniagaan. "Saya tidak pernah bekerjasama dengan Shila Amzah dan ini kali pertama kerjasama ini dijalinkan" tambah beliau sambil tersenyum.


Menurut Puan Asyikin lagi, Shila Amzah sangat komited dan memberikan komitmen yang sangat bagus dalam mempromosikan jenama Asyikin Exclusive. " Sebab itu, saya seronok melihat selebriti kita yang mempunyai kesungguhan dalam berniaga dan platform ini sudah pasti dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk terus memajukan diri," katanya ketika ditemui selepas Meet & Greet bersama Shila Amzah di Butik miliknya di Setapak Central.

Puan Asyikin & Shila Amzah nampak serasi bersama


Sesi Meet & Greet bersama Shila Amzah mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat-peminat Shila Amzah terutamanya peminat cina yang berasal dari negara China yang membeli-belah di Setapak Mall. Bila mengetahui Shila Amzah datang ke butik Asyikin Exclusive dan membuat persembahan, Butik Asyikin Exclusive telah dikerumuni seawal jam 330 petang. Paling menarik bila Shila Amzah menyanyikan beberapa buah lagu yang berbahasa Mandarin, peminat dari China menyanyi bersama beliau. Sangat meriah!!

Shila Amzah menyanyikan beberapa lagu Mandarin


Puan Asyikin juga memberitahu pembukaan Butik Asyikin Exclusive di Setapak Central ini adalah cawangan yang ketiganya selepas di Mahkota Parade dan MITC di Melaka. Bila ditanya kenapa Puan Asyikin memilih Setapak Central Mall sebagai lokasi cawangan ketiganya, dia memberitahu bahawa target market untuk peniagaannya ini adalah pelancong asing yang banyak tinggal di sekitar Setapak Central dan juga pelanggan wanita yang berumur antara 25 hingga 45 tahun yang majoriti datang membeli belah di sini dan itu yang membuatkan beliau mengambil keputusan untuk membuka cawangan butiknya yang ketiga di Setapak Central Mall.

Bersama Shila Amzah

Bersama Puan Asyikin yang sangat peramah


Selain dari Shila Amzah, Puteri Sarah Liyana dan Sherry AL Hadad juga antara selebriti yang bekerjasama dan berkolaborasi dengan butik Asyikin Exclusive. Rekaan pakaian di Butik Asyikin Exclusive sangat moden dan menepati citarasa muslimah kotemporari. Kualiti juga terbaik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Apa salahnya kita bergaya dengan kualiti butik mewah dengan harga yang mampu milik bukan?? Marsha juga sempat grab koleksi Asyikin Exclusive memandangkan di Ipoh belum ada cawangan lagi. Jadi next pit stop mungkin Ipoh?? Tunggu...hihi

Bersama rakan-rakan blogger


Sebelum berlabuh, Marsha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Halim Nazeri dan Puan Nur Asyikin sendiri kerana sudi menjemput Marsha ke Meet & Greet bersama Shila Amzah sabtu lepas. Semoga Puan Nurasyikin dan suami dapat terus melebarkan sayap Butik Asyikin Exclusive ke seluruh Malaysia dan juga luar negara di masa akan datang. Buat Shila Amzah, semoga lebih berjaya selepas ini dan Marsha juga nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU in advance moga bahagia till jannah...Aamin. Mesti sibuk dengan persiapan untuk kenduri kan.

Untuk maklumat lanjut tentang ASYIKIN EXCLUSIVE boleh rujuk maklumat dibawah:


Facebook:



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

18 Comments

  1. cantiknya shila amzah. tak tau lak dia dah ade butik

    ReplyDelete
  2. Wah cantiknya shila amzah...suka sangat dekat suara dia

    ReplyDelete
  3. Semoga pembukaan lebih banyak butik camni dapat memberi pilihan buat muslimah untuk bergaya di samping menjaga aurat...

    ReplyDelete
  4. tingginya shila amzah..cantik ke koleksi2 kat butik Asyikin ni, marsya?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Bertambaj lagi cabang rezeki Shila Amzah dengan kolaborasi ni. Rezeki orang nak kahwin..😊

    ReplyDelete
  6. Tinggi nya Shila Amzah yea.. lawa dia tu.. mata besar.. hehehe.. Butik Asyikin ni Butik Peminat Shila Amzah kan/ Ada tengok video kat Youtube yang mengatakan Shila berkolaborasi dengan Butik Asyikin ni semua bermula dari antara peminat dan artis.. eh betul ke TB citer ni.. kalau salah gitau yea

    ReplyDelete
  7. serious cantik ...dahla dekat dengan rumah ..ade jugak grab ni kang...harga ok ke

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat bertentang mata dengan shila amzah. Tinggi orangnya yer.

    ReplyDelete
  9. Boleh survey utk baju raya lah lps ni.

    ReplyDelete
  10. Dah ada butik dah ya Shila Amzah..

    ReplyDelete
  11. Comel tinggi orangnya eh..kita suka suara dia

    ReplyDelete
  12. Yeayyyy tunggu cawangan di ipoh , haha

    ReplyDelete
  13. Tinggi juga Shila Amzah.Cantik dia.bestlah akak dpt jmp Shila

    ReplyDelete
  14. Best lahh dapat jumpa shila amzah face to facE hee

    ReplyDelete
  15. bestnya dapat jumpa Shila Amzah.. suka tengok dia berhijab dan tahniah kepada pembukaan butik ASYIKIN EXCLUSIVE

    ReplyDelete
  16. bagusnya da banyak lineup baju muslimah sekarang ni kan. senang lah nak cari baju muslimah lepas ni sebab dah ada asyikin exclusive :)

    ReplyDelete
  17. bestnya Marsha dapat jumpa dia face to face. teringin nak dengar & n tengok dia nyanyi depan mata. Mesti best kan.

    ReplyDelete
  18. tinggi juga sheila ni rupanya..bgus la die komitmen dengan kerja..payah nak jmpe skrg

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us