Baiti Jannati | Rumah Sewa Menjadi Hakmilik Kekal Secara Percuma


Assalamualaikum

Rumah....sememangnya syurga kita. Walaupun kita tido lah kat tempat mewah seperti hotel tapi tilam rumah juga yang best, bilik kita juga yang best, rumah kita yang best. Itu memang dah tahap rumahku syurgaku atau kita kenali sebagai Baiti Jannati. Marsha yakin semua ada Baiti Jannati cuma mungkin ia masih disewa atau rumah pertama dan mungkin juga dalam keaadan yang elok dan mungkin rosak seperti atap bocor dll. Jadi Marsha baru je dapat tahu ada satu program inisiatif yang bagus untuk membantu warga Wilayah Persekutuan yang layak untuk Baiti Jannati mereka. Jom baca lebih lanjut | Baiti Jannati - Rumah Lama Menjadi Baru.

Baiti Jannati | Rumah Lama Menjadi Baru

Program yang dinamakan Baiti Jannati ini adalah inisiatif kerjasama dari Kementerian Wilayah Persekutuan, DBKL, Yayasan Wilayah Persekutuan, Celcom dan lain-lain badan sosial  untuk melihat Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai rumah yang selesa dan elok untuk meneruskan kehidupan. Program ini memberi harapan, semangat dikalangan ahli keluarga, baikpulih rumah, lantai, perkakasan dan perabot baru secara percuma dan juga pemberian rumah hakmilik kekal  secara percuma. Untungkan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur??

Baiti Jannati memfokuskan warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berpendapatan rendah dan juga golongan asnaf supaya kehidupan mereka dapat dinaiktaraf seiring dengan pembangunan yang pesat yang telah berlaku di abad ini. Antara penerima Program Baiti Jannati ini ialah salah seorang ibu tunggal yang dari golongan asnaf berpendapatan sebanyak RM1100 sebulan yang diberikan hakmilik kekal pada kediamannya yang sebenarnya disewa. Beliau sangat bersyukur dan tak perlu bimbang untuk membayar sewa rumah setiap bulan lagi dan boleh menarik nafas lega. Walaupun sewa rumah hanya RM124 sebulan.

Baiti Jannati | Sumber: Google


Kita nampak bayaran sewa RM124 sikit je takkan tak mampu bayar?? Yaaa....dalam peredaran masa yang canggih ini kita terlepas pandang bahawa ada lagi insan yang memang tidak mampu untuk membayar sewa yang bagi kita hanya sedikit. Tu baru sewa, belum tahu mereka makan minum macamana? Jadi dengan program sebegini dapat membuka mata kita semua bahawa ada yang lebih susah dari kita. Bukan hanya dapat hakmilik kekal malah perabot dan lantai juga ditukar baharu secara percuma untuk memastikan keselesaan untuk mereka.

Baiti Jannati | Sumber : Google


Marsha sangat bersyukur dengan adanya program sebegini, golongan asnaf dan berpendapatan rendah terbela. Impian mereka juga mahu hidup seperti kita cuma kurang mampu kerana beberapa masalah yang dihadapi dan menjadikan mereka tidak mampu untuk hidup di bandar metropolitan ini. Moga program sebegini dapat diteruskan dan kita dapat melihat golongan asnaf dan berpendapatan rendah senyum kelegaan kerana beban diringankan sedikit demi sedikit. Moga program sebegini juga dapat diperluaskan di negeri-negeri lain juga dan golongan berpendapatan rendah dan asnaf terbela.

Baiti Jannati | Sumber: Google


Tahniah dari Marsha buat yang terlibat dalam inisiatif yang bagus dalam membela nasib yang kurang berkemampuan hidup dengan aman damai...Alhamdulillah.



Marsha
Part Time Blogger Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

14 Comments

  1. Semoga program yang bagus ini akan di teruskan sampai bila-bila

    ReplyDelete
  2. Bagus...semua yang benar2 layak terus dapat peluang seperti ni.

    ReplyDelete
  3. sangat membantu la program Baiti Jannati

    ReplyDelete
  4. program2 macam nie mmg bagus di terusakan harap2 ada lebih banyak penglibatan dr NGO ke arah kebaikan

    ReplyDelete
  5. bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.

    ReplyDelete
  6. Inisiatif terbaikk kerajan pada golongan yang tak berkemampuan

    ReplyDelete
  7. semoga program mcm ni diteruskan dan diperluaskan lagi ...

    ReplyDelete
  8. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    ReplyDelete
  9. Seronok dorang dapat hidup selesa dengan bayaran yang rendah

    ReplyDelete
  10. sgt membantu golongan asnaf

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Terbela golongan asnaf

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. rezeki diorang semoese sambut puasa dah ni

    ReplyDelete
  13. program macam ni sangat membantu kepada mereka yang memerlukan.. bagus moga program ini berpanjangan... dan semua merasa faedah yang sama

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us