• Home
  • About
  • cONTACT
  • Sitemap
  • Disclaimer
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email Liyana Ishak Lokmanamirul.com Nurfuzie.Com Nurul Yui PermataBiru Pha Is Salmiah Md Zain Siti Sharini Siti Yang Menaip Zumal Zya Akma

Marshalizadotcom


#Biters


HOME MY STORY SHAKLEE TRAVEL ANITH BAIHAQI
FOODIE PARENTING BEAUTY REVIEW RESEPI TIPS

Asssalamualaikum


Korang mesti pernah dengar Farm In The City (FITC)  kan? Farm In The City ni dah selalu meniti di bibir-bibir kawan-kawan Marsha yang bercuti ke Selangor dan kawasan yang berdekatan. Selalu juga Marsha tengok kawan-kawan update keseronokan bawa anak-anak kat sana. Ini membuatkan Marsha berazam nak bawa anak-anak juga ke Farm In The City satu hari nanti. Alhamdulillah impian Marsha sebagai seorang ibu akhirnya tercapai bila pada 26 Oktober 2018 lepas Suami & Marsha berpeluang membawa anak-anak mendekati alam sekitar bersama-sama haiwan di Farm In The City ini. Mengapa Marsha sangat teruja? Sebab ianya adalah konsep yang Marsha sangat suka. Kalau kita ke zoo, kita hanya akan dapat lihat haiwan dari jauh tetapi tidak di Farm In The City. Kat sini anak-anak boleh kenal haiwan dengan lebih dekat. Selain konsep 'Close To Nature', apa lagi yang menarik di Farm In The City ini? Jom terjah | Farm in The City, Sri Kembangan Tarikan Anak-Anak Mendekati Haiwan Dengan Lebih Dekat

Farm in The City (FITC) , Sri Kembangan Tarikan Anak-Anak Mendekati Haiwan Dengan Lebih Dekat


Terletak di Sri Kembangan area Atmosphere adalah lokasi yang strategik untuk Farm In The City ini sebab haiwan-haiwan yang ada memerlukan suasana yang natural jauh dari kesibukan kota. Mula-mula sampai ke sini memang dah sangat teruja. Tak sabar nak bawa anak-anak masuk kedalam. Dah siap-siap beg susu dan pampers Baihaqi, kami terus masuk ke Farm In The City. Walaupun di kawasan parking agak panas sebab kami sampai pun almost dalam jam 2 petang. Sebab hari jumaat kan. Encik suami nak solat Jumaat dulu. Bila masuk kedalam, baru je sampai dah rasa sejuk sebab seluruh kawasan FITC ini sangat redup. Memang macam kawasan hutan natural. Sangat selesa. Paling best ia juga mesra 'stroller'. Ada laluan untuk kita tolak 'stroller'. Sangat selesa.

Entrance


Usai menguruskan tiket, kami terus masuk dan kali ini kami di layan oleh staf-staf FITC yang sangat friendly. Setiap pit stop yang ada sesi beri makan untuk haiwan memang ada staf FITC yang menunggu. Kalau rasa makanan yang diberikan tidak cukup, kita boleh beli makanan tambahan di kaunter yang disediakan. Setiap pit stop haiwan kita akan dapat bagi haiwan makan. Dari sekecil-kecil haiwan seperti burung hingga sebesar haiwan seperti Llama. Best kan?? 

Kami bermula dengan Turtle & Tortoise Farm. Ada pelbagai jenis kura-kura dan penyu yang ada. Yang paling mengujakan ialah kura-kura gergasi yang berumur 30 tahun yang masih aktif. Dikenali sebagai Aldabra Tortoise. Ia adalah spesis kura-kura kedua terbesar di dunia. Wah bertuah betul dapat bermesra dengan kura-kura ini. Kura-kura gergasi ini dibiarkan bebas dalam kandang mereka, oh ya kita boleh masuk kandang mereka & bagi makan tau. Sangat best dapat pegang dan usap kura-kura gergasi in real. Memula tu rasa seram jugak tapi lama-lama rasa best pula. Sebab ini adalah pengalaman kami sekeluarga kali pertama 'close to nature' dengan haiwan. 

Aldabra Tortoise

Bagi makan


Ada banyak lagi farm sperti Reptiles Cavern, Passion Fruit Garden, Free-Flight Bird Aviary, Savannah, Vegetables & Fruit Farm, Fish & Swan Feeding, Kampung House, Pet Village & Longkang-Fishing, Jungle Walk, Twilight Creatures, Exhibition Hall, Kampong Mahmood, Pelican Quay, Star Animal "Falabella", Desert House, Pony Ride, Pony Stable, Mbek-mbek House dan Cow & Ostrich. Ha....banyak kan? Kami menghabiskan masa sepetang dalam FITC ni. Sampai tutup operasi FITC ni....hihihi. Korang boleh rujuk guide map dibawah tau.


