• Home
  • About
  • cONTACT
  • Sitemap
  • Disclaimer
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email Liyana Ishak Lokmanamirul.com Nurfuzie.Com Nurul Yui PermataBiru Pha Is Salmiah Md Zain Siti Sharini Siti Yang Menaip Zumal Zya Akma

Marshalizadotcom


#Biters


HOME MY STORY SHAKLEE TRAVEL ANITH BAIHAQI
FOODIE PARENTING BEAUTY REVIEW RESEPI TIPS

Assalamualaikum...


Wanita.....walaupun bertudung rambut tetap mahkota mereka. Kalau ada masalah kulit kepala atau rambut memang keyakinan akan automatik hilang. Secantik mana makeup ataupun wajah natural tapi keyakinan itu tetap pudar walaupun 'cela' itu terlindung dari hijab yang dipakai. Mana taknya bila rambut gugur dalam kepala mesti pikir nanti akan botak dan banyak lagi. Marsha juga mengalami masalah yang sama iaitu rambut gugur setelah 10 bulan bersalinkan Baihaqi. Rasa risau, rimas, hilang keyakinan semua ada. Buntu mencari solusi sebab dah bermacam produk yang Marsha guna masih belum serasi. Kemudian Marsha bertemu dengan satu produk yang agak lain dari lain. Memandangkan review nya yang agak menarik, Marsha teruja nak mencuba produk ini. Produk apakah itu? | Masalah Rambut Gugur Selesai Dengan Brokoli Scalp Booster 2 in 1

Masalah Rambut Gugur Selesai Dengan Brokoli Scalp Booster 2 in 1

Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini sebenarnya adalah keluaran dari syarikat IMAAN Suci World HQ. Marsha dah mencuba beberapa produk dari IMAAN Suci World HQ ni seperti tisu pembersih wajah on the go yang popular di kalangan wanita zaman kini dan juga foundationnya yang sangat best iaitu Jardin Cushion Foundation. Kedua-dua produk ni memang 'awesome' dan kali ni Marsha nak mencuba variasi untuk kesihatan rambut dan kulit kepala pula. Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini dirumus khas untuk merawat masalah rambut gugur.



Mengapa ia disebut 2 in 1? Haa....ini yang menarik!! Ini kerana ia adalah kombinasi antara serum kulit kepala dan juga mesin urutan kepala. Bila dengar pun teruja nak cuba kan? Marsha rasa setakat ini belum pernah dengar scalp booster didatangkan bersama dengan mesin urut kulit kepala. Memula macam susah nak percaya. Bila cuba sendiri sumpah tak tipu!!! Mesin urut kepala ini juga dikenali sebanagi 'Portable Vibrating Massage' sangat-sangat mengujakan Marsha. Korang pun Marsha pasti akan teruja jugak. Betul tak?? Boleh dikatakan ia dikenali sebagai No 1 Hair Gadget di Malaysia.

Menarik Tentang Brokoli Scalp Booster 2 in 1

  • Melancarkan peredaran darah di kulit kepala 
  • Merawat kulit kepala untuk mengelakkan risiko kebotakan 
  • Kuasa minyak Jojoba menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mencegah kelemumur -Kesan dalam masa dua minggu 
  • Alat urutan dengan kuasa gegaran ni betul-betul membantu melancarkan peredaran darah dan berupaya membawa serum tinggi nutrient ini ke folikel rambut. 
  • Boleh juga hilangkan stress dan sakit kepala. 
  • Mengelakkan risiko kebotakkan.

Cara Penggunaan Brokoli Scalp Booster 2 in 1

Cara penggunaan Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini senang sangat. Sambil drive pun boleh buat. Sambil meyusu bayi ke pun boleh buat. Setiap kali menggunakan Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini, ia akan membuang sel kulit mati, mengurangkan kelemumur dan kudis serta merawat dan melindungi kulit kepala kita pada masa yang sama. Untuk kesan lebih baik, gunakan 2 kali sehari. Oh ya tak perlu bilas tau!! Jom layan video penggunaan Brokoli Scalp Booster...



Untuk best result, sebelum penggunaan boleh cuci rambut untuk nyahkan kotoran dan minyak di kulit kepala dan rambut untuk maksimumkan penyerapan serum ke dalam kulit kepala. Rambut kering pun boleh guna tau!! Video ni yang menjadi model adalah anak Marsha, Kakak Anith. Nak tunjukkan cara penggunaan yang betul. Marsha tak boleh jadi model sebab Marsha berhijab...hihi


Apa Kata Marsha Tentang Brokoli Scalp Booster 2 in 1?

Setelah 2 minggu penggunaan Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini, Marsha mula merasai kesan penggunaan konsisten selama 2 minggu berturut-turut. Kulit kepala rasa lebih segar, tiada habuk-habuk kelemumur melekat di bahu apabila disikat juga pengurangan jumlah rambut gugur juga. Masalah utama Marsha akhirnya dapat dikurangkan. Alhamdulillah!!

Selain itu juga, migrain pun kurang lately sebab sudah kurang rasa stress. Balik rumah, rehat mandi dan buat sesi 'massage' menggunakan Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini. Fuh...ilang terus stress. Dalam masa nak kurangkan masalah rambut gugur, dapat pula bonus migrain tak menyinggah. Syukur sangat. Biasanya kalau rasa stress memang migrain senanggggg sangat menyinggah...huhu. Tapi setelah rajin dan konsisten amalkan Brokoli Scalp Booster ni hidup lebih tenang tanpa stress dan migrain.

Mana-mana produk pun pastikan korang guna dengan konsisten sekurangnya 90 hari untuk melihat kesan yang maksimum. Kesan seawal 2 minggu belum lagi kesan yang maksimum. Jadi pokoknya disini perlu mencuba sehingga 90 hari untuk kesan yang maksimum.

Dimana nak Dapatkan Brokoli Scalp Booster 2 in 1?

