AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

by - 5/09/2018 08:00:00 AM

Assalamualaikum


Korang mesti sedia maklum zaman teknologi canggih ni masa sangat penting. Tiada galang ganti dan tidak boleh dijual beli. Oleh kerana dunia yang semakin pesat membangun dan masa tidak menunggu sesiapa pun, ramai diantara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Ini boleh berpunca dari pelbagai faktor antaranya kekalutan dan tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran. Minggu lepas ada launch rangkaian terbaru Safi Shayla. Jom baca entry Marsha sampai habis yaa!!

AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA - PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG 



Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. Oleh sebab itu, golongan wanita yang bertudung mahupun tidak, kini usah risau, gentar mahupun kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri memahami masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut. SAFI telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung – SAFI SHAYLA. Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab, Serum Rambut dan Minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung dengan penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar. 

SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar. 

Rangkaian Safi Shayla Terbaru


Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri. 

SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam. 

Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA ingin membantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagi mengejar impian dan cita-cita setinggi gunung, tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut syampu Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.

Rangkaian Safi Shayla Terbaru


Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu – Licin Terurus dan Hitam Menawan. 


Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan. 

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA, ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat. 

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik : 


Rangkaian Terbaru Safi Shayla

Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi) 

1. SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya – Mengandungi Nano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya. 

2. SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja.

3. SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complex dimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama. 

4. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5, protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut. 

5. SAFI SHAYLA Syampu Hitam Menawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus.

6. SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan. 

7. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala. 


8. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantu dalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut. 

Rangkaian Terbaru Safi Shayla

Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi) 



1. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur
2. SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 

3. SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol
4. SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur
5. SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus 


Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi) 


  1. SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur 
  2. SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 
  3. SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol 
  4. SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 
  5. SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus 

SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90) 


Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

Rangkaian Terbaru Safi Shayla

SAFI SHAYLA Serum Rambut – 50ML (RM17.90) 

Juga terdapat dalam dua variasi. Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi:


  1. Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria. 
  2. Minyak Moroccan Argan Organik – Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut. 
  3. Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting. 
  4. Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut. 

SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90) 

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organik dan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:-

1. SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari. 

2. SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh. 

3. SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. 

Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA. 

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari. 


Wow banyak betul rangkaian SAFI SHAYLA yang terbaru ni. Semuanya awesome!! Kalau korang nak tau, rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian. Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFI, sila log masuk ke laman sesawang Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFIMY , laman sesawang Instagram di SAFI@safimalaysia dan Chanel SAFI di Youtube iaitu www.youtube.com/safimalaysia




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

19 sahabat ibu

  1. Bonde suka produk Safi Shayla yang baru ni... best sangat, Safi Shayla Mist dan Serum Rambut.. sangat wangi

    ReplyDelete
  2. Adik-beradik Rawlins pun pakai juga jenama Safi nie sebab sesuai dengan kepala dan rambut diorang. Rawlins tak try lagi. But it is very considerate of them untuk adakan produk khas bagi muslimah kan.

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat packaging baru safi ni.airah memang pakai syampu dia best rambut lembut dan wangi.haritu tak berpeluang nak join event ni

    ReplyDelete
  4. Safi shayla dh byk product skarang.. Sblum ni pakai shampoo safi Shayla.. Nanti bole cuba products yg br ni plak

    ReplyDelete
  5. This shampoo looks good for Muslims. The price is affordable too and will recommend my friends to use this instead.

    ReplyDelete
  6. Huda memang guna Safi Shayla dari dulu, bila tahu diorang launch produk baru memang excited nak try. Baguslah makin banyak pilihan dan produk baru untuk kita wanita bertudung ni

    ReplyDelete
  7. Ty memang suka bau wangi dari Syampu dari SAFI ni. Walaupun tak bertudung tapi syampu ini sesuai juga untuk yang free hair. Event pelancaran kemain havoc tu.

    ReplyDelete
  8. Suka dengan jenama syarikat yang selalu upgrade kan produk dia. Tapi sayang, jenama ni tak sesuai untuk kulut kepala saya.

    ReplyDelete
  9. Kita suka tgk packaging safi shayla yg baru ni lebih ke arah sporty gitu... Menarik... Yg paling best kita dh lama guna syampuu safi shayla dr zmn menengah lagi.. Hehehe.. Skrg pon dh byk keluaran dr safi shayla kan..

    ReplyDelete
  10. Safi shayla memang pilihan dulu duni dan selamanya..alhamdulillah rambut SA serasi dengan safi shayla dan dengan pelbagi variasi baru skrg lagi SA suka..boleh tukar2 guna

    ReplyDelete
  11. Bertudung bukan penghalang untuk wanita beraksi lasak atau melakukan aktiviti kat luar sana tambah ada produk khas untuk wanita seperti ini dari Shayla heheheh bila nak ada produk lelaki lak...

    ReplyDelete
  12. The packaging looks very attractive. And they have macam macan for different hair types. Bole la cuba gak this brand nanti

    ReplyDelete
  13. Tak pernah lagi cuba produk rambut dari Safi ni. Nanti bolehlah try sebab sana sini kata bagus so kenalah sis try nak tahu bagus atau tidak.
    Syiok pulak tengok aktiviti yg uoll buat masa event Safi tu..rugi lak tak join..hehehe

    ReplyDelete
  14. liez suka giler dgn hair mist dia.. siapberebut dgn anak dara kecik ni. bagus ada product untuk rambut wanita bertudung ni.. sbb biasala kan.. yang duduk berjemur tgh panas kepala berpeluh berbau dan macam-macam masalah kepala timbul

    ReplyDelete
  15. Sukanya tengok packaging baru Safi Shayla yang baru ni. Nampak stylo dan colourful. Sekarang wanita berhijab tak perlu risau mengenai rambut jika nak buat aktiviti sihat dan lasak. Syampoo Safi Shayla lah jawapan untuk rambut rosak.

    ReplyDelete
  16. Mmg best event pelancaran safi shayla nie. Bukan sahaja event pelancaran je tp siap ada aktiviti sekali. Mmg menarik. Sy alhamdulillah berkesempatan utk turut serta dan mmg syiok !!

    ReplyDelete
  17. apa yang best tentang shampu ni ramuan dia mmg halal...dan bau dia memang sedap..plg teruja tgk pembungkusan dia sangat cabtik dan menarik..

    ReplyDelete
  18. I also Safi shampoo user and I love the nice scent. Such a nice activities by Safi. And Safi has new and nice packaging. I definitely will give a try on their new shampoo.

    ReplyDelete
  19. Best juga product launching dibuat macam ini rather then just like the norm at least this one can enjoy the activity.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)