Map FITC


Kemudahan di FITC

Banyak kemudahan yang ada di FITC ini dan korang tak perlu bimbang jika bawa anak-anak kecil. Selain mesra 'stroller', FITC juga mempunyai kemudahan lain seperti:

  • Tandas
  • Staircase (untuk tolak stroller)
  • Parking yang luas
  • Rest Kiosk
  • Token Machine
  • Animal Food Machine
  • Surau / Prayer Room
  • Cafe / Restoren
  • Photo Corner Shop
  • Gift Shop
Restoren/Cafe

Animal Food Machine

Tarikan Istimewa di FITC

Free-Flight Bird Aviary

Ini pula kawasan favorite Marsha sebab kita boleh merasai pengalaman memberi makan burung dengan bebas. Dekat sini ada staf FITC yang menunggu untuk agihkan makanan dan beri panduan kita cara untuk memberi makan dekat burung. Memang seronok sangat kat sini. Meh layan video Marsha ni.

Seronok kan? Pengalaman yang tak dapat dilupakan tau. Jom korang alami pengalaman yang best ini.

Baihaqi tengok je

Fish & Swan Feeding

Di kawasan ini, kita boleh bagi ikan dan angsa makan. Paling menarik sebab kita dapat beli makanan di Animal Food Machine. Wow, ini membuatkan kami sangat teruja!! Pengalaman pertama Kakak Anith. Biasa kita guna mesin beli token je kan. Kali ini beli makanan ikan dan angsa menggunakan mesin.


Ibu beli token dulu

Kakak Anith beli makanan

Dah dapat

Bagi makan ikan

Dah selesai masukkan kotak dalam pondok khas

Longkang-Fishing

Ini pun antara aktiviti menarik lain dari lain kat sini. Anak-anak boleh buat aktiviti Longkang-Fishing dengan menangkap ikan kecil dalam longkang menggunakan jaring kecil. Kakak Anith ralit betul dengan aktiviti ini. Sebab kat tempat lain tak ada. Memang seronok betul Kakak Anith.

Longkang Fishing


Pony Ride

Yeay dekat FITC ini ada Pony Ride. Tetapi disebabkan cuaca tidak mengizinkan pada hari Marsha datang, hujan lebat jadi Kakak Anith tak sempat nak naik Pony Ride. Maybe next time kita datang lagi.

Token untuk Pony Ride


Sebenarnya semua tempat menarik tapi Marsha 'highlight' kan tarikan yang tak ada di tempat lain yang membuatkan FITC ini sangat istimewa. Banyak spesis haiwan yang kita boleh tengok dan bermesra di FITC ini tau. Mostly haiwan dibiarkan bebas dalam kawasan masing-masing untuk kita bermesra. Overall memang sangat fun kat sini. Anak-anak pun nampak happy sebab dapat mendekati haiwan-haiwan disini. Memang pengalaman pertama untuk anak-anak Marsha. Baihaqi seronok bagi makan kat arnab. Seronok betul dia.

Baihaqi bagi makan arnab


Jadi sempena cuti sekolah ini, jika korang bawa anak-anak bercuti ke KL atau Selangor boleh la jadikan FITC ini antara destinasi wajib korang. Sure tak rugi. Memang sangat seronok kat sini. Kalau boleh spend seharian kat sini.

Harga Tiket


Untuk maklumat lanjut dan harga tiket, korang boleh rujuk maklumat dibawah:

Harga Tiket:

Normal Price: 
Adult - RM55
Senor Citizen - RM45
Children - RM45

MyKad Discount:
Adult - RM37
Senior Citizen - RM30
Children - RM30


Kaunter Tiket

Jadi jangan lupa bawa MyKad untuk lebih berbaloi ya!! Nak beli tiket online pun boleh. Ada day pass dan annual pass juga.  Boleh beli di:

Website FITC : Farm In The City 

Info-info tambahan pun korang boleh dapatkan di website diatas ya!!




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
 Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
2 sahabat ibu

Assalamualaikum


Zakat adalah sangat penting bagi kita terutamanya bagi yang beragama Islam. Dengan berzakat kita dapat membersihkan harta kita. Dengan berzakat juga kita dapat membantu yang lebih memerlukan untuk terus hidup dengan baik. Pada hari ini, 27 November 2017 Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen 'Jadi Kaya Dengan Zakat' bagi menghebahkan tentang keberkatan berzakat dari pelbagai aspek kepada umum. Nak tau dengan lebih lanjut? Jom baca | Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat


Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat


Zakat Harta yang boleh ditunaikan sepanjang bulan Disember iaitu Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan, Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas, Zakat KWSP dan Zakat Saham. Juga mengalakkan umum untuk membayar zakat yang tertunda dari tahun sebelumnya dengan menunaikan Qada Zakat. 