Maklumat lanjut tentang Brokoli Scalp Booster 2 in 1 atau produk IMAAN yang lain boleh rujuk maklumat dibawah:

Website: IMAAN World


Facebook: IMAANSuciWorld


Instagram: imaan.suci.world.hq







Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
4 sahabat ibu


Assalamualaikum

Keselamatan amat dititikberatkan terutamanya melibatkan pemanduan. Ia bukan sahaja meliputi semasa memandu, malah sebelum memandu juga. Ingat lagi masa kecik-kecik dulu sebelum balik kampung,  abah Marsha akan ke pusat servis kereta untuk servis kereta dan memastikan kereta tiada masalah semasa perjalanan balik kampung nanti. Sebab perjalanan dari Kelantan ke Pahang memang bukan jarak yang dekat. Jadi rutin servis setiap kali balik kampung memang abah akan buat. Apa kebaikan servis kereta sebelum perjalanan jauh? Meh baca sampai habis


Periksa Kereta Sebelum Perjalanan Jauh Pemanduan Selamat Hingga Destinasi




Sebagai pemilik kenderaan, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kenderaan kita dengan baik untuk keselamatan diri sendiri dan juga keluarga. Pemeriksaan sebelum travel sangat penting. Ini kerana kegagalan atau kerosakan simple pun boleh menyebabkan kemalangan. Kalau korang nak tau 44,000 kes kemalangan berlaku adalah akibat dari kecuaian pemandu yang tidak servis kereta atau motosikal. Banyak tu.

Bagaimana nak kekalkan keselamatan semasa memandu?

Cara nak 'maintain' kenderaan kita simple sahaja. Bagi Marsha tak susah pun. Antaranya ialah:

Servis Kenderaan

Servis kereta atau motosikal ni sangat penting. Tak perlu tiap bulan atau minggu. Hanya ikut 'mileage' perjalanan ataupun tarikh yang ditetapkan. Biasanya kereta di bawah 5 tahun memang akan pergi servis mengikut jadual yang ditetapkan dari mula membeli kereta. Bila sampai tarikh je dorang akan call untuk reminder. Bila dah lebih dari 5 tahun korang perlu alert ikut tarikh. Jadi bila kita servis ikut jadual, kereta atau motosikal akan tahan lama. Dalam masa yang sama pemeriksaan tayar juga penting. Pastikan tayar dalam keadaan baik seperti masih ada 'bunga' untuk mengelakkan kemalangan berlaku tika hari hujan. 



Jangan lupa periksa tayar sebelum travel

Selain dari mengelakkan risiko kemalangan, kecederaan dan sebagainya, ia juga membantu mengekalkan No Claim Discount (NCD) insurans/takaful motor di mana kita boleh menikmati diskaun sehingga 55%. Bukan tu saja, dengan liberalisasi motor insurans/takaful, pemegang polisi yang tidak membuat claim untuk kemalangan juga diklasifikasikan sebagai rendah risiko jadi premium/sumbangan takaful bakal lebih rendah.


Jadi janganlah bersikap sambil lewa dan malas nak servis kereta ya!! Mainkan peranan penting kita sebagai pemandu dan juga pemilik kenderaan yang bertanggungjawab. Satu langkah kecil akan menyelamatkan banyak nyawa dan duit.


Nak tahu bagaimana anda boleh menikmati lebih penjimatan untuk premium/sumbangan motor insurans/ takaful anda? Ha…layari sesawang ni

PIAM


atau


Malaysian Takaful




#PlayYourRoleMy

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
30 sahabat ibu

Assalamualaikum


Semalam Marsha ada upload status tentang icon highlight di Instagram yang Marsha 'mengadap' buat semalam setelah baby beri kerjasama untuk ibu mengadap lama sikit handphone. Kira semalam ada mood sikit untuk serikan profile instagram dengan icon highlight yang comel-comel...hihi. Ada beberapa kawan blogger minta Marsha buat tutorial buat icon highlight ni. Jadi jom baca | Tutorial Icon Highlight di Profile Instagram

Tutorial Icon Highlight di Profile Instagram

Sebenarnya nak buat icon highlight di profile instagram ni simple je. Marsha sebenarnya ikut tutorial dari blogger FizaRahman. Dah lama baca tutorial tapi tak terbuat. Sindrom M ni kuat sangat kali ni. Tapi kali ini Marsha share 2 tutorial. Tutorial kedua adalah hasil sharing dari blogger Lyana Ishak. Jom kita tengok

Tutorial 1

1. Install aplikasi Photo Layers.


2. Cari background melalui Google. Ambil background yang dalam posisi 'menegak' sahaja. Save dalam gallery atau photo.
3. Cari icon yang berkaitan juga melalui Google dan pilih icon yang file PNG sahaja untuk hasil lebih baik. Contoh : Icon beauty boleh google 'beauty icon png' dan akan keluar banyak icon yang transparent. Save dalam gallery atau photo.
4. Buka aplikasi Photo Layers - klik Background - album - pilih background yang telah di save tadi - done.

Klik Background - Album

Pilih Background yang disave dalam photo

Klik done

5. Klik add image - album - pilih icon yang telah di save - done.

Klik add image - album - masukkan icon yang tekah disave


6. Klik save  (JPEG, White) - siapp!!
7. Lepas tu boleh la edit cover highlight di profile instagram korang. Senang je kan??

Tutorial 2

1. Install aplikasi Pinterest.
2. Kemudian search dalam aplikasi Pinterest tu 'Insta Highlight Cover'.


3. Nah keluar macam-macam yang dah siap.
4. Korang klik gambar yang berkenan dan save gambar dengan klik kat 3 titik di sebelah kiri atas - download image.

Pilih - klik 3 titik

Download image

5. Haa....boleh edit cover highlight di profile instagram.

Jadi ikut lah pilihan korang nak pilih tutorial yang mana. Semuanya cantik!!. Lepas ni Marsha pasti profile instagram korang mesti cantik-cantik. 

Selamat Mencuba!!



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review
Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
7 sahabat ibu

Assalamualaikum


Lama betul tak update entri blog terbaru. Start update 2 hari lepas setelah berminggu tak ada mood nak mengadap laptop. Penangan berbadan dua kali ni lain macam. Penyakit M ya amattt!! Tapi Marsha kena juga gagahkan diri updated blog. Kena lawan la kan??...hihi. Marsha ni jarang story pasal famili kecil Marsha. Jadi hari ni giliran Marsha untuk share tentang family kecil Marsha ni. Marsha nak simpan segala memori dalam blog ni untuk tatapan masa tua dan anak cucu nanti...insyaAllah. Jadi kali ni Marsha nak share tentang milestone anak kedua Marsha iaitu Baihaqi. Alhamdulillah Baihaqi dah officially berjalan di usia 11 bulan. Jom baca lebih lanjut| Baihaqi Milestone - Berjalan di Usia 11 Bulan.

