Restoran Taman Apple Cameron Syurga Makanan di Cameron Highland

by - 9/11/2018 09:20:00 PM

Assalamualaikum....

Hari ni hari last cuti bersambung 4 hari dari Sabtu sampai Selasa. Korang pegi mana bercuti? Marsha tengok ramai kawan-kawan facebook, instagram dan juga kawan-kawan sekolah untuk memilih 'short vacay' selama 4 hari ni. Walaupun dinamakan 'short vacay' 4 hari adalah cuti yang agak lama yang boleh dimanafaatkan bersama family tersayang, betul tak?? Marsha pun pergi 'short vacay' juga tapi cuma seharian pada hari Sabtu sebab Ahad hingga Isnin suami bertugas untuk SUKMA yang mana Perak menjadi Tuan Rumah tahun ni. Seharian Sabtu tu Marsha naik ke Cameron Highland pergi jalan-jalan cari makan sambil melihat buah apple Cameron bergantung. Kemana Marsha jalan-jalan cari makan? Jom baca| Restoran Taman Apple Cameron Syurga Makanan di Cameron Highland.

Restoran Taman Apple Cameron Syurga Makanan di Cameron Highland

Haaa....inilah restoran pilihan Marsha sekeluarga pada kali ini naik Cameron Highland. Sebelum ni kalau naik Cameron, hotel akan jadi pilihan untuk steamboat dan kedai-kedai makan di Brinchang menjadi pilihan. Tetapi bila mendengar review mulut dari kawan-kawan tentang Restoran Taman Apple Cameron ni dan juga setelah search di google tentangnya kerana ia menjadi pilihan pelancong, Marsha dan keluarga 'decide' untuk mencuba makanan di Restoran Taman Apple Cameron ni dengan 3 course penting iaitu bermula dengan sarapan, makan tengahari dan juga makan malam (steamboat & grill). Nasi Lemak Strawberi juga antara salah satu tarikan untuk Marsha kesana kerana Marsha belum pernah mencuba menu istimewa Cameron Highland ini.

Restoran Taman Apple Cameron


Disebabkan suami akan bermula kerjanya pada jam 3 pagi Ahad dan juga takut terperangkap dalam 'jammed' jadi kami bergerak awal pagi Sabtu jam 0630 pagi. Almaklumlah cuti bersambung 4 hari pastinya ramai yang ada 'short vacay' ke Cameron Highland. Bayangkan survey hotel pun full house!! Alhamdulillah jadi memang kami akan naik Cameron balik hari sahaja. Jam 830 tepat kami sampai ke destinasi kami iaitu Restoran Taman Apple Cameron untuk memulakan course pertama kami iaitu sarapan pagi. Oh ya lupa, Marsha kali ni dah berjanji dengan blogger Shalimar dari Shalimaryusof.com untuk jalan-jalan cari makan pada kali ini. Kami nak cuba Nasi Lemak Strawberi yang bukan sahaja menjadi pilihan pelancong tapi juga pilihan penduduk tempatan juga.

Kemudahan di Restoran Taman Apple Cameron

Sebelum nak cerita lanjut tentang 'syurga makanan' yang ada di Restoran Taman Apple Cameron ini ialah kemudahan yang terdapat di sini. Restoran Taman Apple Cameorn ini adalah restoran muslim dan mendapat tahap kebersihan premis yang terbaik iaitu pada skala A. Marsha kalau makan kemana-mana memang tengok tahap kebersihan premis dulu. Bila tengok Restoran Taman Apple Cameron ni tahap kebersihan dia A jadi boleh makan dengan gembira!!

Bersih kan Restoran Taman Apple Cameron ni?


Paling best juga ruang parking yang luas memudahkan kita parking kereta. Tak perlu nak queue untuk cari parking atau cari parking yang jauh. Jadi lebih senang untuk ahli keluarga yang mempunyai bayi kecil yang guna stroller dan juga wheelchair kerana ia stroller dan wheelchair friendly. Selain itu juga, restoran ini full 'no smoking & vaping'. Jadi yang ada anak kecik memang tak kan risau bawa anak-anak makan disini kerana bebas asap rokok dan vape yang tidak menyelesakan itu. Baby chair juga disediakan untuk anak-anak kecil jadi memang tak ada masalah untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.