Selaran dengan moto utama PPZ-MAIWP iaitu ' memudahkan anda berzakat' menepati saluran pembayaran zakat yang telah disediakan bagi memudahkan pembayar adalah melalui:


1. 11 KAUNTER PPZ-MAIWP


Dibuka 7 hari seminggu termasuk CUTI UMUM

Waktu operasi: 1 Disember - 25 Disember:

Masa:  8.15 pagi - 4.45 petang

 

11 Senarai lokasi kaunter-kaunter PPZ-MAIWP

1. Shamelin Perkasa (HQ PPZ-MAIWP)
2. Plaza RAH, Kampung baru
3. Masjid Negara
4. KLSC Wangsa Maju
5. UTC KL, Pudu Sentral
6. Presint 9, Putrajaya
7. Presint 15, Diplomatik, Putrajaya
8. Masjid Al-Imam Al- Ghazali, Kepong
9. Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
10. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Jalan Puchong 
11. Labuan Times Square


Bagi mempromosikan saluran ini dengan penampilan istimewa Ustaz Haslin Baharim, Norman Hakim dan Ustaz Elyas Ismail.


2. PORTAL PPZ-MAIWP - http://WWW.ZAKAT.COM.MY

Apakah keistimewaan pembayaran zakat melalui saluran ini?


1. Pengunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya.
2. Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkats
3. Melakukan pembayan lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan pengunaan Troli Zakat.
4. Integrasi pembayaran zakat mengunakan chatbox FB Messenger agar menjawab persoalan kiraan zakat yang ingin ditunaikan. 
5. Video tutorial berkaitan panduan pengiraan zakat
6. Bacaan doa untuk para muzakki (pembayar zakat) setelah selesai pembayaran zakat di lakukan. 
7. Dan sudah tentunya, pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP ini boleh dibuat pada bila-bila sahaja dan di mana sahaja anda berada.


Selebriti yang bakal mempromosikan saluran ini adalah Amar Baharin. 

Amar Baharin


3. PERBANKAN INTERNET. 

Dengan konsep semudah di hujung jari, 14 bank telah dilantik sebagai ejen bagi memudahkan pembayaran zakat di PPZ- MAIWP. Pembayaran zakat menerusi kaunter-kaunter bank yang dilantik oleh PPZ-MAIWP sebagai ejen kutipan zakat. 

Penampilan istimewa bagi saluran ini adalah Imam Muda Asyraf.


4. KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP

Pihak PPZ-MAIWP memperkenalkan perkhidmtan khas 'Door-to-Door' bagi pembayran zakat RM5000.0o ke atas. Perkhidmatan ini membolehkan pihak kami ke lokasi anda. Hubungi talian zkat 1300 88 5757 bagi perkhidmatan ini. 

Selebriti yang membantu dalam mempromosikan saluran ini ialah Bell Ngasri

Bell Ngasri

5. TABUNG DIDIK ZAKAT PPZ-MAIWP

PPZ-MAIWP memperkenalkan Tabung Didik Zakat PPZ-MAIWP serendah RM10 bagi mendidik kanak-kanak untuk lebih dekat dengan ibadah zakat dan memperolehi tabung khas bagi mengalakkan aktiviti tersebut dilaksanakna. PU Azman atara selebriti yang akan membantu PPZ-MAIWP bagi mengalakkan aktiviti ini dilaksanakan. 

Selain itu, bagi menghargai para pembayar zakat yang membuat pembayaran di PPZ-MAIWP , pelbagai cenderahati khas seperti kalendar 2019 turut disediakan. Kempen ' Jadi Kaya Dengan Zakat' ini disempurnkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dengan penampilan istimewa seperti Amar Bahrin, Bell Ngasri dan PU Azman.




PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat islam di Wilayah Persekutuan merebut keberkatan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang terdapat dalam harta kita. Dengan pelbagai saluran yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP, diharapkan tiada alasan lagi untuk umum tidak menunaikan zakat atau menangguhkan penunainya. 



'PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT'




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
3 sahabat ibu
Assalamualaikum

Buat yang ada anak-anak yang masih kecil, kalau nak pergi kemana-mana sekarang stroller atau baby carrier (pengendong) amat penting. Begitu juga dengan 'baby chair'. Kalau kita travel dan singgah makan dan kita ada anak yang berumur 9 bulan ke atas yang dah boleh duduk memang kita perlukan 'baby chair' untuk keselesaan bayi kita. Mostly semua kedai makan atau restoran memang sediakan 'baby chair'. Dekat rumah sendiri pun Marsha sediakan 'baby chair' untuk Baihaqi. Tapi jika 'baby chair' tak cukup di kedai atau resotoran ataupun kita ke kedai atau warung yang tak sediakan 'baby chair' macamana? Mesti agak tidak selesa sedikit anak nak makan bersama. Betul tak? Sebelum ni, solution Marsha hanyalah stoller. Tapi sejak ada BenBat YummiGo Booster Seat ini, masalah dapat diatasi dengan senang hati. Apakah BenBat YummiGo Booster Seat  ini? Nak tahu? Jom baca tentangnya | BENBAT YUMMIGO BOOSTER SEAT Menyenangkan Travel Marsha Bersama Anak Kecil

BENBAT YUMMIGO BOOSTER Memudahkan Travel Marsha Bersama Anak Kecil



BenBat YummiGo Booster Seat



Marsha dan travel memang tak boleh dipisahkan. Biasalah kadang-kadang balik kampung di Kelantan, balik umah mertua di Kulim dan juga travel ke luar Ipoh. Jadi bila travel bersama Baihaqi banyak juga persiapan yang nak disediakan. Walaupun keluar jalan-jalan sekalipun. Gadget seperti 'baby carrier' atau stroller memang amat penting. Tapi kali ini Marsha bukanlah nak share tentang stroller atau 'baby carrier' tetapi 'portable baby chair'. Biasa kalau kita tengok 'baby chair' confirm ada di restoran atau kedai-kedai makan. Tetapi kalau warung tak semua ada. Bagaimana kalau restoran ada sediakan kemudahan 'baby chair' tetapi disebabkan permintaan yang tinggi kemudahan itu jadi tak cukup? Ini akan menjadi sedikit masalah sebab biasa Baihaqi memang di train untuk duduk makan bersama. Kalau letak di kerusi biasa akan menyukarkan Baihaqi dan kemungkinan besar juga Baihaqi mungkin akan jatuh. Alhamdulillah alternatif 'portable baby chair' dapat menyelesaikan masalah Marsha ini.



5 Sebab BenBat YummiGo Menjadi Pilihan Marsha

Meh Marsha story 5 sebab Benbat YummiGo Booster Seat menjadi pilihan Marsha. Antaranya ialah:


  1. Dwi-fungsi - Ia bukan sahaja sebagai booster atau 'baby chair' tetapi juga sebagai storage. Jadi barang-barang personal Baihaqi seperti susu, botol susu, pampers dan barangan yang lain boleh dimuatkan skali untuk travel. Jadi tak perlu nak bawa beg tambahan lagi. Walaupun ia dwi-fungsi, bagi Marsha ia adalah 'all in one'. Memang memudahkan mak-mak yang ada anak kecik macam Marsha ni travel. 
  2. Mudah digunakan dan dibersihkan - Cara penggunaannya juga senang. Pemasangan di pelbagai jenis kerusi dengan masa yang singkat. Baihaqi juga duduk dengan selesa. Jika ada makanan yang tumpah pun hanya lap sahaja.
  3. Ringan - BenBat YummiGo Booster Seat ini sangat ringan. Jadi tak ada masalah nak bawa ia kesana kemari. 
    Ringan & Senang Dibawa
  4. Menampung berat sehingga 20kg - Paling best ia boleh menampung sehingga 20kg berat. Jadi lama la Baihaqi boleh guna. Material dia sangat tahan dan teguh.
  5. 3 point harnest yang selamat - Bab safety ni memang Marsha sangat titikberatkan. Kalau korang nak tahu, BenBat YummiGo Booster Seat ini mempunyai 3 point harnest yang menyokong semasa anak kita duduk. Marsha lebih yakin bila Baihaqi menggunakan BenBat YummiGo Booster Seat ini.
3 Point Harness


Tak dinafikan sekarang ni kan kebanyakkan memang kedai ada sediakan 'baby chair' tetapi tak banyak yang sediakan dengan mencukupi. Kalau kedai biasa tu adalah 2-3 'baby chair'. Jadi kalau masa tu ramai memang kena tunggu turn. Satu lagi masa kenduri kawen memang confirm tak de disediakan 'baby chair'. Jadi masa ni memang BenBat YummiGo Booster Seat sangat diperlukan. 