Baihaqi Milestone - Berjalan di Usia 11 Bulan

Macam juga ibu-ibu lain, Marsha juga nantikan progress milestone Baihaqi sejak dia baru lahir sehingga hari ni. Dari dia mula buat senyuman, meniarap, mengesot, merangkak, bercakap dan berjalan. Kenapa Marsha dok nantikan bila Biahaqi boleh berjalan? Sebab Kakak Anith mula berjalan umur 10 bulan. Jadi sangat nantikan. Bukan nak compare cuma nak tengok progress macamana sebab setiap anak tak sama kan.

Ikutnya Baihaqi dah boleh menapak sambil pegang dinding atau sofa dah lama. Dari umur 8 bulan lagi. Cuma bila lepaskan tangan dia tak berapa yakin. Kemungkinan badan dia berat sebab berat dia mencecah 10 kg. Faktor dari itu, dia mungkin ambil masa untuk balance kan badan. Lagi satu dia jenis kalut & nak cepat je. Jadi tak sempat nak balance kan badan. Macam Kakak Anith dia ‘cool’ sikit...hihihi

Alhamdulillah....apa apa pun Baihaqi dah boleh jalan. So kita tunggu pula bila dia nak dapat ‘mulut’. Sekarang pun dah riuh rendah suara dengan satu suku kata. Sekarang ni boleh sebut ma, bah, uh...hihi. Memang riuh betul. Marsha suka perhatikan progress anak-anak sebab ia momen indah bagi seorang ibu. Sebelum melabuhkan entri kali ni, meh layan video pendek Baihaqi yer...




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
3 sahabat ibu

Assalamualaikum...Hai korang!!

Feeling great today?? Of course la kan kita memang kena feel great setiap pagi untuk datangkan kualiti kerja yang terbaik setiap hari. Tak kira lah kita seorang bekerjaya ataupun housewife. Semua ada kerja kan. Jadi stress mana pun feeling great setiap pagi memang diperlukan. Persoalannya, apa yang membuatkan kita feeling great setiap hari?? Kalau orang perempuan Marsha pasti kalau kita rasa kulit kita sihat, automatik kita rasa sangat yakin dan hebat kan?? Sebab Marsha pun macam tu. Kaum adam pun Marsha rasa yang sama juga. Betul tak?? Keyakinan diri ni memang sangat penting untuk seseorang tentukan kualiti kehidupan seharian mereka. Jadi Marsha nak share 1 produk yang pasti akan mengembalikan keyakinan korang pada waktu pagi sehingga waktu tidur dan hari-hari seterusnya. Jom baca | Real Fresh Skin Detoxer Hanya 10 Saat untuk Rutin Harian  


Real Fresh Skin Detoxer Hanya 10 Saat untuk Rutin Harian

10 saat untuk rutin harian?? Serius?? Nak tau serius tak serius korang wajib baca habis entry Marsha kali ni sebab Marsha nak dedahkan apa rutin 10 saat tu. Nak gosok gigi pun lebih 10 saat tau...hihi. Marsha dapat Real Fresh Skin Detoxer ni dalam gift box Althea Angles. Apa pula Althea Angles tu? Nanti Marsha story next post tau. Entri Althea Angels memang kena speciall!!..hihi. Actually, Real Fresh Skin Detoxer ini adalah hasil kolaborasi Althea X Get It Beauty. Hasilnya bagi Marsha memang da bomb!! Real Fresh Skin Detoxer ini adalah masker yang kita akan apply di kulit muka selama 10 saat - cuci - siap!! Ringkas je kan? Mempunyai 2 jenis varian iaitu Rose dan Green Tea.



Real Fresh Skin Detoxer - ROSE (Refining)

Untuk varian ROSE, ia dirumus khas untuk rutin harian pada waktu pagi. Fungsinya ialah untuk membuang kotoran yang terkumpul semalaman semasa kita tidur. Ia juga memberikan kesegaran untuk permulaan hari yang positif. Varian ini mengandungi kelopak mawar yang sebenar dan ekstrak dari mawar Grasse yang dipilih khas dari Selatan Perancis. Wah hebat betul!! Juga membantu memperbaiki kulit, mengecilkan liang pori dan menghilangkan kerengsaan pada kulit.


Paling best ia adalah pencuci muka & masker 2 in 1!! Jadi dalam masa yang sama ia menyuburkan kulit dalam masa yang sangat singkat iaitu 10 saat sahaja. Sangat singkat!! 

Real Fresh Skin Detoxer - Green Tea (Purifying)

Varian Green Tea, dirumus khas untuk penggunaan waktu malam sebelum tidur. Apabila jam menginjak 1000 malam, sel kulit akan menjadi aktif. Jadi penggunaan Varian Green Tea ni amat sesuai untuk meningkatkan proses regenerasi semulajadi kulit dengan kulit betul-betul bersih dan sedia untuk berehat.

Varian Green Tea ini mengandungi daun teh hijau muda dan ekstrak asli dari lereng bukit di Pulau Jeju. Wah Pulau Jeju adalah satu tempat yang Marsha teringin nak pergi. Hope one day dapat kesana lihat green tea sendiri di Pulau Jeju. Ia membantu membersihkan kulit dan memberikan kulit bernafas dengan baik semasa kita tidur. Jadi kulit tidak tersumbat dan lebih segar.

Cara Penggunaan Real Skin Detoxer

Penggunaan untuk kedua-dua varian adalah sama. Jom kita tengok cara penggunaanya:

1. Sapukan Real Fresh Skin Detoxer dengan lapisan yang agak tebal.
2. Biarkan selama 10 saat.
3. Gosok perlahan-lahan secara membulat atau gunakan alat pembersih muka.
4. Bilas hingga bersih.eeeeeeeeeeeeeeeee

Jom tengok video dibawah




Pengalaman Marsha Menggunakan Real Fresh Skin Detoxer ( Rose & Green Tea)



Pengalaman menggunakan kedua varian Real Fresh Skin Detoxer ni sangat mengujakan. Mana tak nya sebab pertama kali bersua dengan masker 2 in 1 yang hanya 10 saat. Ini sangat mengujakan. Sebab marsha tak pernah dengar pakai mask hanya 10 saat. Biasanya paling kurang pun 20 minit. Betul tak?? Jadi ia memang sangat mengujakan. 