Baby Chair


Restoran Taman Apple Cameron ini juga mempunyai ruang makan luas yang boleh memuatkan lebih dari 10 keluarga kecil (5-6 orang) dalam satu masa. Banyak kan? Kalau 10 keluarga kecil dah 60 orang. Bayangkan kalau lebih dari 10 keluarga kecil. Dengan konsep taman ia sangat sesuai untuk keluarga. Untuk order ada sistem pemanggil juga. Jadi pelanggan tak perlu kuatkan suara untuk memanggil pelayan. Hanya tekan loceng sahaja dimeja masing-masing. Tak lupa juga layanan staff yang sangat friendly.

Hanya tekan untuk servis


Makan-makan di Restoran Taman Apple

Ok meh kita cerita menu-menu yang ada dekat Restoran Taman Apple ni. Waktu perniagaan Restoran Taman Apple ini ialah bermula dari jam 800 pagi - 4 petang ( sarapan & makan tengahari) dan bermula  5 petang ( dinner - steamboat).  Marsha bermula dengan sarapan di sini bermula jam 830 pagi. Bila dapat menu....wahhhh banyaknyaaa!! Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya kami 'decide' nak cuba menu yang istmewa kat sini. Jadi pilihan kami ialah Nasi Lemak Serunding Strawberi, Laksa Johor dan Nasi Kukus Serunding Strawberi. Untuk pilihan minuman pula kami memilih Neslo Panas, Milo Panas dan Teh Lemon Panas. Juga ada Teh Tarik Float memang menarik!!

Menu sarapan Marsha sekeluarga

Waktu makan tengahari pula bermula jam 1 tengahari dan untuk makan tengahari ini Marsha memilih menu yang bakar iaitu Nasi Kambing Bakar, Nasi Ayam Bakar dan Nasi Sotong Bakar. Ini adalah menu istimewa di Restoran Taman Apple ni. Ada cef yang tertentu ditugaskan untuk handle bahagian bakar-bakar ini. Sebenarnya nasi-nasi ini ada juga set bersama air. Tetapi disebabkan kami nak mencuba varian milkshake yang ada dalam menu, jadi nasi kami ambil ala carte dan air yang menjadi pilihan ialah Strawberry Milkshake, Banana Strawberry Milkshake & juga Strawberry Herbs. Bila sampai semua makanan, fuh tak sabar-sabar nak rasa sebab dia punya 'presentation' pun dah menyelerakan mata. Dengan 'portion' yang banyak dan memang sangat berbaloi dengan harga. 

Menu pilihan Makan Tengahari


Waktu makan malam kami pergi awal kerana waktu hujan dan sangat sejuk di Cameron Highland ini pastinya pelancong akan makan makanan yang panas-panas terutamanya 'steamboat & grill' yang popular jika naik Cameron Highland ni. Jadi kami 'decide' ke sana awal kerana bimbang tiada tempat nanti. Untuk steamboat & grill, tak perlu reserved dan hanya walk in sahaja. Jadi kalau nak senang baik pergi awal untuk elakkan dari full house. Ternyata keputusan kami pergi awal tak salah. Masa sampai jam 5 lebih pun dah beberapa meja sudah dipenuhi dan ia semakin penuh dan jam 7 lebih meja semua full!! Memang sekelip mata sahaja pelanggan memenuhi Restoran Taman Apple ini untuk steamboat bersama keluarga. Waktu ini memang sesuai untuk keluarga.

Melihat menu-menu steamboat yang ada, tak salah Marsha menggelarkan Restoran Taman Apple ini sebagai syurga makanan. Sangat banyak!! Ada main course untuk 'steamboat & grill', makanan frozen, buah-buahan, sayur-sayuran istimewa Cameron Highland, Nasi goreng, Nasi Lemak Strawberi, variasi mee dan juga pelbagai air. Juga ada aiskrim dan juga ABC untuk dessert. Tak percaya?? Marsha dah siap 'snap' setiap menu tau!! Meh tengok meh...hihi














Betul kan menu 'steamboat & grill' kat Restoran Taman Apple ni banyak. Memang puas hati dan perut kenyang bergendang gembira...hihi. Oh ya, untuk steamboat ada 2 pilihan sup iaitu Sup dan Tom Yam. Jadi pelanggan boleh buat pilihan yang mana berkenan dihati. Setelah selesai makan, kami terus siap-siap keluar kerana ada family yang masih menunggu giliran untuk ber 'steamboat & grill' juga. Pengalaman makan-makan di Restoran Taman Apple ini sangat best terutamanya anak-anak kerana ia mempunyai ruang makan luas dan juga konsep taman yang membuat mood kita tenang semasa menjamu selera. 




