ROBOCAR POLI, Menemani Kakak Anith Dalam Pengalaman Penjagaan Gigi Yang Seronok

Assalamualaikum



Gigi dan gusi kanak-kanak perlu dijaga dengan baik dari kecil. Untuk dapatkan gigi dan gusi yang sihat dan cantik, kanak-kanak perlu memberus gigi supaya dapat menjaga gigi dengan baik seawal mungkin. Jadi bila meningkat remaja gigi dan gusi dapat dijaga dengan baik dan rapi lagi. Di pasaran ada pelbagai jenis berus gigi yang di keluarkan oleh pelbagai jenama. Malah ia ada pelbagai bentuk, warna dan juga rupa. Semua cute dan geram je bila tengok sebab comel sangat. Betul tak?

Anak-anak kita memang pasti happy kan bila memiliki berus gigi cute ROBOCAR POLI? Kakak Anith pun sama tau. Kanak-kanak memang suka barangan mereka dari kartun dan figurine yang diminati. Ok nak tau lebih lanjut berus gigi baru ROBOCAR POLI kepunyaan Kakak Anith ni jom setia bersama Marsha di enrty|ROBOCAR POLI, Menemani Kakak Anith Dalam Pengalaman Penjagaan Gigi Yang Seronok


ROBOCAR POLI, Menemani Kakak Anith Dalam Pengalaman Penjagaan Gigi Yang Seronok


Comelkan koleksi berus gigi ROBOCAR POLI Suction Kids kepunyaan kakak Anith? Ada watak ROBOCAR POLI iaitu ROY, AMBER, HELI dan POLI. Bila ditanya yang mana kakak palinggggg suka? Dia kata semua kakak suka...hihi. Nasib baik Baihaqi masih baby, kalau tak kena kongsi dengan Baihaqi sama kan?..hihi. Seperti yang kita maklum bila sebut ROBOCAR POLI je ia meniti di bibir kanak-kanak. Siapa tak kenal kan? Watak-watak glamor ni memang menjadi kegilaan kanak-kanak sekarang termasuklah Kakak Anith.



Semua Kakak Anith suka


Kalau korang nak tau, koleksi berus gigi kepunyaan Kakak Anith adalah Berus Gigi FAFC ROBOCAR POLI Suction Kids yang direka khas untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun keatas. Ia dikeluarkan oleh MLG Manufacturing Sdn Bhd, pengilang yang menghasilkan berus gigi yang sangat comel dan dalam masa yang sama membantu dalam kesihatan gigi kanak-kanak.  MLG Manufacturing Sdn Bhd adalah pengeluar yang bertapak di Malaysia dengan R & D tersendiri yang mana arif dengan pembangunan produk dan konsep baru. Jenama FAFC ini bekerjasama lebih rapat dengan pemilik jenama antarabangsa untuk membangunkan produk premium yang menyeronokkan & hidup dengan matlamat untuk mencapai tabiat oral yang sihat dalam jangkamasa panjang.


ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush

Untuk pengetahuan semua, ROBOCAR POLI adalah siri animasi asal yang dihasilkan oleh ROI VISUAL dan EBS dan ia telah disiarkan sejak dilancarkan pada Februari 2011. Mesej utama siri ini ialah "Sosial", "Bersama Bersama", "Keberanian", "Keberanian Keluarga "melalui tindakan penyelamatan menyentuh garisan cerita. Sebab inilah watak ROBOCAR POLI dipilih untuk berus gigi FAFC ini.


Apa Itu FAFC?


Dari tadi Marsha dok 'mention' Berus gigi FAFC kan? Tapi apa makna disebalik FAFC itu? Sebenarnya FAFC itu mempunyai makna disetiap satu huruf tersebut.

FUN - Rekabentuk pemegang berus gigi yang comel dan berwarna warni membantu untuk menarik minat dalam rutin berus gigi setiap hari. 
ALIVE - Membawa kanak-kanak kepada watak kegemaran yang 'hidup' dengan mewujudkan interaksi, seperti berus gigi kelihatan seperti mainan dan boleh dibawa keluar dari bilik mandi ke bilik tidur kanak-kanak.
FIGURINE - Mencipta berus gigi yang berfungsi , juga patung-patung yang membolehkan kanak-kanak ambil dan bermain denganya atau sebahagian dari koleksi.
CARTOON - Memaparkan watak kesukaan kanak-kanak yang menyeronokkan. Salah satu cara lain untuk membantu menjadikan memberus gigi itu seronok!!


