Tips Mencuci Muka Dengan Betul Dan Berkesan

Assalamualaikum


Happy wekkend uolss...hihi. Kemana korang minggu ni? Mesti keluar bawa family jalan-jalan kan? Samalah Marsha tadi keluar kejap ke TGV Aeon Klebang layan cite Monster Hunt. Tapi next entri Marsha share tentang Monster Hunt ni. Hari ni Marsha nak share Tips Penjagaan muka secara harian. Mesti ramai nak tahu kan? Jadi hari ni Marsha share | Tips Mencuci Muka Dengan Betul Dan Berkesan.

Rata-rata mengatakan 'ala, cuci pakai tangan pun bersih ape'. Tapi benarkah ia benar-benar bersih? Haa...inilah yang Marsha nak share arini. Marsha sendiri pun dulu kira ok dah cuci guna tangan. Kita dah rasa betul dah tapi sebenarnya salah. Sebab tu bila kita pakai produk, produk tu tak nampak perubahan sebab cara kita tak betul. Semua nak kulit yang sihat, bersih dan flawless kan? Jadi kita perlu menjaga aset kita dengan cara yang efektif supaya tidak ada lagi pori tersumbat atau masih ada kotoran.

Ok ada beberapa tips yang Marsha nak kongsikan arini. Jom kita tengok:

1. Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit - Kulit muka kita terdiri dari 3 jenis kulit iaitu Kulit Berminyak, Kulit Kering dan Kulit Kombinasi. Jadi korang kena pastikan korang jenis kulit mana dan beli pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit. Jika kita 'main bedal' je pakai ia mungkin akan merosakkan dan mengeringkan kulit korang.

2. Gunakan SCRUB 2 kali Seminggu - Perbuatan mencuci muka tanpa menggunakan SCRUB bagai mencuci 'lepas batuk ditangga'. Ini kerana kulit kering masih ada di kulit muka dan menganggu proses mencuci muka. Jadi, amalkan penggunaan scrub sekurangnya 2 kali seminggu untuk membuang sel kulit mati yang ada.

3. Cuci Dengan Air Suam - Kalau kita beli produk pencuci muka memang di bahagian instruction akan mention 'basuh muka dengan air suam' kan? Penggunaan air suam dapat membuka liang roma dan kulit muka kita akan dibersihkan secara optimum. Yes, jadi mulai hari ni amalkan mencuci muka guna air suam yerr.

4. Bersihkan 'Makeup' Sebelum Mencuci Muka - Ini sangat penting buat korang yang suka 'makeup'. Pastikan bersihkan 'makeup' dengan pembersih 'makeup' yang khusus supaya tidak mengganggu proses memcuci muka. Jika tidak dibersihkan terlebih dahulu, sisa 'makeup' akan membuat kulit muka akan naik jerawat kerana liang pori mungkin akan menyebabkan jerawat dan masalah lain.

5. Fokus pada Zon-T - Semasa proses memncuci muka, Zon T adalah kawasan yang paling banyak minyak berlebihan yang ada. Jadi bila kita fokus pada zon-T kita akan mencuci dengan lebih efektif kerana kita telah membuang minyak yang ada.

6. Cuci Tangan Dengan Pencuci Anti-bakteria - Sebelum mencuci muka, pastikan tangan kita bebas dari bakteria. Bakteria adalah sangat kecil dan kita tak nampak dengan mata kasar. Jadi dengan membersih tangan dengan pencuci anti-bakteria akan mengelakkan kita membawa bakteria dari tangan kita ke kulit muka kita. Ini kerana kulit muka kita lebih sensitif.

7. Buat Urutan Muka Semasa Mencuci - Selain dari mencuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit, teknik urutan juga memainkan peranan yang penting. Teknik urutan yang betul akan melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan kedutan. Mulakan dari leher keatas dengan urutan membulat. Boleh cuba ya!!

8. Gunakan Berus Pencuci Muka - Selain menggunakan tangan, korang juga boleh menggunakan berus yang dikhaskan untuk mencuci muka. Terasa lebih bersih dari menggunakan tangan. Ada beberapa brand yang jual berus ini. Korang boleh search ya..hihi

9. Cuci Muka Dua Kali Sehari - Untuk lebih kesan efektif disarankan mencuci muka sekurangnya 2 kali sehari. Waktu pagi dan malam sebelum tidur. Jadi sesibuk mana pun korang, pastikan 2 kali sehari paling kurang tau.

Ok, Marsha harap 8 Tips Mencuci Muka Dengan Efektif ini dapat membantu korang untuk menjaga kesihatan kulit muka dengan baik. Semestinya semua nak kulit yang sihat bukan? Sebelum melabuhkan tirai untuk hari ini, Marsha juga nak kongsikan produk skincare baru dari Shaklee Malaysia iaitu YOUTH. YOUTH ini baru sahaja dilancarkan pada 1 Mac 2018 lepas dengan penjimatan hampir RM400.

Rangkaian YOUTH ini terdiri daripada Luminous Gel Oil Cleanser, Perfecting Skin Toner, Youth Activating Serum, Age Defense Moisturizer (SPF 50) , Radiance C+E dan Advance Renewal Night Cream (Light).


Youth Skin Care ini fokus kepada membaiki kulit supaya lebih sihat dan awet muda. Jom tengok beberapa testimoni Youth Skin Care ini.

Testimonial Youth Skin Care

Testimonial Youth Skin Care

Testimonial Youth SKin Care


Menarik kan? Korang boleh dapatkan set Youth Skin Care ini dengan HARGA PROMOSI  dari RM901.00 hingga RM1338.25 termasuk GST. Nak dapatkan dimana? Boleh whatsapps Marsha di SINI. Nanti Marsha akan reply secepat mungkin ya.







Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

14 Comments

  1. Bagus tips ni.selalu main sembarang je cuci muka.Kiranya asal cuci je.Produk terbaru shaklee kan..wow jugak harganya tu

    ReplyDelete
  2. shaklee dah ada pencuci muka ek...selalunya nampak suppliment je...terbaik!!

    ReplyDelete
  3. Good tips marsya.Saya mmg amalkan antara tips2 kat atas ni..

    ReplyDelete
  4. Good tips marsya.saya mmg amalkan antara tips2 kat atas ni..

    ReplyDelete
  5. Kesan selepas pemakain Youth ni ketara sangat. Tips yg marsha bagi pun sangat berguna.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  6. wah bagus lah
    yups
    memang ada cara cuci muka
    bukan main tonyoh gosok jer
    hehehe

    ReplyDelete
  7. Bagus perkongsian tips ni.sy cuci muka guna berus muka..

    ReplyDelete
  8. Sllu pakai air biasa je..insyallah next time once a week ka nk cuci pakai air suam plak...thanks sharing tips

    ReplyDelete
  9. Oo gitu .kadang nak cepat Sal tenyeh je cleanser kat muka..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Good sharing marsha. Cuma guna berus pencuci tu je xde lg.

    ReplyDelete
  11. Thankyou for the tips. But currently guna product yang mampu milik jee :(

    ReplyDelete
  12. tq atas tips ni. mmg berguna sangat2

    ReplyDelete
  13. Tq tips... Scrub dh lama xbuat...
    Cuci ngan air suam..baru tahu...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us