5 Tips Balik Kampung Musim Raya Bersama Bayi



Assalamualaikum...



Alhamdulillah kita dah masuk hari kedua Ramadhan dan bermakna sudah hari kedua kita berpuasa. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya...Aaamin. Macamana korang dah prepare ke persiapan nak raya? Dah decide nak balik kampung mana? Banyak tu nak kena pikir. Nak raya ni kan setahun sekali je jadi memang kena prepare dengan betul lagi-lagi bab nak balik kampung. Kalau suami isteri kampung jarak jauh. Lagilah pening, betul tak? Kalau ada bayi perjalanan akan jadi lain dari biasa. Jadi meh Marsha nak share| 5 Tips Balik Kampung Musim Raya Bersama Bayi 


5 Tips Balik Kampung Musim Raya Bersama Bayi


1. Rancang Perjalanan - Perkara paling penting perlu semasa balik kampung. Terutamanya yang memandu kereta. Untuk naik bas, keretapi atau kapal terbang rasanya tiada masalah. Jadi jika balik memandu kereta sendiri, memang wajib rancang perjalanan. Kenalpasti kawasan 'high traffic' dan cuba cari 'jalan dalam' untuk elakkan kesesakan lalulintas. Marsha kalau biasa balik umah MIL sebelah utara memang guna highway PLUS. Jadi maklumat ini boleh didapati dalam laman web PLUS. Dengan bantuan laman web PLUS ini, kita akan dapat elakkan kesesakan lalulintas. Dekat laman web PLUS juga ada kadar bayaran tol. Bila kita merancang  dalam masa yang sama kita boleh jadikan perjalanan kita lancar dan mengambil masa yang singkat jika tidak 'sangkut' dengan kesesakan lalu lintas. Jadi, catat dan rancang perjalanan korang sekarang.


Sumber: Google


2. Servis Kereta - Jadualkan tarikh servis kereta seminggu lebih awal. Jangan last minit sebab lagi hampir dengan Hari Raya, lagi ramai yang akan plan servis kereta. Jadi setelkan bab servis kereta lebih awal supaya keselamatan terjamin dan perjalanan lancar. Perjalanan yang dirancang juga akan ikut tarikh dan tidak mengganggu perancangan balik kampung korang. Jika ada masalah, perjalanan masih boleh diteruskan kerana masa yang diperlukan mencukupi jika ada servis yang mengambil masa yang lama.


Sumber: Google


3. Booking Tiket Awal - Untuk yang memilih untuk balik ke kampung dengan menaiki bas, keretapi atau kapal terbang tiket sepatutnya telah dibeli seawal mungkin. Mungkin pulang ke kampung dengan cara ini dapat rest sementara sampai ke kampung. Kalau naik keretapi atau kapal terbang boleh elak kesesakan lalulintas yang biasa berlaku setiap musim perayaan. Ingat lagi masa study kat UPM dulu 2 bulan nak puasa dah ke kaunter tiket bas atau keretapi untuk beli tiket balik raya. Masa tu masih study memang kapal terbang tu tengok je la...hahaha.

Ok cerita tentang balik kampung dengan flight, ia memang sangat menjimatkan masa dan juga tidak stress. Kalau dah beli tiket awal memang tiada masalah. Marsha nak tanya korang, bab beli tiket flight ni korang beli kat mana? Kat kaunter, website atau aplikasi dari syarikat penerbangan seperti Air Asia, MAS, Firefly dan banyak lagi ada tak korang guna laman web atau aplikasi yang lain? Sekarang ni banyak platform online tumbuh macam cendawan yang menawarkan harga yang murah sebagai alternatif kita untuk beli tiket flight. Tak perlu direct ke website atau aplikasi syarikat penerbangan. 

Marsha memilih Traveloka sebagai platform online pilihan kegemaran Marsha. Ini kerana Traveloka telah menawarkan tiket penerbangan dengan harga tambang yang murah dan berbaloi. Tak perlu buka 2 atau 3 laman web untuk membuat perbandingan harga tiket sebeum membuat tempahan. Dengan satu aplikasi kita dapat tahu semua harga syarikat penerbangan dan boleh buat perbandingan dalam masa yang sama. Lagipun harga yang ditawarkan Traveloka terbaik dan yang paling best ia tiada caj tersembunyi. Harganya adalah JUJUR.