Hasil penggunaan Real Fresh Skin Detoxer ini secara konsisten membuatkan kulit Marsha lebih lembut. Bintik hitam berkurangan. Rasa segar sepanjang hari dan bila bangun tidur pun kulit rasa fresh sangat walaupun belum mandi...hihi. Jadi kalau korang nak mencuba memang sangat recommended sangat. Kat mana nak dapatkan?? Haa meh la korang dapatkan di laman web Althea Korea. Boleh juga install aplikasi & terus order. Direct shipping dari korea tau!! Rujuk link kat bawah yer...

Althea.kr



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
2 sahabat ibu

Assalamualaikum....

Hari ni hari last cuti bersambung 4 hari dari Sabtu sampai Selasa. Korang pegi mana bercuti? Marsha tengok ramai kawan-kawan facebook, instagram dan juga kawan-kawan sekolah untuk memilih 'short vacay' selama 4 hari ni. Walaupun dinamakan 'short vacay' 4 hari adalah cuti yang agak lama yang boleh dimanafaatkan bersama family tersayang, betul tak?? Marsha pun pergi 'short vacay' juga tapi cuma seharian pada hari Sabtu sebab Ahad hingga Isnin suami bertugas untuk SUKMA yang mana Perak menjadi Tuan Rumah tahun ni. Seharian Sabtu tu Marsha naik ke Cameron Highland pergi jalan-jalan cari makan sambil melihat buah apple Cameron bergantung. Kemana Marsha jalan-jalan cari makan? Jom baca| Restoran Taman Apple Cameron Syurga Makanan di Cameron Highland.

Restoran Taman Apple Cameron Syurga Makanan di Cameron Highland

Haaa....inilah restoran pilihan Marsha sekeluarga pada kali ini naik Cameron Highland. Sebelum ni kalau naik Cameron, hotel akan jadi pilihan untuk steamboat dan kedai-kedai makan di Brinchang menjadi pilihan. Tetapi bila mendengar review mulut dari kawan-kawan tentang Restoran Taman Apple Cameron ni dan juga setelah search di google tentangnya kerana ia menjadi pilihan pelancong, Marsha dan keluarga 'decide' untuk mencuba makanan di Restoran Taman Apple Cameron ni dengan 3 course penting iaitu bermula dengan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam (steamboat & grill). Nasi Lemak Strawberi juga antara salah satu tarikan untuk Marsha kesana kerana Marsha belum pernah mencuba menu istimewa Cameron Highland ini.

Restoran Taman Apple Cameron


Disebabkan suami akan bermula kerjanya pada jam 3 pagi Ahad dan juga takut terperangkap dalam 'jammed' jadi kami bergerak awal pagi Sabtu jam 0630 pagi. Almaklumlah cuti bersambung 4 hari pastinya ramai yang ada 'short vacay' ke Cameron Highland. Bayangkan survey hotel pun full house!! Alhamdulillah jadi memang kami akan naik Cameron balik hari sahaja. Jam 830 tepat kami sampai ke destinasi kami iaitu Restoran Taman Apple Cameron untuk memulakan course pertama kami iaitu sarapan pagi. Oh ya lupa, Marsha kali ni dah berjanji dengan blogger Shalimar dari Shalimaryusof.com untuk jalan-jalan cari makan pada kali ini. Kami nak cuba Nasi Lemak Strawberi yang bukan sahaja menjadi pilihan pelancong tapi juga pilihan penduduk tempatan juga.

Kemudahan di Restoran Taman Apple Cameron

Sebelum nak cerita lanjut tentang 'syurga makanan' yang ada di Restoran Taman Apple Cameron ini ialah kemudahan yang terdapat di sini. Restoran Taman Apple Cameorn ini adalah restoran muslim dan mendapat tahap kebersihan premis yang terbaik iaitu pada skala A. Marsha kalau makan kemana-mana memang tengok tahap kebersihan premis dulu. Bila tengok Restoran Taman Apple Cameron ni tahap kebersihan dia A jadi boleh makan dengan gembira!!

Bersih kan Restoran Taman Apple Cameron ni?


Paling best juga ruang parking yang luas memudahkan kita parking kereta. Tak perlu nak queue untuk cari parking atau cari parking yang jauh. Jadi lebih senang untuk ahli keluarga yang mempunyai bayi kecil yang guna stroller dan juga wheelchair kerana ia stroller dan wheelchair friendly. Selain itu juga, restoran ini full 'no smoking & vaping'. Jadi yang ada anak kecik memang tak kan risau bawa anak-anak makan disini kerana bebas asap rokok dan vape yang tidak menyelesakan itu. Baby chair juga disediakan untuk anak-anak kecil jadi memang tak ada masalah untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.

Baby Chair


Restoran Taman Apple Cameron ini juga mempunyai ruang makan luas yang boleh memuatkan lebih dari 10 keluarga kecil (5-6 orang) dalam satu masa. Banyak kan? Kalau 10 keluarga kecil dah 60 orang. Bayangkan kalau lebih dari 10 keluarga kecil. Dengan konsep taman ia sangat sesuai untuk keluarga. Untuk order ada sistem pemanggil juga. Jadi pelanggan tak perlu kuatkan suara untuk memanggil pelayan. Hanya tekan loceng sahaja dimeja masing-masing. Tak lupa juga layanan staff yang sangat friendly.

Hanya tekan untuk servis


Makan-makan di Restoran Taman Apple

Ok meh kita cerita menu-menu yang ada dekat Restoran Taman Apple ni. Waktu perniagaan Restoran Taman Apple ini ialah bermula dari jam 800 pagi - 4 petang ( sarapan & makan tengahari) dan bermula  5 petang ( dinner - steamboat).  Marsha bermula dengan sarapan di sini bermula jam 830 pagi. Bila dapat menu....wahhhh banyaknyaaa!! Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya kami 'decide' nak cuba menu yang istmewa kat sini. Jadi pilihan kami ialah Nasi Lemak Serunding Strawberi, Laksa Johor dan Nasi Kukus Serunding Strawberi. Untuk pilihan minuman pula kami memilih Neslo Panas, Milo Panas dan Teh Lemon Panas. Juga ada Teh Tarik Float memang menarik!!

