Bateriku.com Wira Bateri Bila Kecemasan



Assalamualaikum



Bateriku.com Wira Bateri Bila Kecemasan | Last weekend Marsha sekeluarga balik kampung suami menjenguk mertua di kampung. Biasalah weekend mestilah kita keluar jenjalan kan. Jadi sabtu lepas planning nak jalan-jalan di Butterworth. Jadi kami keluar bersiar di Bandar Perda. Masa gerak dari umah Mertua keadaan kereta baik dan tiada masalah apa apa. Tapi perasan yang lampu agak malap dari sebelum ini. Kami pikir ia mungkin perkara biasa. Kami singgah di Mc Donalds Bandar Perda kerana Marsha nak ke toilet. Tumpang sebab tak tahan dah nak berhenti di stesen minyak. Memang tidak terpikir kami akan menghadapi masalah. Suami mematikan kereta semasa menunggu Marsha ke toilet.

Usai hajat Marsha, kami pun nak bergerak ke AEON sebenarnya untuk membeli sedikit keperluan. Disini lah kami telah menghadapi masalah kereta tidak hidup bila cuba start. Berkali mencuba kereta tak mahu juga hidup. Suami sempat cakap kat Marsha ini mungkin masalah bateri sebab dia perasan yang lampu kereta agak malap dari sebelumnya. Kalau harapkan Marsha memang tak la perasan sebab Marsha tahu bawak je....hahahaha. Bahaya betul.

Jadi dengan pantas Marsha google tentang Bateriku.com. Marsha pernah amik servis Bateriku.com masa kereta hadapi masalah bateri kong di Ipoh. Jadi Marsha google untuk cari perkhimatan di Penang pula. Kebetulan kereta buat hal di Penang kan. Alhamdulillah jumpa no contact di web Bateriku.com dengan pantas Marsha call. Hanya dengan beberapa maklumat seperti lokasi dan masalah, selepas call dalam setengah jam Bateriku.com sampai dengan kereta hijau nya. Bila nampak dorang sampai hati makin rasa lega. Alhamdulillah.

Tengah call Bateriku.com


Lepas memperkenalkan diri masing-masing, En Mat dengan pantas terus memberikan servis beliau. Membuka bonet hadapan kereta dan memulakan sesi pemeriksaan untuk mencari punca kereta tidak hidup bila start. Menurut En Mat, sepatutnya dia akan cek bateri, air wiper, air radiator, alternator untuk pemeriksaan. Tapi disebabkan enjin kereta masih panas ada beberapa proses pemeriksaan yang tidak dapat dibuat. Jadi, En Mat membuat pemeriksaan yang dapat dibuat dalam situasi enjin yang panas macam situasi kereta Marsha.


En Mat dari Bateriku.com tengah buat pemeriksaan


Usai prosedur pemeriksaan barulah kami dapat tahu punca kereta tidak hidup. Betullah tekaan kami ianya berpunca dari bateri kereta kong. Menurut En Mat, jika lampu mula malap semasa kereta hidup ia menunjukkan tanda-tanda bateri kereta mula kurang kuasanya. Lagipun bateri kereta pun dah dua tahun sepatutnya memang nak tukar baru tapi disebabkan Marsha dan suami tidak berkesempatan nak ke bengkel jadi kami hold dulu. Kereta masih berjalan kan...hihi. Akhirnya kereta mogok di jalanan. Nasib baik tempat parking....hadoii!! Lepas ni jadi teladan buat kami bersedia awal-awal. 


Beberapa penerangan diberikan oleh En Mat kepada suami


Semasa call tadi En Mat dah tanya sesiap jenis kereta jadi En Mat dah bawa sesiap bateri kereta sesuai jika Marsha perlu menukar bateri kereta. Perkhidmatan di Bateriku.com ni bukan wajib tukar bateri ya. Jika bateri masih boleh digunakan dorang tak kan tukar kecuali memang keadaan kena tukar macam Marsha ni. Kalau tak tukar macamana nak jalan. Betul tak?? Jadi dengan pantas En Mat menukar bateri kereta dan servis dorang sangat pantas dalam15-20 minit sahaja. Jadi kita tak perlu menunggu lama. 


Alatan yang digunakan untuk pemeriksaan



Bateri



Alhamdulillah setelah usai proses tukar bateri, Marsha membuat pembayaran dekat En Mat. Bila tanya harga, En Mat menyatakan hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Servis semua percuma. Tak percaya?? Ye betul Bateriku.com hanya charge harga bateri sahaja kepada pelanggan. Pemeriksaan, penghantaran dan pemasangan adalah PERCUMA!! Harga bateri pula adalah paling murah setakat ini berbanding yang lain. Sangat puas hati.

Tentang Bateriku.com

Selain dari Pulau Pinang, Bateriku.com juga mempunyai cawangan di seluruh Malaysia iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang juga Sabah dan Sarawak. Haa....satu Malaysia tau cawangan dia. Jadi kalau travel then ada masalah pada kereta boleh terus hubungi Bateriku.com. Dengan pantas Bateriku.com akan sampai.

Menurut En Mat, Bateriku.com di Pulau Pinang telah beroperasi selama hampir tiga tahun. Masa beroperasi pula dari 7 pagi hingga 12 malam. Jadi jika ada masalah di masa operasi tersebut tiada masalah. Bateriku.com boleh datang. Di Pulau Pinang, kawasan yang En Mat cover ialah seluruh Pulau Pinang. Tapi based di Bagan Ajam. Juga ada dealer di kawasan tertentu. Jadi jangan risau. Ada masalah call aje. Masalah kereta je tau....hihihi

Bateriku.com Servis Terbaik

Mengapa Bateriku.com Menjadi Pilihan?

