Tips Memilih Muslimah Dress Yang Sesuai

/
14 Comments

Assalamualaikum.


Zaman berfesyen telah kembali menyengat di abad ini. Bermacam-macam fesyen yang trendy tumbuh macam cendawan dari pelbagai brand. Wanita muslimah juga tak terlepas peluang untuk berfesyen kerana sudah banyak brand mengeluarkan fesyen khas untuk wanita muslimah seperti Mulismah Dress. Masih menutup aurat dan mengekalkan keayuan tetapi boleh berfesyen mengikut trend terkini. Korang pun mesti suka berfesyen kan??

Seperti yang korang tau, sekarang ni kesedaran berfesyen di kalangan wanita muslimah menjadi trending terkini. Terutama pada remaja-remaja muslimah yang kini telah membuka mata terhadap fesyen. Nampak 'up to date' tetapi masih menutup aurat. Tetapi ada sedikit masalah jika pemilihan fesyen muslimah dress tidak sesuai dengan individu akan nampak 'weird' atau seksi terutamanya  kesan pada bentuk tubuh. Ini yang menjadi masalah kepada individu yang nak mencari muslimah dress yang sesuai. Jadi apakah tips-tips pemilihan muslimah dress yang sesuai? Jom baca| Tips Memilih Muslimah Dress Yang Sesuai

Tips Memilih Muslimah Dress Yang Sesuai


Sebagai wanita muslimah, kita perlulah memilih muslimah dress yang mengikut garis dan panduan syarak. Jadi disini Marsha kongsikan beberapa Tips Memilih Muslimah Dress:

Muslimah Dress

  • Muslimah Dress hendaklah menutup aurat.
  • Rekabentuk yang longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk badan dengan jelas.
  • Material fabrik perlu dari fabrik yang TEBAL dan TIDAK JARANG yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan dari luar. Jika nampak jarang atau nipis perlu pastikan korang memakai 'inner' untuk mengelakkan bayangan tubuh badan.
  • Material fabrik juga dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut sehingga melekat ke tubuh bila ditiup angin.
  • Tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihat.

Marsha juga nak kongsikan Tips Ringkas Untuk Memilih Muslimah Dress agar sesuai dengan bentuk tubuh:

Tubuh Tinggi


Wanita muslimah yang bertubuh tinggi sangat sesuai memakai Muslimah Dress. Tambahan aksesori seperti rantai atau gelang membuatkan si pemakai nampak lebih ayu.


Tubuh Berisi


Pemilihan Muslimah Dress untuk si pemakai yang berbadan berisi agak terhad. Untuk tubuh yang berisi, pilih muslimah dress yang berbentuk 'straight cut' untuk elakkan penampakan bentuk badan yang ketara.

Tubuh Kecil


Untuk individu yang berbadan kecil, Muslimah Dress agak terhad juga sebagai pilihan. Ini pemakaian dress akan labuh kerana biasanya individu yang berbadan kecil ni tak tinggi sangat. Jadi pilih saiz yang bukan untuk pemakai yang bertubuh tinggi. Pilih muslimah dress berbentu 'A Cut' untuk nampak lebih elegan.

Haa....manarik tak tips yang Marsha kongsikan ni? Marsha harap tips-tips yang telah Marsha share hari ini dapat bantu serba sedikit dalam pemilihan Muslimah Dress yang sesuai. Jadi sebelum membuat pembelian boleh la rujuk tips ini ya...💗



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

14 comments:

  1. Thanks for the tips. Orang petite memang susah nak cari muslimah dress. Kalau ada pon kena alter dulu... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Ok kena cari yang straightcut. So boleh lah sorok yg sepatutnya

    ReplyDelete
  3. Tips yang baik tambahan nak dekat raya dah ni

    ReplyDelete
  4. me dalam kategori tubuh kecil tu..mmg tak boleh pilih dress yg untuk bertubuh tinggi..mmg menyapu sampah la jawabnya..

    ReplyDelete
  5. Nak beli dress memang kena ambil kira semua faktor terutamanya bentuk badan kita kan

    ReplyDelete
  6. Good sharing Marsha, Kak Sue badan kecik susah juga kadang tu nak cari yang padan dengan Kak Sue..

    ReplyDelete
  7. Yang bertubuh berisi kene pilih warna gelap boleh nampak kurus dan ramping...

    ReplyDelete
  8. Lepas ni nak beli dress kan just refer kat sini je tips dia. hehhe mudah kan untuk penggunaan muslimah.

    ReplyDelete
  9. pemilihann yang betul menampilan lebih bergaya
    Janji Kita

    ReplyDelete
  10. Liez mmg suka pakai jubah dress sbb senang nak bergerak... bila time gemuk2 ni lg la suka pakai dress.. sembunyikan lemak2 yg ada

    ReplyDelete
  11. Saya bertubuh berisi.. Susah betul nk cati baju yg sesuai...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)