Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020

Assalamualaikum


Harini, 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 akan bermula Pendaftaran Murid Tahun Satu Sesi 2019/2020. Bermakna anak korang yang lahir 02.01.2012 dan 01.01.2013 sudah boleh mendaftar untuk kemasukan tahun satu ambilan 2019 dan 2020. Masih ramai yang belum jelas tentang pendaftaran ini bukan? Melalui entri ini Marsha nak share dengan korang prosedur yang diperlukan semasa mendaftar anak-anak untuk kemasukan tahun 1 2019/2010 nanti.| Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020.


Bagaimana Cara Mendaftar?

Untuk pendaftaran kemasukan tahun 1 ini ibu bapa boleh buat secara ONLINE untuk mendaftar. Senang kan? Hanya dihujung jari sahaja. Tak perlu nak  ke sekolah untuk membuat pendaftaran. Kini lebih mudah dan paraktikal. Marsha akan kongsikan manual Sistem Pendaftaran Atas Talian ini nanti.

Borang Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 secara ONLINE akan mula dibuka pada hari ini, 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018. Jadi ibu-bapa mempunyai masa yang sangat cukup untuk membuat pendaftaran anak masing-masing. Pendaftaran secara online boleh dibuat ni lama sesawang Sistem Pendaftaran Atas Talian : public.moe.gov.my.

Untuk pengguna yang sudah mendaftar anak sebelum ini boleh menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang sedia ada. Bagi yang pertama kali perlu mendaftar wajib klik pengguna baru untuk mendaftar katalaluan di SPATKTM.

Usai mendaftar sebagai pengguna, bagi yang pertama kali menggunakan SPATKPM ini, boleh lah terus ke langkah yang seterusnya merujuk kepada MANUAL SPATKPM ini.

Laman Web SPATKPM
Antara maklumat yang perlu diisi dalam SPATKPM ialah:
  1. Maklumat Prasekolah / Tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod Imunisasi kanak-kanak.

 Dokumen yang Diperlukan

Setelah selesai mengisi SPATKPM, para ibu bapa hendaklah mencetak borang yang lengkap dan berjaya didaftarkan untuk tujuan pengesahan sekolah. Ibu bapa perlu membawa borang yang telah dicetak ke sekolah yang dipilih atau dipohon untuk tujuan pengesahan pendaftaran setelah 14 hari pendaftaran dibuat secara online. Dokumen yang diperlukan ialah:

  1. Sijil lahir kanak-kanak (Asal dan satu salinan)
  2. Kad Pengenalan Ibubapa/Penjaga (Asal dan satu salinan)
  3. Surat nikah/ Surat cerai (Salinan Asal dan satu salinan)
  4. Salinan Bil Elektrik / Bil Air untuk pengesahan bukti alamat tempat tinggal.
  5. Laporan kesihatan atau Kad OKU (Jika berkaitan)
  6. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi.
  7. Sampul surat saiz standard dan setem (Saiz sampul dan harga setem ditentukan sendiri oleh sekolah yang dipohon.
Jadi Marsha berharap entri ini dapat membantu sedikit sebanyak. Untung sekarang semuanya mudah. Marsha dulu daftarkan Anith kena walk in ke sekolah yang dipohon. Untuk keputusan pula perlu tunggu surat rasmi dari sekolah yang dipohon. Untuk sekarang, ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan secara online. Senang kan? Ok jumpa nanti next entri ya....💓




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

30 Comments

  1. Ana next year baru boleh daftar sebab syafi lahir 2014. Kena take note lah lps ni.

    ReplyDelete
  2. Baru tahu sekarang sekolah rendah kemasukan darjah 1 dah boleh dibuat secara online. Mudah nya bukan. Tak payah borang bagai.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  3. Tak daftar lagi yang baru ni. Last year ada daftar. TApi tak cukup document. Buku imunisasi tak jumpa... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ape...jangan lupa daftar sebelum tarikh tutup

      Delete
  4. skrg tgh ramai isi borang ni

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this useful information. Parents with kids of this age should take note. Will alert my friends as well.

    ReplyDelete
  6. Semua parent kena get ready.. Daftar awal-awal supaya tak lupa. Kena alert semua dah online sekarang.

    ReplyDelete
  7. Senang kan sekarang nie semua dihujung jari ja kan..

    ReplyDelete
  8. Semalam jugak Sal dah settlekan..Alhamdulillah dapat register....

    ReplyDelete
  9. Anak kite lg 2 tahun baru darjah 1.sekarang ni tgh fikir nak masukkan prasekolah ke x.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pra sekolah pun ok sebab bagi pendedahan pada anak untuk darjah 1 nanti

      Delete
  10. Saya lambat lagi. Adhwa baru dua tahun.tapi adik dah kena daftar untuk anak dia lah

    ReplyDelete
  11. owh, awalnya.. memang kena daftar awal eh..

    ReplyDelete
  12. owh, awalnya... memang kena awal macam tu eh..

    ReplyDelete
  13. Bole share dekat kak kt kg... Nnt anakbdia nk masuk darjah 1

    ReplyDelete
  14. Senang ni, daftar awal-awal tak risau nanti dah full masa last minute

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us