1. Servis Penghantaran, Pemeriksaan dan Pemasangan PERCUMA.


Ini adalah 'trademark' Bateriku.com. Ikut psikologi semua orang suka perkataan PERCUMA kan? Jadi Bateriku.com ini memastikan servis penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan yang percuma untuk kepuasan pelanggan. Pelanggan hanya perlu bayar harga bateri sahaja. Menarik kan? Hanya Bateriku.com sahaja yang buat servis 3P ini PERCUMA.

2. Murah


Sebelum kereta mogok, Marsha dan suami telah survey beberapa jenama bateri sebenarnya. Tapi kami dapati harga bateri di Bateriku.com ini adalah paling murah setakat ini. Jenama yang sama yang Marsha dan suami survey. Jadi kami tanpa banyak soal terus tukar bateri dengan Bateriku.com. Dah la servis percuma, bateri pula murah dari yang lain.

3. Sistem Pembayaran Yang Mudah


Marsha memang jenis yang tak bawa cash banyak. Jadi pembayaran yang Marsha buat adalah melalui Debit Kad. Kredit Kad pun boleh guna juga. Ikut mana keselesaan korang. Jadi jangan risau bila kereta buat hal dan kita tak ada cash. Bateri.com memudahkan pelanggan. Janji dalam kad debit ada duit ya....hihi

4. Waranti seluruh Malaysia

Bateri yang masih ada waranti yang dibeli dari Bateriku.com jika ada masalah boleh call mana-mana cawangan. Sebagai contoh kita tukar bateri di Pulau Pinang kemudian kita travel ke Kuala Lumpur dan disana bateri problem dan bateri masih ada waranti. Jadi hanya perlu call Bateri.com Kuala Lumpur dan dorang akan datang servis secara PERCUMA. Jadi tak perlu pening kepala kerana waranti bateri seluruh Malaysia.

Lagi satu untuk lebih senang boleh install Apps Bateriku.com di Google Play untuk Android dan App Store untuk IOS. Ia juga PERCUMA !! 😍😍


Batriku.com Apps IOS

Sebelum balik Marsha sempat mengambil gambar En Mat posing dengan kenderaan Bateriku.com yang kehijauan itu. Jadi orang penang boleh la kenal terus dengan En Mat ni untuk servis Bateriku.com

En Mat bersama Kenderaan Bateriku.com


Untuk maklumat lanjut:

Website: 

Facebook: 

Instagram: 


Telefon @ Toll Free: 
1-300-22-2324


e-Mail: 
customersupport@bateriku.com




** Jangan lupa download apps Bateriku.com di Google Play untuk android dan App Store untuk IOS ya...FREE ajer...😍😍








Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

21 Comments

  1. Wa cikgu. Boleh jadi duta Bateriku.com lepas ni. Alhamdulillah ada servis macam ni kan. Tak payah susah-susah nak ke bengkel. Silap-silap tak tahu punca, towing ke bengkel pun dah kena charge berapa.

    ReplyDelete
  2. Bateriku.com memang terbaik, kekalkan servis terbaik

    ReplyDelete
  3. Syukur ada perkhidmatan Bateriku.com ni...

    ReplyDelete
  4. dah download siap-siap. Nampak tak sediakan payung sebelum hujan. Ramai kata servis bateriku.com bagus

    ReplyDelete
  5. bagus ada servis macam ni..dorang boleh dtg ke tempat kita..klu tak jenuh gak nak cari towing..dah tambah kos lain plak...

    ReplyDelete
  6. bagus ada servis macam ni..dorang boleh dtg ke tempat kita..klu tak jenuh gak nak cari towing..dah tambah kos lain plak...

    ReplyDelete
  7. Kita pernah guna khidmat bateriku..memanh cepat servis mereka

    ReplyDelete
  8. Lepas ni Sal nak remind Mr Hubby tentang Bateriku.com..murah , cepat dan berbaloi

    ReplyDelete
  9. Bagus ada servis bateriku.com ni.kalau malam malam kereta ada masalah call saja bateriku.com

    ReplyDelete
  10. Bagus ada servis bateriku.com.kalau malam malam kereta buat hal call saja perkhidmatan bateriku.com ni.selesai masalah

    ReplyDelete
  11. Dah pernah guna khidmat baterikucom..memang senang dan pantas.

    ReplyDelete
  12. Bagus kan ada servis macam nie, tambah macam kita nie orang perempuan kalau jadi apa-apa kat jalan senang juga ada servis macam nie..

    ReplyDelete
  13. Ok kena download apps tu. In case emergency ke kan. Masa servis pun panjang dan coverage pun luas.

    ReplyDelete
  14. Ramai juga yang dah review tentang perkhidmatan bateriku.com ni. Senanglah kan kalau kereta meragam tiba2. Kena download apps laju2lah macam ni.^^,

    ReplyDelete
  15. Senangnya ada mobile service macam ni. In case ada kecemasan tiba2 kereta buat hal, tak tau nak contact siapa boleh terus cari bateriku.com ni. Must have apps dalam phone. For emergency purposes! Thank you sis marsha for sharing info!��

    ReplyDelete
  16. Best sekarang, servis macam ni pun dah ada, senang.

    ReplyDelete
  17. Memang bagus service bateriku ni. Call jer terus datang. Tak download lagi apps tu. Nanti nak download.

    ReplyDelete
  18. wah.. kena upload app bateriku.com ni.. senang kalau ada apa2 hal kan.. call je diorang .. x perlu risau apa dah..

    ReplyDelete
  19. Perkhidmatan Bateriku.com memang terbaik, senang dan menjimatkan masa. Patut recommend dekat kawan2.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  20. pernah dgar pasal website and service ni tapi tak pernah lagi try. ni sangat useful lagi lagi untuk perempuan ni hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us