Menu sarapan Marsha sekeluarga

Waktu makan tengahari pula bermula jam 1 tengahari dan untuk makan tengahari ini Marsha memilih menu yang bakar iaitu Nasi Kambing Bakar, Nasi Ayam Bakar dan Nasi Sotong Bakar. Ini adalah menu istimewa di Restoran Taman Apple ni. Ada cef yang tertentu ditugaskan untuk handle bahagian bakar-bakar ini. Sebenarnya nasi-nasi ini ada juga set bersama air. Tetapi disebabkan kami nak mencuba varian milkshake yang ada dalam menu, jadi nasi kami ambil ala carte dan air yang menjadi pilihan ialah Strawberry Milkshake, Banana Strawberry Milkshake & juga Strawberry Herbs. Bila sampai semua makanan, fuh tak sabar-sabar nak rasa sebab dia punya 'presentation' pun dah menyelerakan mata. Dengan 'portion' yang banyak dan memang sangat berbaloi dengan harga. 

Menu pilihan Makan Tengahari


Waktu makan malam kami pergi awal kerana waktu hujan dan sangat sejuk di Cameron Highland ini pastinya pelancong akan makan makanan yang panas-panas terutamanya 'steamboat & grill' yang popular jika naik Cameron Highland ni. Jadi kami 'decide' ke sana awal kerana bimbang tiada tempat nanti. Untuk steamboat & grill, tak perlu reserved dan hanya walk in sahaja. Jadi kalau nak senang baik pergi awal untuk elakkan dari full house. Ternyata keputusan kami pergi awal tak salah. Masa sampai jam 5 lebih pun dah beberapa meja sudah dipenuhi dan ia semakin penuh dan jam 7 lebih meja semua full!! Memang sekelip mata sahaja pelanggan memenuhi Restoran Taman Apple ini untuk steamboat bersama keluarga. Waktu ini memang sesuai untuk keluarga.

Melihat menu-menu steamboat yang ada, tak salah Marsha menggelarkan Restoran Taman Apple ini sebagai syurga makanan. Sangat banyak!! Ada main course untuk 'steamboat & grill', makanan frozen, buah-buahan, sayur-sayuran istimewa Cameron Highland, Nasi goreng, Nasi Lemak Strawberi, variasi mee dan juga pelbagai air. Juga ada aiskrim dan juga ABC untuk dessert. Tak percaya?? Marsha dah siap 'snap' setiap menu tau!! Meh tengok meh...hihi














Betul kan menu 'steamboat & grill' kat Restoran Taman Apple ni banyak. Memang puas hati dan perut kenyang bergendang gembira...hihi. Oh ya, untuk steamboat ada 2 pilihan sup iaitu Sup dan Tom Yam. Jadi pelanggan boleh buat pilihan yang mana berkenan dihati. Setelah selesai makan, kami terus siap-siap keluar kerana ada family yang masih menunggu giliran untuk ber 'steamboat & grill' juga. Pengalaman makan-makan di Restoran Taman Apple ini sangat best terutamanya anak-anak kerana ia mempunyai ruang makan luas dan juga konsep taman yang membuat mood kita tenang semasa menjamu selera. 




Secara overall bagi Marsha dan family, Restoran Taman Apple ini sangat menepati standard dari segi kebersihan premis, ruang makan yang luas dan menu yang pelbagai. Juga ada variasi kek yang sedap-sedap.  Jadi tak salah Marsha menggelarkan Restoran Taman Apple ini 'Syurga Makanan' di Cameron Highland. Rasanya?? Rasa semua menu yang Marsha order semua menepati citarasa Marsha dan juga family. Semua makan licin!! Anak Marsha yang memilih makanan pun habis makan kat Restoran Taman Apple ni. Memang suprise sangat!! Jadi kali ni abahnya boleh makan menikmati dengan kenyang tanpa perlu habiskan makanan anak...hihi. 

Harga Makanan di Restoran Taman Apple Cameron

Harga makanan disini tak semahal makanan hotel walaupun rasa dia standard hotel. Average harga dalam rm20 kebawah untuk satu-satu menu dan juga set. Untuk steamboat pula harganya dikira mengikut seorang pelanggan. Harga steamboat seperti dibawah:

Dewasa (13 - 49 tahun): RM39.90/ perhead
Kanak-kanak (6 - 12 tahun) : RM 29.90/perhead
Kanak-kanak 5 tahun kebawah: FREE
Warga Emas (50 tahun keatas) : RM33.90/ perhead

Untuk warga OKU:
Dewasa (13-49 tahun) : RM33.90/perhead
Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM25.90/perhead
Warga Emas (50 tahun keatas) : Rm30.90/perhead

Lokasi Restoran Taman Apple

Macamana nak ke Restoran Taman Apple? Senang sahaja. Lokasi Restoran Taman Apple ni adalah di tengah-tengah pekan Tanah Rata dan bersebelahan dengan Cool Point Hotel atau Lokasi Tanah Rata. Korang boleh juga guna google maps atau waze. Hanya taip Restoran Taman Apple dan aplikasi ini akan terus bawa korang ke Restoran Taman Apple. Bila sampai tu nampak signboard besar. Memang tak akan sesat...hihi. Korang boleh juga ke FB Restoran Taman Apple Cameron untuk maklumat lanjut. 

Signboard Besar nampak dari jalan utama


Jom Makan-Makan di Restoran Taman Apple!!

Kalau korang ke Cameron Highland, jangan lupa makan-makan kat Restoran Taman Apple ni. Marsha memang akan kongsikan jika tempat makan yang Marsha kunjungi itu sedap. Next week cuti bersambung 3 hari lagi kan? Haa...jika ke Cameron Highland boleh la makan-makan kat Restoran Taman Apple ni. Kalau tak tahu nak makan apa boleh order menu yang Marsha dah cuba sebab menu-menu yang Marsha order ini adalah menu istimewa di Restoran Taman Apple ini. Jadi selamat mencuba!!

Gambar Kenangan di Restoran TAC



Marsha 
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
9 sahabat ibu

Assalamualaikum


Tahun ni Malaysia sangat banyak cuti yang bersambung-sambung. Last week dah habis cuti 3 hari bersambung Cuti Kemerdekaan dengan weekend. Minggu ni ada lagi cuti 4 hari pula bersambung Keputeraan Baginda Yang Di Pertuan Agong juga 1 Muharram. Next week pun ada lagi cuti bersambung selama 3 hari. Bila cuti lebih dari 2 hari biasanya ramai yang akan buat plan untuk bercuti. Yang bujang nak bercuti bersama kawan-kawan dan yang dah berkeluarga confirm lah akan bercuti dengan keluarga tersayang kan?..hihi. Biasanya cuti macam ni sesuai untuk 'short trip' di dalam negara sahaja. Sebab masa pun singkat. Tapi ada juga yang sempat ke negara jiran untuk 'short trip' macam Marsha last week...hihi. Tapi kalau nak lagi best cuti panjang seperti cuti sekolah akhir tahun adalah masa yang sesuai untuk melancong ke luar negara. Korang kalau plan nak keluar negara korang akan survey atau beli dimana? Matta Fair? Kebanyakannya bila Matta Fair berlangsung memang sangat ramai yang akan kesana mencari pakej-pakej luar negara yang berbaloi.

Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 Wajib Grab!!

Matta Fair memang sangat seronok pergi untuk cari pakej-pakej yang menarik dan murah. Marsha antara peminat utama Matta Fair ni. Tapi bila ramai sangat berpusu-pusu dengan anak-anak kecik akan jadikan mood tu kelaut...hahaha. Ye la dengan ramai-ramai lepas tu bawak anak-anak kecil pasti tak selesa. Belum tambah dengan jammed lagi. Dari bersemangat last-last ajak balik...hihi. Kenapa bersusah payah jika kita boleh dapatkan pakej yang menarik dan murah hanya dihujung jari je? Duduk rumah sambil main dengan anak-anak sambil tengok pakej-pakej yang menarik dan murah dan boleh terus buat tempahan. Jimat masa dan juga tenaga, betul tak? 

Korang nak tau, sekarang ni Traveloka telah mengadakan Traveloka Sale yang gempak seakan-akan Matta Fair yang berada dihujung jari korang je. Menarik kan? Pernah dengar tak Traveloka? Meh Marsha cerita serba sedikit tentang Traveloka ni.

Traveloka

Traveloka ialah salah satu platform penempahan online yang memberi kemudahan kepada individu yang suka travel dan bercuti dengan menyediakan penempahan tiket kapal terbang samada sehala atau dua hala dan juga bilik hotel dengan harga yang mampu milik. Penempahan tiket kapal terbang dan juga bilik hotel bagi destinasi domestik dan juga antarabangsa ditawarkan oleh Traveloka dengan mudah melalui laman web atau aplikasi telefon bimbit. Jadi tak perlu beratur di kaunter syarikat penerbangan semata-mata untuk menempah tiket kapal terbang dan tak perlu menelefon hotel untuk membuat tempahan. Semua hanya dihujung jari sahaja dengan Traveloka.

Traveloka


Paling menarik, harga yang ditawarkan adalah yang terbaik dan paling kompetetif untuk tiket penerbangan dan hotel di dalam satu platform. Mudahkan! Traveloka menawarkan harga jujur tau maksudnya tak ada 'hidden charge'. Jadi kita bayar dengan harga tersebut tanpa bayaran tambahan yang lain. Selain itu, korang juga boleh buat perbandingan harga terus dekat Traveloka. Yang menarik bagi Marsha, potongan-potongan harga yang sentiasa ditawarkan oleh pihak Traveloka ni sangat menarik. Traveloka memang kerap kali buat potongan harga tau jadi tunggu je sale dari Traveloka. Jadi kali ni Traveloka sedang mengadakan Traveloka Sale dan Matta Fair 2018 dan memang wajib grab!!

Traveloka Sale dan Matta Fair 2018


Traveloka memang menjadi pilihan Marsha sekeluarga. Baru-baru ni Marsha ke Hat Yai pun Marsha buat tempahan bilik melalui aplikasi Traveloka. Sangat mudah dan friendly dan hotel yang ditawarkan sangat puas hati dari segi harga dan juga servisnya. Yang paling menarik Traveloka menawarkan banyak tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera. Memang berbaloi-baloi!! Kebetulan tengah plan denga encik suami untuk bawa anak-anak jalan lagi tahun ni dan mungkin nak ke Bali atau Surabaya. Jadi memang sesuailah Marsha dapatkan pakej yang murah dan menarik.

Traveloka Salebration & Matta Fair 2018


Selain dari tawaran kupon diskaun, Traveloka juga menawarkan tawaran yang menarik untuk tempahan tiket penerbangan iaitu tawaran diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. No Booking Fee!! Tempah sekarang untuk perjalanan pernerbangan bila-bila masa dan mana-mana destinasi! Diskaun kupon pula 8% sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk pada terma dan syarat.

Destinasi


Tempahan boleh dibuat bermula dari 4 September hingga 10 September 2018. Jadi masa yang agak lama untuk decide dan plan destinasi percutian seterusnya. Paling menarik tempoh perjalanan dia tiada tarikh khusus! Tempoh perjalanan : Anytime!! Woohooo!!! Jangan lupa sambil tengok pakej untuk diri sendiri boleh war-warkan tawaran Traveloka Sale & Matta Fair 2018 kepada kawan-kawan dan juga keluarga ya!! War-war kan sekarang juga!!

Traveloka


Jadi kali ni Marsha berpeluang lagi dapatkan pakej yang berbaloi dan murah untuk destinasi Marsha sekeluarga seterusnya ke Bali atau Surabaya dengan Traveloka. Promosi macam ni bukan senang tau! Jadi bila ada promosi yang best ni kena cepat-cepat grab. Rugi kalau tak grab. Kalau terlepas alamatnya gigit jari je la....huhu.

Paling mudah cepat-cepat install aplikasi Traveloka di telefon pintar korang. Lagi jimat masa nak buat tempahan tau. Cepat-cepat install melalui Google Play atau App Store. Jom sama-sama grab Traveloka Sale & Matta Fair 2018 ni! Rugi tak grab!!