Maklumat Lanjut

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut ataupun nak dapatkan BenBat YummiGo Booster Seat yang best ni korang boleh ke:

Website:

Bloom & Grow Asia
Smart Mum Asia

Instagram:

@bloomandgrowasia
@smartmumasia









Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
No sahabat ibu

Assalamualaikum



DETTOL adalah jenama antiseptik yang dari dulu meniti di bibir-bibir rakyat Malaysia dari tahun 1932 hingga kini. DETTOL bermula dengan sabun mandian berubat dan cecair pecuci luka yang terkenal satu masa dulu dan masih kekal pada masa kini malah diberi nafas baru. Teringat zaman-zaman kecil dulu dengan sabun DETTOL. Kini ada bermacam-macam produk dari DETTOL. Sudah ada mandian pelbagai bau dan juga fungsi yang lebih memfokuskan kepada sesuatu masalah. Apa yang Marsha suka dengan DETTOL ialah fokus utamanya ialah membasmi kuman. Sekarang DETTOL melancarkan semula rangkaian pembersih diri untuk melindungi isi rumah dari 100 kuman berbahaya. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca | DETTOL Jenama Yang Dipercayai Sekeluarga Dari Dulu Hingga Kini.

DETTOL Jenama Yang Dipercayai Sekeluarga Dari Dulu Hingga Kini



Jenama DETTOL ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari. Marsha kini adalah Ibu DETTOL. Ibu-ibu diluar sana macamana pula?


Marsha kini Ibu DETTOL


Marsha mendengar keluhan para ibu, maka Dettol, sebagai jenama perlindungan kuman No.1 di dunia** kini melancarkan semula seluruh rangkaian produk pembersihan diri baru-baru ini bagi melindungi semua keluarga di Malaysia daripada 100 jenis kuman berbahaya. Dettol ‘ProFresh’ dirumuskan untuk memberi ‘perlindungan daripada bau badan selama 12 jam’ bagi memastikan kesegaran sepanjang hari, walaupun dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Dettol ‘ProSkin’ menyediakan ‘kelembapan selama 8 jam’ untuk mengekalkan perlindungan kulit bagi seisi keluarga yang selama ini sering terdedah kepada persekitaran yang memudaratkan seperti sinaran mentari yang terik atau dalam persekitaran dengan penyaman udara yang berterusan.

DETTOL ProFresh Baru


Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol telah menjadi peneraju perlindungan daripada kuman dan juga menjadi rakan aktif para ibu yang mahu melindungi keluarga masing-masing. Jenama yang komited untuk menambahbaik kesihatan keluarga menerusi kebersihan ini sentiasa memperbaharui penyelesaian untuk melawan kuman yang sering berevolusi dalam zaman ini . Komitmen ini meningkatkan lagi mutu dan keberkesanan produk bagi melindungi kesejahteraan pengguna. Tidak hairanlah jenama ini mendapat kepercayaan daripada para ibu di seluruh dunia bagi membantu keluarga mereka mengekalkan kebersihan diri dan seterusnya kesihatan mereka.
Antara rangkaian Dettol Pro Fresh

Dettol merupakan jenama perlindungan kuman No. 1 di Malaysia sejak sekian lama. Dalam usaha jenama untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi melindungi keluarga Malaysia daripada kuman, Dettol telah mengenal pasti keperluan yang berbeza bagi produk pembersihan diri. Dua keperluan utama yang dikenal pasti adalah ‘perlindungan bau’ dan ‘perlindungan kulit’.

“Kita mandi untuk membersihkan badan. Selain daripada keperluan asas ini, terdapat keperluan yang lebih versatil dan lebih mendalam yang sangat bergantung kepada gaya hidup sesebuah keluarga.  Bagi keluarga Malaysia, keperluan mereka selalunya bergantung kepada dua keperluan: ‘perlindungan bau’ yang selalunya dikaitkan dengan kuman penyebab bau badan yang terdapat pada kulit dan perpeluhan sering berlaku dalam cuaca tropika yang panas, dan ‘perlindungan kulit’ yang mengekalkan kulit agar sentiasa sihat dan tidak kekeringan. Ini merupakan satu cabaran di negara ini disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari dan kelembapan yang menyebabkan habuk dan kuman melekat pada kulit. 

Produk pembersihan diri Dettol yang baharu dirumuskan untuk memberikan ‘perlindungan daripada 100 kuman bahaya’ bagi memenuhi kedua-dua keperluan ini. ‘ProFresh’ diperkembangkan untuk mengawal kuman penyebab bau dan memberikan perlindungan bau selama 12 jam, manakala ‘ProSkin’ memberi tumpuan kepada kulit yang sihat dengan menyediakan ciri pelembap selama lapan jam. Kedua-dua rangkaian ini telah diuji secara dermatologi dan terbukti sesuai untuk kegunaan harian keluarga,” jelas Kim Minyoung, Pengurus Pemasaran Dettol Malaysia dan Singapura.

Dr. Steven Chow, Pakar Perunding Dermatologi menjelaskan bahawa para ibu pada masa kini lebih berhati-hati tentang cara untuk mengekalkan kebersihan badan dan kesihatan kulit keluarga.
 
