Perasmian Pembukaan Giant Falim dan MOU bersama amaxMALL.com

Assalamualaikum



Marsha nak share berita gembira buat semua pembaca amnya dan juga warga Ipoh khususnya. Apa berita gembira tu?Ha...meh nak citer. Beberapa bulan lepas kita dikhabarkan berita yang pasaraya Giant banyak tutup. Terutamanya Giant yang terletak sebelah highway PLUS yang telah ditutup dan telah menjadi restoren sekarang. Sebenarnya Giant hanya berubah ke tempat baru yang lebih strategik. Jadi pada 9hb Februari lepas Marsha dan kawan-kawan blogger dijemput ke perasmian pembukaan Giant di Falim. Haa...jom baca entri Marsha sampai habis ye.

Perasmian Pembukaan Giant Hypermarket Falim dan MOU bersama amaxMALL.com

Sekitar Majlis Perasmian

Giant Falim terletak lebih kurang 4km dari bandar Ipoh dan dilengkapi lebih dari 1000 petak tempat letak kereta dan juga motosikal. Ia dibina untuk memudahkan pelanggan membeli-belah bersama keluarga. Giant Hypermarket Falim ini beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari bekerja dan 8.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari minggu. Jadi hari minggu nak beli barang basah di giant mestilah segar-segar.

Upacara memeotong Riben oleh Dato Basaruddin dan Mr Pierre


Upacara gendang oleh Dato Basaruddin



Sebenarnya Giant Hypermarket Falim telah dibuka untuk orang ramai pada 1 Februari 2018 secara rasmi. Pada 9 Februari Giant Hypermarket Falim telah dirasmikan secara besar-besaran oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPDNKK iaitu Datuk Basaruddin Sadali bersama Ketua Ekskutif GCH Retail (M) Sdn Bhd, Pierre-Oliver Deplanck. Semasa majlis perasmian ini juga 50 keluarga yang terpilih diberikan voucher eKasih oleh pihak GCH Retails.

Dato Basaruddin memberikan angpaw kepada penerima My Kasih

Penyerahan Cek kepada MyKasih


Mr Pierre dengan penerima MyKasih


Pada hari perasmian ini juga pihak GCH Retail telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan AmaxMALL. Ini kali pertama Marsha tahu tentang AmaxMALL ini. Nak tau dengan lebih terperinci tentang AmaxMALL? Meh Marsha terangkan dengan lebih lanjut.

amaxMALL.com


AmaxMALL adalah platform e-dagang milik penuh rakyat Malaysia yang menempatkan sebahagian produk dan jenama Malaysia yang terdiri dari makanan, kesihatan & kecantikan, fesyen, teknologi dan produk untuk ibu & kanak-kanak. AmaxMALL telah beroperasi selama 2 1/2 tahun dan kini berkembang untuk menawarkan produknya di dalam dan luar talian (online dan offline). Disinilah keunikan AmaxMALL berbanding platform online yang lain. AmaxMALL menyediakan peluang kepada semua pengusaha untuk menerokai dan memanafaatkan kedua-dua saluran pasaran melalui saluran digital di amaxmall.com dan melalui saluran fizikal di pasaraya Giant. Jadi ada dua pilihan online atau offline dan Marsha pasti tiada masalah untuk dapatkan barangan dari AmaxMALL ini.

Pada hari perasmian, 9 Februari 2018 produk usahawan dari amaxMALL mula ditawarkan di pasaraya Giant di Falim. Bukan itu sahaja, dalam bulan Februari juga produk-produk usahawan dari amaxMALL boleh juga didapati di 29 pasaraya-pasaraya Giant di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jadi kawan-kawan yang berada di sekitar boleh la mendapatkan produk usahawan kita di pasaraya berhampiran juga boleh dapatkan melalui online juga. Ia melibatkan seramai 13 usahawan, merangkumi 51 unit stok pennyimpanan (SKU) yang meliputi 3 kategori iaitu makanan & minuman, kesihatan & kecantikan dan fesyen.

Jadi melalui perjanjian persefahaman (MOU) antara amaxMALL dan GCH Retail memberi peluang kepada usahawan IKS untuk melebarkan sayap memperkenalkan produk masing-masing dengan lebih meluas. Antara produk IKS yang terlibat ialah Dodol Bonda, Latipah, Imaan Suci World,Green Suri , Dapur Ibu dan banyak lagi.

Sambal Rojak Nureys

Susu Kambing Baraka

Kordial Ameen


Jadi kalau nak cuba produk-produk IKS boleh la layari web amaxMALL.com atau terjah ke pasaraya Giant untuk dapatkan nya. Mudah dan senang. Betul tak? Jadi jangan lupa singgah pasaraya Giant atau klik web amaxMALL.com ye...💗💗






Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

1 Comments

  1. Oooo baru tahu.rupanya giant tutup sebab nak buka cawangan baru yg lebih besar.yang bagusnya ada produk tempatan turut dijual.bagus juga ada gabungan antara giant dan amaxMall

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us