Website Traveloka


Untuk lebih mudah, korang boleh 'install' aplikasi Traveloka di telefon pintar  melalui google apps atau App Store dan boleh buat tempahan dimana sahaja. Lagi senang kan?? Marsha nak bagitau korang ni, Traveloka telah menganjurkan Kempen RayaBersama sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang kepada pelanggan setia Traveloka iaitu tambahan potongan 10% untuk tempahan tiket kapal terbang dan bilik hotel untuk semua laluan, destinasi dan juga tarikh perjalanan dalam kempen terbaru mereka melalui Kod Kupon Traveloka. Seiring dengan kadar permintaan yang tinggi yang dijangkakan semasa tempoh Hari Raya. Traveloka menggalakkan orang ramai membuat tempahan lebih awal kerana kod kupon adalah sangat terhad. 



Aplikasi Traveloka

Pelanggan 'newsletter' Traveloka akan dapat mengakses kod kupon seawal 48 jam diantara 21-22 Mei  jika mereka mendaftar sebelum 21 Mei pada 3 petang. Pengguna yang mendaftar 'newsletter' Traveloka sebelum 21 Mei pula akan menerima kod kupon pada pagi 21 Mei untuk menikmati capaian awal promosi Kempen RayaBersama. Bagi mereka yang terlepas gelombang tawaran awal, mereka masih boleh mengakses promosi ini melalui capaian awam pada 23 - 29 Mei 2018. 


Aplikasi Traveloka


Jadi pendaftaran 'newsletter' Traveloka boleh di daftar di Newsletter Traveloka  dan pendaftaran yang terawal akan mendapat kupon dan boleh akses lebih awal dari yang lain. Sangat istimewa kan? Bila dapat akses awal, boleh beli tiket awal dan pilihan masih banyak. Jadi promosi terawal akan di buka sehingga 22 Mei 2018. Jika terlepas, masih sempat kerana ia akan dibuka secara awam pada 23 Mei 2018. Tapi, ikut nasib lah sebab masa tu mesti ramai yang akan mengakses pada masa tersebut.

Untuk lebih mudah, korang guna aplikasi Traveloka melalui telefon pintar masing-masing. Ini kerana jika membuat tempahan tiket penerbangan melalui aplikasi Traveloka di telefon pintar, harga yang ditawarkan sangat istimewa seperti 'member's deal' hanya untuk pelanggan yang menempah melalui aplikasi Traveloka sahaja. Menarik kan? Dalam masa yang sama, korang juga boleh buat tempahan dan bayar secara on the go atau dimana sahaja. Lebih senang kan? Haaa..bab aplikasi Traveloka ni memang Marsha suka tau..hihi


Aplikasi Traveloka




4. Pek Keperluan Bayi - Bila ada bayi dan anak-anak kecil ni, pastikan prepare pek keperluan bayi seperti susu, air panas, makanan bayi (untuk bayi yang sudah makan makanan pejal), lampin, serta keperluan lain. Ini kerana kita belum tentu dapat stop rest di kawsan rehat dan rawat (RnR) dan terpaksa terkandas dalam kesesakan lalu lintas. Ia juga boleh digunapakai untuk perjalanan menaiki bas, keretapi dan flight juga. Jadi prepare, bayi yang kenyang akan kurang 'tantrum'.

5. Nikmati perjalanan & Be Happy!! - Bila dah dalam perjalanan tu, sila happy-happy sebab kita nak menuju ke kampung tercinta kan. Jika terperangkap juga dalam kesesakan lalu lintas, jangan stress kan diri. Nikmatilah perjalanan balik kampung bersama keluarga dengan kegembiraan. Marsha pasti perjalanan balik kampung korang akan jadi sangat seronok walaupun ada rintangan. 

Haa....inilah 5 tips yang Marsha share bila nak balik kampung bersama bayi. Memang kita tahu baby akan 'tantrum' bila lapar dan tidak selesa. Jadi moga 5 tips ini membantu. Lagi satu, jangan lepaskan tawaran hebat dari Kempen RayaBersama Traveloka. Sangat menguntungkan tau.


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

6 Comments

  1. Good tip marsha. Nak tunggu kod jugak ni . Mana tau boleh dpt booking tempat menarik cuti panjang tu nanti. Akak memang suka semak harga kat traveloka ni.

    ReplyDelete
  2. wah traveloka apa beri diskaun kepada mereka yang membuat tempahan awal. Tips yang menarik

    ReplyDelete
  3. Tawaran best ni kena grab awal...

    ReplyDelete
  4. Menariknya diskaun diskaun kat traveloka ni...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us