Dashing Sport| Haruman Eau De Toilette dan Deodoran untuk Jejaka Aktif

/
24 Comments

Assalamualaikum..



Haa...dah lama tak update tentang produk penjagaan diri jenama terkenal yang popular dikalangan lelaki iaitu Dashing. Bila kita sebut je Dashing semua dah kenal dan ia dijual di seluruh outlet tak kira pasaraya, farmasi dan lain-lain. Kali ini Dashing telah melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu Dashing Sport. Jom baca entri Marsha dengan lebih lanjut jom.

Dashing Sport| Haruman Eau De Toilette dan Deodoran untuk Jejaka Kekal Aktif


Bila seharian aktif diluar, musuh utama iaitu bau peluh akan mula aktif kerana peluh-peluh yang terhasil dari gaya hidup seharian yang aktif akan mula hadir. Ini akan membuatkan jejaka yang aktif merasa tidak selesa, rimas dan kurang yakin bila berhadapan dengan orang ramai terutamanya gadis. Sememangnya berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan. 


Memahami masalah yang 'common' dilalui oleh kaum lelaki, Dashing telah melancarkan Rangkaian DASHING Sport yang pasti memenuhi keperluan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya. Dengan rangkaian DASHING Sport ini, keyakinan akan lebih tinggi untuk berhadapan dengan orang ramai terutamanya gadis....ehem...hihi. Ini akan membuatkan lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.


Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.  


Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum selama 24/7, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Variasi yang kini berada di pasaran ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Kini ada variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Rangkaian Haruman Eau De Toilette DASHING Sport


Semburan Deodoran DASHING SPORT pula  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkaian produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.


2 Variasi Dashing Sport Baru: Hitman & Golden Boot


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Dashing Hitman


Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.


Dashing Golden Boot



Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

24 comments:

  1. Menarik ni, zumal suka dashing. Nanti nak beli la...

    ReplyDelete
  2. Dulu dok servey nk buat hantaran

    ReplyDelete
  3. Anak teruna Kak Sue pakai Dashing juga Marsha..

    ReplyDelete
  4. asben saya pun suka jenama Dashing ni..bau dia best..saya pun suka..hehe

    ReplyDelete
  5. lama betul bertahan brand dashing ni kan..

    ReplyDelete
  6. Wow..Dashing ada wangian lelaki yang baru..harus buat surprise untuk Mr Hubby ni

    ReplyDelete
  7. Wahhh ada keluaran baru pulak la

    ReplyDelete
  8. Shining sangat warna Dashing kali ni. Bau dia pun sedap-sedap juga. Harga pula murah sangat. Semua boleh milik.

    ReplyDelete
  9. produk Dashing ni dah makin pelbagai dan menarik untuk lelaki kan. So lelaki pun dah apa produk sendiri macam wanita juga sekarang ni.

    ReplyDelete
  10. uishh...buat set hadiah pon best nehhh

    ReplyDelete
  11. dashing ni mmg el pun suka baunya..nti boleh bagi gift kat en. suami hihihi

    ReplyDelete
  12. nti boleh belikan hadiah kat en. suami..el pun suka bau dashing ni

    ReplyDelete
  13. wangi tak best nya dashing baru

    ReplyDelete
  14. Really in love with the vibrant packaging of this new range of Dashing, in conjunction with FIFA World Cup. I have the blue one, smells good, too!

    ReplyDelete
  15. msti wangi.. Nak try beli jgk la.. Jnama ni mmg terkenal dari zaman sekolah lagi hihi😁😁

    ReplyDelete
  16. Dashing mmg tak menghampakan... Wangi mmg sesuai untuk Mereka yang kuat bersukan dan aktif

    ReplyDelete
  17. Striking warna packaging dashing kali ni. Memang sesuai utk org yang aktif. Harga pun mampu milik. Bau pun best.

    ReplyDelete
  18. Produk untuk lelaki pun dah banyak pilihan sekarang ni. Dashing memang produk terbaik untuk lelaki di luar sana.

    ReplyDelete
  19. Packaging cantik hijau kuning mebgingatkan mommy pada negeri tanah airku. Kedah. Hehe

    ReplyDelete
  20. wow. best ni mummy. boleh beli utk husband nanti.

    ReplyDelete
  21. dah lain ye packaging dia.menarik. dashing sangat dekat dengan lelaki. gituuu

    ReplyDelete
  22. As salam. Sejak remaja lagi abam kie guna dashing sebab harganya mampu milik.

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    ReplyDelete
  23. Salam sejahtera

    Terima kasih kerana sertai Review Blog April 2018.

    Senarai Peserta : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-peserta-review-blog-april-2018.html

    Senarai Pemenang : https://aerillhassan.blogspot.my/2018/04/senarai-pemenang-review-blog-april-2018.html

    ReplyDelete
  24. dulu zaman sekolah AS pakai bedak dashing biru. Tak silap tajuk dia dashing cool..hahaha jiwa jantan-jantan sangat masa sekolah tau haha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)