Kakak Anith seronok dengan koleksi ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush



Jenis Berus Gigi FAFC ROBOCAR POLI

Berus gigi FAFC terdiri dari 2 jenis iaitu :
1. ROBOCAR POLI Figurine Kids Toothbrush
2. ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush


Set berus gigi kepunyaan Kakak Anith ada jenis suction, ROBOCAR POLI Suction Kids Toothbrush. Senang nak letak sebab tak perlukan tempat letak berus gigi kerana dia mempunya 'suction' dibahagian bawah berus gigi. Jadi boleh pilih yang mana berkenan...hihi

Penyimpanan Berus Gigi yang baik




Sebab Kenapa Anda Mesti Mempunyai Robocar Poli Suction Kids Toothbrush ini

1. Bulu berus gigi yang berkualiti tinggi.
2. Bulu berus gigi anti-bakteria sehingga 99%
3. Filamen tirus tunggal yang lembut sesuai untuk gigi dan gusi si kecil.
4. Menggunakan 100% Virgin Resin.
5. Tidak berasaskan haiwan
6. Membantu mencegah plak, penyakit gusi, gingivitis dan nafas berbau.


Bulu berus gigi yang lembut
Pengalaman memberus gigi yang menyeronokkan bagi kakak Anith


Untuk maklumat lanjut tentang berus gigi ROBOCAR POLI yang comel ini boleh rujuk maklumat dibawah:

Website : https://www.fafc.com.my/

Pembelian Online : www.pulse.com.my  & FB Shop

Facebook Page : https://www.facebook.com/fafcglobal/   

Instagram Page : https://www.instagram.com/fafcglobal/  


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

41 Comments

  1. wah..ada berus gigi robocar poli lah...kena beli semua ni buat koleksi..tp yg paling penting berus gigi ni berkualiti tinggi..

    ReplyDelete
  2. Dulu gigih kumpul berus gigi jenis macam tu hehe.. ^^
    .
    Nice review!!

    ReplyDelete
  3. Wah kena beli jugak ni.. Sebab anak2 yg kcik 2 ni mmg payah nak gosok gigi.. Da terlanjur diorg minat giler dengan robocar poli msti rajin nak gosok gg pasni.. Tq atas perkongsian hebat ni..

    ReplyDelete
  4. Wah! Robocar Poli ni memang femes buat anak-anak kecil.

    Harapnya makin rajin la adik-adik kecil kita memberus gigi dengan adanya karakter ini ya..hehe

    ReplyDelete
  5. Cantikkah berus gigi robocar poli tuh.colourful..budak budak memang sukalah kan. Nanti saya nak belikan juga untuk anak anak lah

    ReplyDelete
  6. Lawa laaa warna berus gigi robocar poli. Anak-anak kalau ada ni gerenti berebut nak chop warna masing-masing sebab semua menarik. Hahaa...
    Bulu yang lembut sangat penting. Gigi anak sulung gusinya sensitif. Nak usha fb derang laaaa

    ReplyDelete
  7. Dulu, Robocar Poli salah satu kartun kegemaran anak-anak, sambai beratus habis duit beli mainan dorang, nak yang original pula tue T-T

    Tapi sekarang, dorang dah tak kisah sangat dengan Robocar Poli

    ReplyDelete
  8. bagus yer, baru tahu ada berus gigi dengan konsep FAFC ni. menarik la sebab 99% anti bakteria. nak beli la sepasang untuk anak-anak kat rumah ni, konfem rajin gosok gigi dengan berus gigi robocar poli ni

    ReplyDelete
  9. ni kalau anak akak nampak,confirm dia nak beli jugak ni...bila ada berus gigi macam ni,boleh lah pupuk mereka untuk rajin berus gigi kan

    ReplyDelete
  10. Feveret cartoon anak-anak ni. Makin semangatlah kakak gosok gigi hari-hari 😁

    ReplyDelete
  11. Nasib SA x nampak lagi kat mana- mana..kalau tak sure nak belikan jugak kat anak- anak buah..diorang suka la benda2 keperluan yang ada karakter yang macam-macam ni...