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
4 sahabat ibu
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Marsha
Blogger|Social Media Influencer
Personal|Lifestyle|Parenting|
Travel|Beauty

Review|Event|Collaboration
marshalizadotcom@gmail.com





Total Pageviews

Follow

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Subscribe My Youtube Channel

fb pages

Marshalizadotcom Diary

Blog Archive

  • ►  2021 (18)
    • ►  April 2021 (4)
    • ►  March 2021 (8)
    • ►  February 2021 (5)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2020 (103)
    • ►  December 2020 (6)
    • ►  November 2020 (8)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (5)
    • ►  August 2020 (9)
    • ►  July 2020 (6)
    • ►  June 2020 (24)
    • ►  May 2020 (9)
    • ►  April 2020 (9)
    • ►  March 2020 (5)
    • ►  February 2020 (4)
    • ►  January 2020 (9)
  • ►  2019 (108)
    • ►  December 2019 (8)
    • ►  November 2019 (3)
    • ►  October 2019 (9)
    • ►  September 2019 (9)
    • ►  August 2019 (13)
    • ►  July 2019 (12)
    • ►  June 2019 (8)
    • ►  May 2019 (12)
    • ►  April 2019 (9)
    • ►  March 2019 (8)
    • ►  February 2019 (6)
    • ►  January 2019 (11)
  • ▼  2018 (99)
    • ►  December 2018 (8)
    • ►  November 2018 (10)
    • ►  October 2018 (3)
    • ▼  September 2018 (7)
      • Masalah Rambut Gugur Selesai Dengan Brokoli Scalp ...
      • Periksa Kereta Sebelum Perjalanan Jauh| Pemanduan ...
      • Tutorial Icon Highlight di Profile Instagram
      • Baihaqi Milestone - Berjalan di Usia 11 Bulan
      • Real Fresh Skin Detoxer Hanya 10 Saat untuk Rutin ...
      • Restoran Taman Apple Cameron Syurga Makanan di Cam...
      • Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 Wajib ...
    • ►  August 2018 (7)
    • ►  July 2018 (7)
    • ►  June 2018 (6)
    • ►  May 2018 (8)
    • ►  April 2018 (7)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (13)
    • ►  January 2018 (9)
  • ►  2017 (133)
    • ►  December 2017 (12)
    • ►  November 2017 (12)
    • ►  October 2017 (13)
    • ►  September 2017 (22)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (17)
    • ►  June 2017 (15)
    • ►  May 2017 (7)
    • ►  April 2017 (8)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (2)
    • ►  January 2017 (8)
  • ►  2016 (43)
    • ►  December 2016 (15)
    • ►  November 2016 (6)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (10)
    • ►  March 2016 (1)
    • ►  January 2016 (10)
  • ►  2015 (74)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (7)
    • ►  September 2015 (30)
    • ►  August 2015 (28)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  January 2015 (5)
  • ►  2014 (39)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (9)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (6)
    • ►  August 2014 (6)
    • ►  July 2014 (4)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  January 2014 (6)
  • ►  2013 (19)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (6)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (5)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  January 2013 (3)
  • ►  2012 (29)
    • ►  September 2012 (1)
    • ►  August 2012 (6)
    • ►  July 2012 (13)
    • ►  March 2012 (3)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (5)
  • ►  2011 (37)
    • ►  December 2011 (11)
    • ►  October 2011 (2)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (4)
    • ►  May 2011 (6)
    • ►  April 2011 (3)
    • ►  March 2011 (3)
    • ►  February 2011 (2)
    • ►  January 2011 (3)
  • ►  2010 (190)
    • ►  December 2010 (3)
    • ►  November 2010 (1)
    • ►  October 2010 (8)
    • ►  September 2010 (4)
    • ►  August 2010 (11)
    • ►  July 2010 (12)
    • ►  June 2010 (22)
    • ►  May 2010 (51)
    • ►  April 2010 (21)
    • ►  March 2010 (19)
    • ►  February 2010 (23)
    • ►  January 2010 (15)
  • ►  2009 (96)
    • ►  December 2009 (7)
    • ►  November 2009 (12)
    • ►  October 2009 (12)
    • ►  September 2009 (7)
    • ►  August 2009 (18)
    • ►  July 2009 (14)
    • ►  June 2009 (20)
    • ►  May 2009 (2)
    • ►  April 2009 (2)
    • ►  March 2009 (2)

Popular Posts

  • Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu
    Assalamualaikum Semakin berusia, selain kedutan ada lagi satu masalah pada kulit wajah yang menghantui wanita terutamanya yang berumur 3...
  • Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Kembali Lagi Kali Ke-23
    Assalamualaikum MAGGI dengan Pertandingan Memasak sudah tidak asing lagi. Setiap tahun sekolah Marsha memang mengambil bahagian dalam Per...
  • Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #SunwayForGood Deepavali Cheer di Lost World of Tambun oleh Sunway Group
    Assalamualaikum Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #sunwayforgood Deepavali Cheer di Lo...
  • Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat
    Assalamualaikum Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat |  PARUT terhasil d...
  • Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum
    Assalamualaikum Solekan dan wanita tak dapat dipisahkan. Tetapi tak semua wanita pandai aplikasikan solekan dengan sempurna. Maksudnya na...
  • 5 Produk Mata Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata
    Assalamualaikum Mata adalah salah satu dari 5 deria penting anugerah dari ALLAH. Tiada galang ganti. Priceless tau. Jadi jika ada masal...
  • Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ipoh
    Assalamualaikum Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling membantu, murah hati dan saling percaya...
  • 10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap
    Assalamualaikum Ikan Tongkol atau juga popular dengan nama Ikan Aye dikalangan orang pantai timur seperti Marsha memang menjadi antara...
  • Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium
    Assalamualaikum Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium | Korang perasan tak kat FB & IG Marsha ada share ...
  • Hasbro Will Donate Toys To Families Affected By COVID-19 With Every Toy Purchase On Shopee
    Assalamualaikum With an intent to bring some cheer to affected families during these unprecedented times, Hasbro, Inc. (NASDAQ: HAS) wi...

