Penghantaran Parcel Lebih Mudah Dengan myGDEX.com

Assalamualaikum


Pada masa kini, ramai yang membeli belah secara online dan juga berniaga secara online. Marsha pun adalah salah seorang pembeli dan juga peniaga online. Jadi medium untuk penghantaran parcel atau barangan yang telah dibeli adalah pengeposan melalui poslaju atau juga syarikat kurier yang lain. Tambahan pula,  hari raya yang bakal tiba ni memang ramai yang membeli belah secara online kerana tidak mahu bersesak-sesak di mall untuk membeli baju raya dan barangan keperluan yang lain. Ini akan membuatkan peniaga online terutamanya mesti pening jika barangan yang dipos lambat sampai kepada pelanggan dan juga mengambil masa yang lama sewaktu mahu membuat pengeposan. 

Marsha nak tanya ni. Korang pernah dengar syarikat kurier GDEX tak? Setahu Marsha GDEX memang antara syarikat kurier yang menjadi pilihan peniaga online untuk pengeposan barangan yang telah dijual. Ini kerana dengan servis yang sangat tip top. Kalau korang nak tau GDEX telah memperkenalkan platform yang terbaru dikenali sebagai myGDEX.com . Nak tau lebih detail tentang myGDEX.com ni jom baca | Penghantaran Parcel Lebih Mudah Dengan myGDEX.com

Penghantaran Parcel Lebih Mudah Dengan myGDEX.com

Sebelum ni kalau kita nak membuat pengeposan melalui syarikat kurier GDEX, kita perlu ke cawangan GDEX untuk membuat pengeposan. Kita juga perlu mengisi 'consignment note' untuk penghantaran kepada penerima. Jadi ia akan mengambil masa dalam proses penghantaran barangan kepada penerima. Kalau orang ramai, lagi lama lah kita di tempat pengeposan.

Kali ini lebih mudah dengan myGDEX.com kerana kita tidak perlu mengangkut parcel yang banyak untuk ke kaunter pengeposan dan juga tidak perlu membuang masa menunggu lama jika ada ramai orang semasa urusan pengeposan. Hanya dengan 'log in' ke myGDEX.com dan semua masalah sekelip mata selesai. Parcel kita akan di pickup mengikut masa yang ditetapkan. Jadi ia menjimatkan masa dan tidak perlu bersusah payah mengangkut parcel yang banyak ke tempat pengeposan. Semua masalah dapat diselesaikan dengan myGDEX.com .

Bagaimana Menggunakan myGDEX.com

Senang sahaja nak menggunakan myGDEX.com ini. Jom tengok dengan lebih lanjut.

Step 1: Log in web myGDEX.com sebagai ahli


Step 2: Pilih 'Send Package' dari menu sebelah kiri.

Step 3: Halaman 'Send Package'

(a) Pilih untuk menghantar kepada satu atau berlainan penerima


( b) Isi maklumat pengirim dan penerima
( c ) Pilih samada log in (hantar sendiri) atau pick up (tambahan RM5)

Jika pilih log in, pengirim perlu menghantar parcel ke cawangan GDEX sahaja.

( d ) Jika memilih pick up, isikan maklumat untuk pihak GDEX pick up parcel mengikut hari yang ditetapkan pelanggan.
( e ) Isi maklumat parcel dan 'Quote' harga.


Step 4: Klik 'Checkout Now' jika mahu teruskan dengan pembayaran dan klik 'Continue Shopping' jika ada order yang baru.

Step 5: Sebelum 'Checkout' boleh juga membeli produk GDEX seperti flyer dan stiker.


Step 6: Boleh pilih cara pembayaran samada menggunakan iPay88 atau e-Wallet

 Step 7: Cetak Consignment Note dan Invois


Step 8: Sediakan parcel untuk pengeposan

Step 9: Boleh menghantar parcel di cawangan GDEX berdekatan atau menunggu untuk barang anda di pick up.


Untuk 'Quick View' boleh klik mengikut rujukan gambar dibawah:


Senang kan? Hanya buat dari rumah dan tunggu sahaja pihak GDEX 'pick up' dirumah. Kalau nak hantar ke cawangan pun hanya bawa sahaja tak perlu mengikut giliran. Hanya bawa dan tinggalkan dengan 'consignment note' yang telah dicetak. Harga pula sangat berbaloi kerana semua order yang dibuat melalui web myGDEX.com layak untuk harga ahli dan juga skim e-Wallet yang menarik. Untuk maklumat lanjut boleh ke myGDEX.com . Jom daftar jom!!!

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

2 Comments

  1. sendiri pergi guna khidmat GDEX tak pernah lagi. tapi beli barang guna GDEX pernah la hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us