Dr Steven Chow
"Para ibu berasa gembira apabila melihat anak-anak mereka aktif dan menikmati masa yang menyeronokkan dengan bermain di luar. Namun pada masa yang sama mereka juga turut bimbang tentang kuman-kuman yang tidak kelihatan yang boleh melekat pada badan mereka. Bau badan mereka pula sukar digambarkan! Bayangkan anak-anak anda pulang daripada melakukan aktiviti fizikal di sekolah dan bau badan mereka apabila masuk ke dalam rumah. Produk pembersihan diri yang berkesan di bilik mandi adalah solusi untuk seluruh keluarga. Oleh sebab kulit anak-anak mudah terdedah kepada kebahayaan, penyelesaian yang telah diuji secara dermatologi amatlah penting" kata Dr. Steven.

Dr. Steven menjelaskan bahawa ramai orang mempunyai tanggapan yang salah bahawa peluh menyebabkan bau badan. “Peluh sebenarnya tidak berbau. Kuman pada permukaan kulit bertindak balas kimia dengan peluh dan mengeluarkan sisa asid yang sebenarnya menjadi penyebab bau. Oleh itu penting untuk menghapuskan sumber kuman pada peluh dengan menggunakan produk khas dan bukannya menggunakan produk pembersihan biasa. Ini bukan sahaja memastikan anda dan keluarga berbau segar sepanjang hari, tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan,” tambahnya lagi.

Kekalkan tahap kebersihan keluarga dan lindungi mereka daripada kuman ketika mereka menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat! Rangkaian pembersihan diri Dettol terdapat dalam lima varian yang menyegarkan; Cool, Lasting Fresh, Re-energize, Fresh, dan Skincare. 

Dari kiri: Lasting Fresh, Cool, Fresh & Re-Energise

Produk ini dijual di pasar raya dan farmasi utama di seluruh negara pada harga RM6.90 untuk botol 250ml, RM12.46 untuk botol 500ml, RM20.25 untuk botol 950ml, dan RM15.67 untuk pek isi semula 900ml.

*34.1% (1.97 juta) isi rumah rakyat Malaysia di seluruh Semenanjung telah membeli sebarang produk Pembersihan Diri Dettol (Cecair+ Sabun Buku + Pencuci Tangan) sepanjang 12 bulan lepas. Sumber: Kantar Worldpanel Malaysia


**Berdasarkan berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Nielsen menerusi Perkhidmatan Scan Track, Market Track dan Retail Index bagi pasaran kategori Perlindungan Kuman (mengikut takrif Reckitt Benckiser) bagi tempoh 52 minggu berakhir Mac 2017 bagi semua pasaran barangan runcit


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
3 sahabat ibu

Assalamualaikum


Steamboat & BBQ kini dah menjadi trending untuk keluarga 'Makan Besar'. Biasanya kita akan makan besar bila menyambut hari istimewa ataupun bila belanja ahli keluarga besar sekali sekala. Kini banyak pilihan yang ada sebab restoran yang menyajikan steamboat & grill ini tumbuh macam cendawan atas permintaan. Marsha dan encik suami pun penggemar steamboat & grill tau. Memang rasa best sangat dapat menjamu selera bersama-sama keluarga. Tetapi adakah semua berbaloi? Ada sajian premium tak atau sekadar biasa-biasa sahaja? Baru-baru ni Marsha berpeluang menjamu selera di salah sebuah restoran yang glamer di IOI Mall iaitu Pak John Steamboat & BBQ. Ada lebih 160 menu sajian Steamboat & BBQ Buffet yang disajikan disana tau. Nak tau lebih lanjut? Jom!! Pak John Steamboat & BBQ | Penuh Keterujaan dengan Pelbagai Menu Premium

Pak John Steamboat & BBQ | Penuh Keterujaan dengan Pelbagai Menu Premium


Actually bab makan ni memang Marsha agak memilih. Ye...alang-alang nak makan kita mestilah nak yang puas hati dan berbaloi. Betul tak? Happy tummy, happy mood...hihihi. Apa yang Marsha teruja adalah kelainan yang ada di Pak John Steamboat & BBQ ni iaitu 'Menu Premium'. Dok tertanya-tanya masa on the way nak ke sana apakah menu premium yang ada?? Tak sabar rasanya!! Jam 6 petang kami sampai masa tu crowd dah ramai. Memang nampak Pak John Steamboat & BBQ ni mesti menjadi pilihan pengunjung di IOI Mall Puchong ni. Kami memilih tempat duduk di bahagian luar sebab nak BBQ skali kan? Lagipun rasa lebih seronok. Dengan layanan yang best dan mesra dari staf mereka membuatkan kami sekeluarga sangat selesa.

