100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch, Flamingo Hotel by The Beach, Penang Tarikan Terbaru Peminat Makanan di Pulau Pinang

by - 7/04/2018 08:00:00 AM


Assalamualaikum

Setelah berpuasa sebulan, terasa pula nak ajak famili pergi makan buffet kat hotel. Masa puasa tak teringin sangat sebab jenis makan sikit dah kenyang....hihi.  Kebetulan berada di Pulau Pinang, Marsha dan suami survey buffet lunch untuk hari Ahad sebelum balik Ipoh. Jadi kami sepakat memilih Sunday Buffet Lunch yang menjadi tarikan pada masa sekarang ni di Flamingo Hotel, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Jom kita tengok apa yang menarik di sini. | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch, Flamingo Hotel, Penang Tarikan Terbaru Peminat Makanan di Pulau Pinang.


100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch, Flamingo Hotel, Penang Tarikan Terbaru Peminat Makanan di Pulau Pinang.

Pemilihan buffet lunch bagi Marsha menunya mestilah sedap ikut citarasa. Marsha pasti semua pun macam tu. Sebenarnya ada lagi satu faktor yang membuatkan Marsha memilih untuk makan tengahari di Flamigo Hotel ni. Promo?? Betul!!! Flamigo Hotel telah mengadakan promo Buy 1 FREE 1 untuk dewasa sahaja iaitu sebanyak RM48 dan kanak-kanak sebanyak RM25.  Jadinya dengan bayaran 1 dewasa, kami akan dapat free untuk 1 dewasa. Berbaloi kan? Bukan berbaloi dah tapi memang murah. Sangat murah kan!! Flamingo Hotel telah menawarkan 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini bermula dari 17 Jun 2018 hingga hari ke 100 sempena 100 Hari Malaysia Baru dan menjadi antara buffet makan tengahari yang termurah antara yang lain.

Jom jom ke 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch


Tak sabar nak tengok menunya kan? Ok sebelum Marsha spam korang dengan gambar-gambar makanan yang boleh menggetarkan jiwa. Marsha nak cerita sikit tentang 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ni. Menu sajiannya terdiri dari sajian 3 kaum local di Pulau Pinang iaitu sajian Melayu, Cina dan juga India. Jom kita tengok menu-menu di  100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini bermula dengan Pembuka Selera (Appetizer) dan juga buah-buahan.

Menu Appetizer week 1: Famous Penang Rojak, Pasembur with Chef Sweet & Spicy Potato Sauce, Curry Chicken Salad with Pineapple, Chinese Cold Cut Platter with Seafood Chilli Sauce, Kerabu Mangga, Acar Timun & Nenas, Ulam-ulaman dan assorted fish crackers, prawn crakers & papadom.
Fruits: Grapes, Mango, Nutmeg, green guava, ambra & papaya.

Rasa berkeroncong perut tak tengok menu pelbagai jenis? Yang tak pernah Marsha makan pun ada. Di 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ni Marsha berpeluang merasa sajian Cina dan India yang tak pernah Marsha rasa lagi. Tu baru menu untuk pembuka selera & section buah-buahan. Meh nak spam menu seterusnya iaitu section Sup pula. Bermacam sup ada tau. Boleh makan dengan roti yang telah disediakan.

Soup Menu: Cream Sweet Corn with Bamboo Path & Dried Golden Needle Mushroom Soup, Lamb Soup , Bread & Butter.

Apa yang menarik dalam 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ni ialah konsep gerai yang menghidangkan sajian makanan penduduk tempatan di Pulau Pinang. Ada sajian Melayu, Cina dan juga India. Marsha cuba makan 'Kuay Kak' dan juga 'Muah Chee' sebab dua sajian ni memang Marsha tak pernah cuba. Memang sedap. Bagi Marsha ia adalah antara sajian yang 'rare' yang Marsha pernah cuba. Jom kita layan gambar.


Action Dish & Stall

Koay Kak

Muah Chee
Kita belum masuk Hot Dish ataupun bahagian makanan berat lagi. Tengok appetizer sampai menu gerai pun dah berkeroncong perut kan??...hihi. Untuk Hot Dish pula sangatlah enak...jom kita tengok



Bila dah try semua baru lah kita berpindah ke Dessert section pula. Di section Dessert ni ada pelbagai dessert yang semua menarik dipandangan mata dan sedap di mulut. Marsha cuba semuanya dan melupakan diet buat sementara. Rugi oo kalau diet...hahahahaha


Haa..agak-agak tergoda tak? Kalau kawan-kawan yang berada di sekitar Pulau Pinang tengah mencari port nak lunch, boleh ke Flamingo Hotel untuk cuba 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch yang murah dan sedap. 100 hari je tau bermula 17 Jun 2018. Lepas tu dah tamat promo yang best ni. Kalau berminat, Marsha cadangkan korang buat tempahan awal-awal tau sebab 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch sangat hot seat. Setiap kali full.

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ni juga sesuai jika korang nak bawa 1 famili besar. Sebab ruang makan dia sangat besar dan boleh memuatkan sebilangan besar pelanggan. Marsha memilih untuk bersantai di bahagian luar di tepi kolam renang berhampiran dengan pantai. Jadi dapat rasa angin pantai yang nyaman sambil makan. Buat yang nak bawa anak-anak kecil jangan risau kerana pihak hotel telah menyediakan kemudahan baby chair dan juga paling menarik set pinggan mangkuk khas untuk kanak-kanak. Best kan? Tak perlu guna yang kaca dan lebih selamat.

Ruang Makan & Pinggan Mangkuk untuk kanak-kanak

Tempat Marsha & Famili Makan

Dah kekenyangan jom ler kita balik Ipoh. Memang recommended...kami balik ke Ipoh dengankekenyangan dan berpuas hati sangat...bestt!!

Bergambar Kenangan


Untuk maklumat lanjut tentang 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ni boleh rujuk maklumat dibawah:

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch, Flamingo Hotel, Tanjung Bungah, Penang

Flamingo Hotel by The Beach, Penang
Jalan Tanjung Bungah
11200 Penang, Malaysia.

Tel: 04 - 8927167


Harga: 
Dewasa : RM48
Kanak-kanak: RM25

Masa: 12.30 tengahari hingga 2.30 petang




Marsha
Part Time Blogger Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

5 sahabat ibu

  1. Murah ni. Kalau aku duk Penang, konpem pergi. Hehehee

    ReplyDelete
  2. Menunya semua sangat menyelerakan...

    ReplyDelete
  3. Datang jenguh jap.. Sukanya sesekala buka puasa kat luar.. Makanan pun lagi macam macam.. 😀

    ReplyDelete
  4. murah sangat niii tapi sampai bilaaa

    ReplyDelete
  5. lemah jiwa rasanya tengok makanan2 macam ni =D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)