Rasai Alam Semulajadi Dengan Produk Herba SuzyHoney


Assalamualaikum


Marsha sangat berminat dengan alam semulajadi. Bukan hanya travel di tempat yang jauh dari hiruk pikuk kota yang dikelilingi hutan malah Marsha juga sangat suka dengan produk-produk semulajadi yang dihasilkan secara moden. Dulu-dulu masa kecik-kecik Marsha pernah tengok dan juga membantu arwah moyang Marsha membuat bedak sejuk dan juga bedak kulit rambai secara homemade. Marsha juga mengamalkan produk yang arwah moyang Marsha buat dan ia sangat memberikan kesegaran kepada Marsha. Mulai dari saat itu produk semulajadi memang menjadi pilihan Marsha.

Kini, kita tak perlu lagi proses ataupun bersusah payah untuk mendapatkan produk yang natural berasaskan alam semulajadi. Kita boleh merasai alam semulajadi dan dalam masa yang sama kita merawat pelbagai masalah yang kita alami dengan produk 'ready made' iaitu Produk Herba Suzy Honey. Jom teruskan dengan entri Marsha sampai habis ye...💟💟

Rasai Alam Semulajadi Dengan Produk Herba Suzy Honey


Hari ni Marsha nak kongsikan beberapa produk Suzy Honey yang Marsha jamin telah jatuh cinta bila menggunakannya iaitu Sabun Gelenggang dan juga rangkaian set Syampu dan Perapi Rambut Olifera Joy. Produk Suzy Honey yang telah Marsha guna ni tidak menukar persepsi Marsha terhadap hasil alam semulajadi iaitu ia terbukti lebih hebat dan selamat dari produk yang dihasilkan dari campuran bukan dari alam semulajadi. Nak tau lebih lanjut tentang Produk Herba Suzy Honey ni? Jom Marsha kongsikan...

Produk Suzy Honey Herbs


Sabun Gelenggang


Secara amnya kita memang mengetahui Pokok Gelenggang adalah pokok herba kategori renek yang mudah dijumpai di tepi jalan dan juga belukar mempunyai khasiat untuk merawat penyakit berkaitan kulit secara tradisional. Mempunyai bunga yang berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daun nya pula berbentuk 'bilateral' berlawanan secara simetri dan akan menguncup diwaktu malam. Unik kan pokok Gelenggang ni? Jadi dengan daunnya Suzy Honey telah menghasilkan Sabun Gelenggang secara moden untuk membantu melegakan penyakit kulit. Tak perlu nak cari pokok ambil daun dan tumbuk sehingga lumat untuk mendapatkan khasiatnya. Lebih jimat masa dengan Sabun Gelenggang Suzy Honey.

Pokok Gelenggang (sumber: google)


Bila bungkusan Sabun Gelanggang ini dibuka, sabun ini tidak mempunyai bau kerana ia dihasilkan secara semulajadi tanpa bahan kimia. Jadi Sabun Gelenggang ini tiada pewangi dari bahan kimia. Semuanya semulajadi. Marsha mempunyai hari yang agak sibuk setiap hari dengan kerjaya seorang guru dengan ada hari yang Marsha balik lewat petang ekoran dari latihan Bola Baling membuatkan badan Marsha mengalami kegatalan dan juga ketidakselesaan akibat peluh. Kulit Marsha ni boleh dikategorikan sensitif. Usai penggunaan selama seminggu dengan Sabun Gelenggang ini, Marsha dapati kegatalan yang Marsha alami dah berkurang malah kulit Marsha lebih licin dari sebelum ini dimana agak kasar sedikit mungkin pengunaan shower foam yang mengandungi bahan kimia. yang tidak sesuai dengan kulit Marsha.