    ReplyDelete
  12. This toothbrush really cute and for sure there kids will want to brush their teeth with this cute toothbrush.

    ReplyDelete
  13. Bestnya dia dapat toothbrush yang colourful. Mesti susah nak buat pilihan mana satu kan. Boleh tukar2 je mana nak.

    ReplyDelete
  14. haaha comel je! boleh galakkan kanak - kanak berus gigi

    ReplyDelete
  15. Alahai comelnya berus giginya. Budak2 mesti suka nie. Mesti makin semangat dorg nak berus gigi. Nak jugaklah belikan satu utk anak sedara

    ReplyDelete
  16. Menarik nya. Comel-comel rekaan tooth brush tu. Buat anak2 semangat nak gosok gigi. Ni kalau syafi nampak mesti dia nak juga.

    ReplyDelete
  17. betul tu. lama2 dorg suka berus gigi

    ReplyDelete
  18. comel-comel semuanya, warnanya memang menarik hati kanak-kanak. salah satu cara yang bagus ni untuk membuat kanak-kanak suka memberus gigi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  19. baru ciktom tahu FAFC tu apa...hihi..comel2nya berus gigi robocar poli..warna pun menarik...nampak berus pun lembut..bagus untuk kanak2..

    ReplyDelete
  20. Pertama kali baca tajuk ingatkan Robocop tadi hehehehe rupanya berus gigi khas untuk gigi kanak-kanak yang gusi lembut dan perlukan penjagaan khas...

    ReplyDelete
  21. These toothbrushes for kids are soooo cute and colourful! They surely attract kids to brush their teeth as they should.

    ReplyDelete
  22. Comel kan berus gigi ni. Memotivasikan kanak2 utk lebih rajin menggosok gigi

    ReplyDelete
  23. klau anak-anak liez nampak mmg dia suka la.. asalkan robocar poli memang berhantu betul.bagus sebenarnya untuk tarik minat anak untuk memberus gigi

    ReplyDelete
  24. Wah kena cari ni. Nak hadiah kat anak2 sedara. Diorang memang suka teruk dengan ribocar poli ni. Mesti diorang suka

    ReplyDelete
  25. Cantiklah design berus gigi, tentunya anak anak suka dan rajin nak berus gigi. Cantiklah gigi akak Anith lepas ni...

    ReplyDelete
  26. Senang nak pujuk anak gosok gigi dengan berus gigi yg ada kartun kegemaran mereka

    ReplyDelete
  27. budak2 suka lagi rajin la gosok gigi lepas ni hihihi

    ReplyDelete
  28. ni kalau belikan untuk budak-budak memang suka la dorangkan, dengan ada pelekat dibawah tu, mudah untuk menyimpan dan elakkan dari kotor dan bakteria.

    ReplyDelete
  29. comel je budak-budak ni. nak tanya, dia punya berus cepat kembang tak? mak pakai jenis lain cepat kembang la.

    ReplyDelete
  30. Seronok anak-anak nak berus gigi ada berus gigi cantik n comel macam nie kan..

    ReplyDelete
  31. Cantik �� mak yang temankan anak tengok robocar poli ni pun ikut sama excited ��

    ReplyDelete
  32. Nak pujuk anak berus gigi memang kena ikut kesukaan diorang..baru diorang nak

    ReplyDelete
  33. cutenya berus gigi ni. 4 warna menarik.

    ReplyDelete
  34. alaaa..comelnyaaa...kena dapatkan jugak nih!

    ReplyDelete
  35. Ya Allah, nampak dek anak buah Sha, pengsannnn la berebut, hehe. Dpt berus gigi ni, rasanya tak pyh bersilat nk suruh diorg gosok gigi dah

    ReplyDelete
  36. comel berus gigi tu. salah satu daya penarik untuk kanak-kanak rajin gosok gigi

    ReplyDelete
  37. warghhh....ni kalau anak Sal dapat ni...sure nak gosok gigi selalu..hehehe

    ReplyDelete
  38. Betul..nasib baik adik baihaqi baby lagi..kalau tak, mau berebut ni...

    ReplyDelete
  39. Sukanya dia dapat berus gigi..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us