Followers

Nuffnang Ads

komen baru

Widget Komen Terkini Dengan Avatar

My Blog List

  • SURIA AMANDA
    Alhamdulillah...Rezeki...
    33 minutes ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Contest #Luckyblog by AO
    3 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Cara Mudah Solat Sunat Tahajjud
    4 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    My youtube
    4 hours ago
  • Nurzarini Ismail
    Juadah Nostalgia Ramadan Mudah dan Berkhasiat dengan Ayam Brand
    10 hours ago
  • Marshalizadotcom
    Hanya Kunyah Bita V9 Vitamin C by Shinjumiofficial Untuk Kulit Sihat dan Cantik
    15 hours ago
  • Behind the Scene
    Dirran Organic Product Review
    23 hours ago
  • Husniey Husain
    Semua Orang Boleh Mula Berniaga Untuk Tingkat Ekonomi Diri! Program Nak Mula Berniaga
    1 day ago
  • SHALIMAR YUSOF
    Semua Orang Boleh Mula Berniaga Untuk Tingkat Ekonomi Diri
    2 days ago
  • Blog Lea Azleeya
    Lima Juadah Nostalgia Ramadan yang Mudah dan Lebih Berkhasiat
    2 days ago
  • Sheila Inspire
    Salam 4 Ramdhan 1442H : Jaga Hati
    3 days ago
  • Ana Suhana
    Discover smarter home cleaning with ECOVACS ROBOTICS on Shopee
    3 days ago
  • Ciktie Dot Com
    Marhaban Ya Ramadhan
    3 days ago
  • Blog Cik Ash
    KL EAST MALL SEMARAKKAN BULAN RAMADAN DENGAN KEMPEN DIDEDIKASI UNTUK KANAK-KANAK AUTISME
    3 days ago
  • Blog Wani Sukarno
    Nak Zakat, Wakaf, Infaq dan Sedekah Online? Guna Aplikasi Tulus
    4 days ago
  • KAK WAWA - Health & Beauty Tips, Lifestyle, Food, Travel and Review
    Testimoni Set Cantik - Produk Shaklee Berjaya Merawat Masalah Kulit Breakout
    1 week ago
  • SHAHADA FAUZI
    5 Minuman Malaysia Terbaik yang Mesti Anda Cuba
    1 week ago
  • Wawa Ashihara | Beauty & Lifestyle Blogger
    Kitsui Vita C+ Shine Mencantikkan Kulit & Meningkatkan Sistem Imun Badan
    1 week ago
  • Imperfectly Perfect
    Places I wish to visit in Singapore
    2 weeks ago
  • Blog Cik Renex
    Bio-Life Maxx Fish Oil 1000mg Double Strength - Makanan tambahan wajib untuk kesihatan yang lebih baik
    3 weeks ago
  • babyshambles.. ♥
    Nasib Atau Takdir
    4 weeks ago
  • From View of My Eyes
    Penat Berkeluarga
    2 months ago
  • Nick Nashram
    Contoh Soalan MUET Listening Test Lengkap Dengan Audio Dan Jawapan
    2 months ago
  • Ira Mommy Si Kembar
    TIPS SEMASA ANXIETY ATTACK | Dr. Erna Nadia
    2 months ago
  • Nurmujahidah
    Rawat Masalah Kulit Muka Dan Rambut Gugur Dengan Produk Halal Dari Nature Lab
    3 months ago
  • AIRA
    PG Mall Promosi November KBBM & FRESH FOOD WEEK
    4 months ago
  • MAT DRAT...
    Tempat Makan Best dan Sedap di Langkawi
    5 months ago
  • Husein Rider
    PakCik tua Bina Sendiri Surau Klasik tanpa Batu atau Simen
    6 months ago
  • TWENTYFOUR
    Mister Coffee Pilihan Kopi Terbaik Untuk Kopi Harian!
    7 months ago
  • Aisyhah Nyais
    Hati dan Perasaan? Alangkah beruntungnya..
    10 months ago
  • Amar Razali
    Menang contest blogger PSan!
    11 months ago
  • Soobeey
    TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS COVID-19 OLEH PERDANA MENTERI TAN SRI DATO MUHYIDDIN YASIN
    1 year ago
  • Khairul Iskandar Tajuddin
    KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA
    1 year ago
  • DILPAROZA
    CARA PUTHKAN KULIT
    3 years ago
  • ABE JAQ
    Senang je tukar hak milik kereta
    3 years ago
  • www.keunggulanwanita.com
  • SISHAWA DOT COM

BITERS

#Biters

NEWSLETTER

#teamBPT


BITERs Family

  • Kisahsidairy.com
    Seminggu Berlalu Kini Kembali Bekerja
  • MrsPip DotCom
    Best Benefits and Uses of Coconut Oil
  • Blog Sihatimerahjambu
    Keretapi Antara Bandar
  • Azwar Syuhada
    Manjakan Kuku Tangan & Kaki di Salun Artzy Nails
  • MARINA BASHAH
    Bayar Zakat di Cawangan Lembaga Zakat Selangor Menggunakan FPX Payment
  • Bonde Zaidalifah
    Tips Dapur : 21 Petua Cuka
  • Diary Mama
    Semua Orang Boleh Mula Berniaga Untuk Jana Pendapatan Dan Tingkatkan Ekonomi Diri
  • Yaya Azura
    Jom Mula Berniaga Untuk Tingkat Ekonomi Diri
  • SHALIMAR YUSOF
    Semua Orang Boleh Mula Berniaga Untuk Tingkat Ekonomi Diri
  • CXopportunities
    Jom Mula Berniaga dan Tips Bina Bisnes Berjaya
  • CXopportunities
    Jom Mula Berniaga dan Tips Bina Bisnes Berjaya
  • MRSLIEZ.COM
    Cara Tanam Pokok Pudina Dari Keratan Batang
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    TAPAULAH and WIN an IPHONE 12 PRO | ZAZA'S REVIEW
  • Sharing My Ceritera
    SKIN PS4 / PS5 / DS4 CONTROLLER HYPERGRAFIX
  • Ciktie Dot Com
    Marhaban Ya Ramadhan
  • apekinah.com
    KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Gotong Royong Masjid
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Buat Janji Temu (Appointment) Online KWSP
  • Fiza Aizzawa
    Selamat menyambut bulan puasa dan Salam Ramadhan 2021
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    Rawatan Alternatif Diabetes Dengan Eskayvie Phytax
  • Ajumohit
    Menu berbuka puasa dan bersahur untuk 30 hari
  • cikzacom
    BESTNYA BERCUTI DI HOTEL GRAND LEXIS, PORT DICKSON
  • Mimi Azirah
    Sungei Wang Plaza Goes Digital With Shopee This Hari Raya
  • Ardini Humaira
    KITSUI VITAMIN C
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    Apakah Produk Muslim Benar-Benar Muslim?
  • perrenial lifestyle
    Places I wish to visit in Singapore
  • Usop Ahmad
    Scrub Slushie Penawar Kepada Kulit Bermasalah
  • Lovely Sunshine
    Wishing for Staycation at Singapore
  • Norhana Rosmida
    Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus. Senang dan Sedap!
  • Rina Zul
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • Lifestyle Blog
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Syaza Redzuu | Lifestyle Blogger | Traveler
    6 Benefits by PG Mall to Support Local Sellers
  • Kak Nor
    Bengkel Fotography bersama Tuan Stefano Romano

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates