Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed

by - 3/29/2018 09:29:00 PM

Assalamualaikum


Hai semua!! Sihat tak? Hari ni Marsha nak share satu info penting mengenai 'Duit'. Haa...menarik tak?? Seperti yang kita sedia maklum selain bekerja sendiri dan makan gaji, kita juga boleh buat atau jana duit secara alam maya atau online. Menarik kan? Tambah lagi saranan menteri suruh buat kerja part time untuk tampung perbelanjaan. Kalau dok KL memang ko sara hidup tinggi. Memang kena buat kerja lebih.

Banyak cara untuk buat duit online ini. Antaranya menjadi dropship dan paling trend sekarang ialah buat duit dengan affiliate. Baru-baru ni Marsha diperkenalkan dengan satu 'LUBUK' duit. Jadi untuk entri kali ni Marsha nak share bagaimana kita boleh buat duit dengan Marketplace Tok Syed. Jom baca sampai habis entri ni | Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed 

Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed



Tentang Marketplace Tok Syed

Marketplace Tok Syed ini adalah salah satu  platform e-commerce yang menyediakan dan menawarkan pekerjaan online kepada individu yang telah mendaftar dengan Marketplace Tok Syed. Jadi ia terbuka untuk semua yang mendaftar dengan Marketplace Tok Syed. Yang penting ada social media macam Facebook, Instagram dan banyak lagi. Korang mesti ada salah satu at least kan? Untuk yang mempunyai blog juga ada job dari masa ke semasa.



Bagamana Buat Duit Dengan Marketplace Tok Syed?

Bila tengok gambar pertama tadi banyak kan job dan tawaran nya juga agak lumayan. Tak perlu nak keluar dari rumah untuk buat part time dan cari duit sampingan. Hanya perlu ada internet, komputer, laptop atau telefon pintar yang boleh access social media.

Cara untuk buat duit online dengan Marketplace Tok Syed ini senang sahaja. Ada 4 cara untuk buat duit melalui Marketplace Tok Syed ini iaitu:
  • Menjadi pengedar Tok Syed
  • Jual beli produk yang ada dalam Marketplace Tok Syed
  • Affiliate (boleh daftar buat duit dengan affiliate)
  • Buat job yang ditawarkan dalam Marketplace Tok Syed
Jadi kalau nak buat keempat-empat cara pun boleh ikut pilihan masing-masing...hihi. Janji perlu ada internet dan laptop atau telefon pintar. Dimana sahaja boleh buat kerja. Untuk surirumah boleh buat duit sambil menguruskan rumahtangga.

Ok, sebelum nak buat duit online dengan Marketplace Tok Syed ni ada beberapa langkah yang perlu dilakukan. Langkah-langkah nya ialah:

Langkah 1: Mendaftar sebagai ahli di Marketplace Tok Syed.

Segala details akan kita isi semasa register seperti username, password, detail diri, alamat, no acc bank dan banyak lagi.

Register


Langkah 2: Log in 

Log in

Langkah 3 : Apply job

Korang boleh apply mana-mana job yang sesuai dengan korang. Ada macam-macam job tinggal pilih dan apply sahaja.

Apply mana-mana job yang berminat

Langkah 4: Submit job

Setelah usai buat job dan perlu disubmit supaya kita akan dapat reward.

Job yang telah di submit

Langkah 5: Dapat reward ( Reward bernilai Pitee - contoh 150 Pitee = RM150)

Job yang dah Dibayar 5.00 Pitee

Senang bukan buat duit online dengan Marketplace Tok Syed ni? Apa tunggu lagi dan jangan lepaskan peluang kerana job yang ditawarkan terhad. Siapa cepat dia dapat...hihi. Jadi jom kita sama-sama buat duit di lubuk terbaik ni.



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

10 sahabat ibu

  1. Menarik juga peluang ni. Siapa yang nak cari side income boleh lah cuba mana2 cara yang dia rasa selesa kan.

    ReplyDelete
  2. Banyak cara nak cari extra income dengan tok syed ni ye marsha. Pilih je mana-mana yang kita rasa selesa. Janji ada usaha.

    ReplyDelete
  3. Nak cari duit, perkara utama kena usaha dan rajin dan istiqamah..insyaAllah rezeki milik mereka yg berusaha

    ReplyDelete
  4. Oh...diorang perkenalkan affiliate..bagus la Marsha join...zaman sekarang banyak cara untuk tambah duit sampingan

    ReplyDelete
  5. menarik tawaran nih..tok syed memang nampaknya sedang melebarkan sayapnyaa...

    ReplyDelete
  6. Wah..baru tau ada marketplace baru...nak join affiliate la pasni

    ReplyDelete
  7. Bagusnya ada macam ni.. boleh jadi website online yang mendatangkan side income ni.. hehe.. TB abru daftar.. nanti nak tengok-tengok apa yang best untuk dicuba

    ReplyDelete
  8. oh mcm jobstreet atau mudah ke blh recommend kawan sy daftar juga sbb dia nak cari kerja juga..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)