Secara overall bagi Marsha dan family, Restoran Taman Apple ini sangat menepati standard dari segi kebersihan premis, ruang makan yang luas dan menu yang pelbagai. Juga ada variasi kek yang sedap-sedap.  Jadi tak salah Marsha menggelarkan Restoran Taman Apple ini 'Syurga Makanan' di Cameron Highland. Rasanya?? Rasa semua menu yang Marsha order semua menepati citarasa Marsha dan juga family. Semua makan licin!! Anak Marsha yang memilih makanan pun habis makan kat Restoran Taman Apple ni. Memang suprise sangat!! Jadi kali ni abahnya boleh makan menikmati dengan kenyang tanpa perlu habiskan makanan anak...hihi. 

Harga Makanan di Restoran Taman Apple Cameron

Harga makanan disini tak semahal makanan hotel walaupun rasa dia standard hotel. Average harga dalam rm20 kebawah untuk satu-satu menu dan juga set. Untuk steamboat pula harganya dikira mengikut seorang pelanggan. Harga steamboat seperti dibawah:

Dewasa (13 - 49 tahun): RM39.90/ perhead
Kanak-kanak (6 - 12 tahun) : RM 29.90/perhead
Kanak-kanak 5 tahun kebawah: FREE
Warga Emas (50 tahun keatas) : RM33.90/ perhead

Untuk warga OKU:
Dewasa (13-49 tahun) : RM33.90/perhead
Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM25.90/perhead
Warga Emas (50 tahun keatas) : Rm30.90/perhead

Lokasi Restoran Taman Apple

Macamana nak ke Restoran Taman Apple? Senang sahaja. Lokasi Restoran Taman Apple ni adalah di tengah-tengah pekan Tanah Rata dan bersebelahan dengan Cool Point Hotel atau Lokasi Tanah Rata. Korang boleh juga guna google maps atau waze. Hanya taip Restoran Taman Apple dan aplikasi ini akan terus bawa korang ke Restoran Taman Apple. Bila sampai tu nampak signboard besar. Memang tak akan sesat...hihi. Korang boleh juga ke FB Restoran Taman Apple Cameron untuk maklumat lanjut. 

Signboard Besar nampak dari jalan utama


Jom Makan-Makan di Restoran Taman Apple!!

Kalau korang ke Cameron Highland, jangan lupa makan-makan kat Restoran Taman Apple ni. Marsha memang akan kongsikan jika tempat makan yang Marsha kunjungi itu sedap. Next week cuti bersambung 3 hari lagi kan? Haa...jika ke Cameron Highland boleh la makan-makan kat Restoran Taman Apple ni. Kalau tak tahu nak makan apa boleh order menu yang Marsha dah cuba sebab menu-menu yang Marsha order ini adalah menu istimewa di Restoran Taman Apple ini. Jadi selamat mencuba!!

Gambar Kenangan di Restoran TAC



Marsha 
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

9 sahabat ibu

  1. Menu dia meriah tengok gambar pun dah lapar leeuy ni kak marsha hahaha

    ReplyDelete
  2. Kak marsha bestnya semua dari breakfast sampai dinner. Kena cuba ni bila gi Cameron Highland :D

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa makanan kt restoran taman apple ni..nanti kalau ade pluang g cameron lagi.CR nak cuba sini lak

    ReplyDelete
  4. Bestnya jika dpt mkn di restoran ni. Pasti akan ke sana bila berkunjung ke CH lg. Last pi sana thn 2012.

    ReplyDelete
  5. sedapnyo menikmati makanan di tempat sejukkkk. save the date !

    ReplyDelete
  6. Salam kenal marsha,kak adaa sini. Lama betul tak berkunjung ke Cameron nih lawa betul sekarang. Nasi lemak serunding strawberry tu ape ke rasanya? Tertanya juga ni hehe

    https://adaainspiration.com

    ReplyDelete
  7. Ni betul2 syurga mkanan kak marsha.. Mcm2 ada

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok menu. . Lama dah tak g Cameron..

    ReplyDelete
  9. tengah planning nak try restoran ni next time pergi cameron highland.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)