Sabun Gelenggang


Khasiat Sabun Gelenggang


  • Antibakteria
  • Menghilangkan bau badan
  • Ruam
  • Panau
  • Sakit kulit
  • Resdung, Jerawat dan Parut
  • Menanggalkan daki
  • Gatal-gatal Kulit
  • Ekzema

Kandungan Sabun Gelenggang

Kandungan yang ada dalam Sabun Gelenggang ini semua dari bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia:
  • Vege Glycerin
  • Senna Leaf
  • Virgin Coconut Oil
  • Jojoba Oil
  • Vit. E Oil
  • Argan Oil
  • Litsea Cubeba Essential Oil

Harga: RM18.00


Set Syampu dan Perapi Rambut Olifera Joy

Marsha juga telah mencuba set Syampu dan Perapi Rambut Olifera Joy ini memandangkan Marsha memang ada masalah keguguran rambut yang agak teruk selepas bersalinkan Baihaqi. Kulit kepala juga gatal-gatal dan juga berkelemumur dan berminyak. Selepas menggunakan rangkaian set Syampu dan Perapi Rambut Olifera Joy ini, rambut gugur Marsha sudah berkurang dari segi kuantiti. Rambut lebih kuat, kelemumur dah hilang dan sudah tiada kegatalan kulit kepala. Kulit kepala Marsha juga sudah tidak berminyak. Rasa best sangat lepas syampu kerana rasa freshh!!!

Set Syampu dan Perapi Rambut Olifera Joy


Rangkaian set Syampu dan Perapi Rambut Olifera Joy ini juga dikenali sebagai Syampu dan Perapi Rambut Moringa kerana ia diformulasi khas dari  bahan semulajadi herba Daun Moringa /Oleifera Joy/ Daun Kelor. Ianya sangat bagus merawat kulit kepala /scalp / rambut kerana kandungan vitamin A, C ,D, E dan pelbagai mineral. Sesuai di gunakan untuk pelbagai jenis rambut. Ia juga hadir dengan botol jenis 'pump' yang menyenangkan para pengguna untuk menggunakannya.


Kandungan Set Shampu dan Perapi Olifera Joy

  • Purified water
  • Rich coconut cleansing complex
  • Moringa Oil
  • Vit E
  • Kemboja Essential Oil

Khasiat Rangkaian Set Syampu dan Perapi Olifera Joy


  • Melancarkan perjalanan darah kulit kepala
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru
  • Merawat masalah keguguran rambut 
  • Tekstur rambut menjadi bersinar/ glowing
  • Menguatkan akar rambut.

Cara Penggunaan


Cara penggunaan juga amat mudah. Hanya 'pump' kan 1-2 Syampu Olifera Joy dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian basuhkan kulit kepala dan rambut. Urut kulit kepala sehingga rata dan bilas sehingga bersih. Kemudian 'pump' kan 1-2 Perapi Olifera Joy dan sapukan ke rambut. Biarkan seketika selama beberapa minit. Bilas dan cuci bersih.


Set Syampu dan Perapi Olifera Joy ini juga tanpa bahan kimia / SLS / Paraben. Jadi boleh digunakan tanpa was-was.

Harga: RM55/set


Oh ya, pihak Suzy Honey juga tengah mencari agent dan dropship di seluruh Malaysia. Jika ada yang berminat boleh hubungi terus untuk maklumat lanjut. Maklumat lanjut tentang pelbagai lagi produk Suzy Honey ini boleh rujuk maklumat dibawah:

Website:


Facebook:


Instagram:



** Review ini adalah dari pengalaman penulis sendiri selepas menggunakan produk Suzy Honey Herbs. Perlu diingatkan jenis kulit dan kesan setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Ia mungkin menunjukkan kesan yang berbeza. Ia mungkin sesuai untuk penulis tetapi tidak serasi dengan individu lain**

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

5 Comments

  1. terbaik la product ni..guna bahan2 semulajadi ..:)

    ReplyDelete
  2. Terasa bagai diri bergabung dengan alam...

    ReplyDelete
  3. Suka betul dengan nama Olifera Joy ni, dah la nama best khasiat pun best, semulajadi.

    ReplyDelete
  4. Produk homemade mcm ni memang bagus digunakan sebab terbukti selamat dan berkesan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us