Penyusuan Lebih Selesa Dengan Shapee Disposable Nursing Pad

by - 7/25/2018 11:44:00 PM

Assalamualaikum 


Proses penyusuan adalah satu proses penting seorang ibu untuk bayi mereka dan ia adalah fasa yang sangat mencabar. Seawal jam pertama bayi dilahirkan sehingga umur 2 tahun adalah satu tempoh yang agak lama ibu-ibu perlu lalui demi mendapatkan yang terbaik untuk bayi. Marsha juga tidak terkecuali. Fasa-fasa menyusu yang mencabar antaranya ialah ketika bila tengah menyusu bayi sebelah kanan, sebelah kiri juga akan mengeluarkan susu sehingga basah lencun baju. Kalau berada di luar seperti di mall ke memang sangat tak selesa. Jadi Disposable Nursing Pad sangat diperlukan semasa proses penyusuan. Marsha telah mencuba Shapee Disposable Nursing Pad dan sangat berpuashati. Jom baca lebih lanjut | Penyusuan Lebih Selesa Dengan Shapee Disposable Nursing Pad


Penyusuan Lebih Selesa Dengan Shapee Disposable Nursing Pad


Marsha tergerak hati untuk cuba Shapee Disposable Nursing Pad ini bila membaca beberapa review yang positif. Pads ini memang sesuai untuk ibu-ibu tak kira dimana berada. Berada dirumah, di luar atau sedang travel. Shapee Disposable Nursing Pad ini direka khas untuk mengelakkan susu yang menitis terkena pada baju ibu-ibu menyusu. Rekabentuknya yang unik dan lebih senang dipadankan dengan nursing bra membuatkan ianya rasa sangat selesa.


Shapee Disposable Nursing Pad


Shapee Disposable Nursing Pad ini adalah buatan Korea dan mengandungi 30 pads dalam satu kotak. Nak tau tak apa yang menarik pada Shapee Disposable Nursing Pad ini??Ada beberapa sebab yang membuatkan Marsha memilih untuk mencuba Shapee Disposable Nursing Pad ini tau.

Menarik Tentang Shapee Disposable Nursing Pad

  1. Reka bentuk Ultra-Nipis - ketebalan 1mm untuk keselesaan tambahan pada ibu menyusu.
  2. Teknologi Dri-Comfy - kekal kering lebih lama.
  3. Ultra-Water Absorber - menyerap sehingga 55ml susu ibu dengan baik.
  4. Reka bentuk 3D - selesa dan masih kekal utuh walaupun dalam keadaan yang basah
  5. Leak Proof Coverage - perlindungan menyerap susu ibu serta perlindungan yang tahan lama.
  6. Double Anti-Slip Adhesive Strips - Memberikan keselesaan dan ketenangan kepada ibu semasa memakainya.
Shapee Disposable Nursing Pad

Apa Kata Marsha?


Setelah mencuba Shapee Disposable Nursing Pad ini, marsha memang terpikat dengan kenipisannya dan juga daya tahan menyerap susu dan juga masih kekal rasa kering. Jadi bila waktu travel tak perlu bimbang baju akan basah. Selain itu juga, ia tetap kekal berada ditempat yang sama walaupun marsha ni lasak menyusu Baihaqi. Memang sangat selesa.


Menarik tentang Shapee Disposable Nursing Pad


Korang boleh dapatkan Shapee Disposable Nursing Pad ini di Shapee Store dengan harga pengenalan RM13.90. Harga runcit sebenar ialah RM18.90. Jadi baik grab sementara masih harga pengenalan. Untuk yang nak walk in sendiri boleh ke wakil jualan terdekat di negeri masing-masing dan boleh cek wakil jualan terdekat. 

Bagi yang ingin dapatkan 10% diskaun bagi setiap pembelian Shapee Disposable Nursing Pad ini boleh masukkan kod diskaun dibawah semasa checkout.


10dnpblogger11


untuk pembelian Shapee DIsposable Nursing Pad sahaja




Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh rujuk maklumat dibawah:

Website: www.theshapee.com
Facebook: www.facebook.com/shapeeMY
Instagram: www.instagram.com/shapeemy




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review
Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

4 sahabat ibu

  1. mudah skarng banyak bnda boleh tolong. penah tengok sorang ibu ni bocor and panic jugak dia mujur dalam surau.

    ReplyDelete
  2. bagus nursing pad ni..memberi keselesaan sepenuhnya kepada ibu menyusu

    ReplyDelete
  3. wah menarik ni, lepas pakai terus boleh buang kan... mia pernah guna yg kena basuh tu...

    ReplyDelete
  4. bertuah ibu menyusu loni ada produk macam ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)