Di Pak John Steamboat & BBQ ini ditawarkan dengan 5 jenis sup untuk steamboat iaitu Prawn Soup (Sup Udang), Tom Yam Soup ( Tom Yam ), Chicken Soup ( Sup Ayam ), Curry Soup ( Sup Kari ) dan Miso Soup ( Sup Miso ) . Banyak kan pilihan sup? Biasa kita tengok ada tom yam dan sup ayam je. Kami memilih Tom Yam Soup sebab ia adalah favorite kami sekeluarga. Lagipun Marsha tengah alahan jadi Tom Yam yang masam-masam ni memang menjadi pilihan.


5 Pilihan Sup


Setelah Tom Yam Soup dan segala alatan untuk Steamboat & BBQ sudah tersedia diatas meja, tibalah masa untuk kami mengambil makanan yang menjadi pilihan hati. Bila masuk ke dalam....fuyooooo banyaknya menu!!! Dari makanan frozen seperti fishball, crabstick dan banyak lagi. Sajian fresh dengan pelbagai perapan ayam dan daging. Antaranya ialah Daging Blackpepper, Sweet Soya Chicken dan banyak lagi. Tak lupa juga makanan laut dengan pelbagai jenis sotong, udang dan juga ketam. Juga ada Scallops. Haaa....ini yang Marsha suka ni...hihihi. Juga ada dumpling, pelbagai sayuran, pelbagai jenis cendawan juga ada fresh tauhu.

Bermacam jenis fresh food



Selain dari sajian fresh untuk Steamboat & BBQ, Pak John Steamboat & BBQ juga menyediakan makanan sedia dimasak dan makanan berat seperti nasi putih, nasi goreng udang, mee goreng mamak, bihun goreng dan banyak lagi. Juga ada pelbagai jenis cucur, nuget dan banyak lagi. Bagi penggemar mee segera dan ramen, korang tak dilupakan tau. Kat sini disediakan pelbagai mee segera seperti Spinach Noodles, Maggi dan juga Ramen. Jadi Marsha try ambil ramen kali ni.

Makanan berat sedia dimasak

Cucur, Nuget dan pelbagai hidangan

Pelbagai Mee Kering & Ramen


Pak John Steamboat & BBQ juga menawarkan pelbagai jenis sos tau. Korang boleh cuba pelbagai sos yang disediakan di sini. Di bahagian air pula disediakan pelbagai jenis air sejuk dan panas. Juga ada air kosong dan suam. Jadi pilih je yang mana menjadi pilihan. Untuk peminat makanan cina pula, ada Dim Sum kat sini tau. Tapi kena order di kaunter yang dikhaskan sebab mereka hidangkan Dim Sum yang fresh untuk korang.

Pelbagai jenis sos disediakan

Nyummy!!


Yang paling Marsha ambil berat juga adalah tahap kebersihan premis. Pak John Steamboat & BBQ ini tahap kebersihan premis dia ialah A. Jadi memang tak ragu lagi bab kebersihan kalau nak makan kat sini. Yeay!!!!

Tahap Kebersihan A

Sajian Premium di Pak John Steamboat & BBQ

Yaaa....inilah part yang Marsha paling seronok. Sajian premium yang ada di Pak John Steamboat & BBQ ini. Sajian premium yang disediakan di sini ialah Premium Beef Slice, Premium Lamb Slice, Premium Abalone Slice & Premium Smoked Duck. Untuk sajian ini kita kena order di kaunter khas yang disediakan dan staff akan potong secara kepingan di depan mata kita sendiri. Jadi kita tau ianya memang FRESH!!


Kaunter order


Premium Beef Slice

Premium Lamb Slice


Marsha sebenarnya agak risau nak cuba smoked duck sebab sebelum ni rasa di tempat lain dapat rasa 'keitikannya'. Tapi di Pak John Steamboat & BBQ ini suprisingly tak rasa semua tu dan memang daging itiknya rasa sangat manis. Disini Marsha pertama kali mencuba Abalone. Memang sedap!! Patutlah Abalone ni mahal. Kalau korang nak rasa Abalone ni, Pak John Steamboat & BBQ adalah pilihan korang.

Premium Smoked Duck & Abalone

Jom mula Steamboat & BBQ

Permulaan

Semua happy!!


Dessert

Dessert kat sini pun apa kurangnya. Ada pelbagai jenis aiskrim, waffle, ais kacang, buah-buahan dan juga sajian lain seperti koktel buah, pelbagai jenis kek dan puding. Mewah sangat!!


Dessert

Sedap!!

Waffle dan Ais Kacang pun order di kaunter

Sambut Hari Istimewa di Pak John Steamboat & BBQ

Kebetulan semasa kami menjamu selera kat sini, ada lebih kurang 5-6 sambutan Hari Lahir. Seronok pula tengok staf-staf Pak John Steamboat & BBQ meraikan birthday boy & girl. Meriah sangat. Kalau korang nak sambut hari istimewa kat sini, korang boleh lah membuat tempahan. 

Sambutan Hari Lahir salah sorang pelanggan


Pada masa ni tengah tema Halloween jadi staf-staf Pak John berpakaian mengikut tema Halloween dan mengagihkan sajian bertemakan Haloween untuk kami. Alamak macam real plak....hahahaha

Tengah agihkan makanan tema Halloween

Macam real kan?

Harga, Tempahan & Maklumat Lanjut

Harga yang ditawarkan di Pak John Steamboat & BBQ ini sangat berbaloi. Makan je sebanyak mana boleh selama 2 jam dan jangan membazir. Kalau ada pembaziran akan ada surcharge. Jadi korang kalau ke IOI City Mall tu jangan lupa menjamu selera di Pak John Steamboat & BBQ ya!!

Harga

Waktu Operasi:


11.00 pagi - 10.00 malam

Untuk tempahan boleh hubungi:


CS Chong ( Operation Manager )
Tel: 012-7050684

Alamat: 


Pak John Steamboat & BBQ,
IOI City Mall Outlet,
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya.

( Dalam IOI City Mall)













Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
2 sahabat ibu
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Marsha
Blogger|Social Media Influencer
Personal|Lifestyle|Parenting|
Travel|Beauty

Review|Event|Collaboration
marshalizadotcom@gmail.com





Total Pageviews

Follow

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Subscribe My Youtube Channel

fb pages

Marshalizadotcom Diary

Blog Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  February 2021 (5)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2020 (103)
    • ►  December 2020 (6)
    • ►  November 2020 (8)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (5)
    • ►  August 2020 (9)
    • ►  July 2020 (6)
    • ►  June 2020 (24)
    • ►  May 2020 (9)
    • ►  April 2020 (9)
    • ►  March 2020 (5)
    • ►  February 2020 (4)
    • ►  January 2020 (9)
  • ►  2019 (108)
    • ►  December 2019 (8)
    • ►  November 2019 (3)
    • ►  October 2019 (9)
    • ►  September 2019 (9)
    • ►  August 2019 (13)
    • ►  July 2019 (12)
    • ►  June 2019 (8)
    • ►  May 2019 (12)
    • ►  April 2019 (9)
    • ►  March 2019 (8)
    • ►  February 2019 (6)
    • ►  January 2019 (11)
  • ▼  2018 (99)
    • ►  December 2018 (8)
    • ▼  November 2018 (10)
      • Farm in The City, Sri Kembangan Tarikan Anak-Anak ...
      • Kempen Jadi Kaya Dengan Zakat
      • BENBAT YUMMIGO BOOSTER SEAT Menyenangkan Travel Ma...
      • DETTOL Jenama Yang Dipercayai Sekeluarga Dari Dulu...
      • Pak John Steamboat & BBQ | Penuh Keterujaan dengan...
      • Kolaborasi Terhebat Althea X Get It Beauty Real Fr...
      • Operasi X | Movie Melayu Penuh Dengan Aksi & Komedi
      • Masalah Kulit Kepala Gatal & Rambut Gugur Selesai ...
      • Operasi X | Tak Sabar Nak Tengok
      • Kerak New York Kegemaran Hanya di Domino's Pizza
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  September 2018 (7)
    • ►  August 2018 (7)
    • ►  July 2018 (7)
    • ►  June 2018 (6)
    • ►  May 2018 (8)
    • ►  April 2018 (7)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (13)
    • ►  January 2018 (9)
  • ►  2017 (133)
    • ►  December 2017 (12)
    • ►  November 2017 (12)
    • ►  October 2017 (13)
    • ►  September 2017 (22)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (17)
    • ►  June 2017 (15)
    • ►  May 2017 (7)
    • ►  April 2017 (8)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (2)
    • ►  January 2017 (8)
  • ►  2016 (43)
    • ►  December 2016 (15)
    • ►  November 2016 (6)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (10)
    • ►  March 2016 (1)
    • ►  January 2016 (10)
  • ►  2015 (74)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (7)
    • ►  September 2015 (30)
    • ►  August 2015 (28)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  January 2015 (5)
  • ►  2014 (39)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (9)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (6)
    • ►  August 2014 (6)
    • ►  July 2014 (4)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  January 2014 (6)
  • ►  2013 (19)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (6)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (5)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  January 2013 (3)
  • ►  2012 (29)
    • ►  September 2012 (1)
    • ►  August 2012 (6)
    • ►  July 2012 (13)
    • ►  March 2012 (3)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (5)
  • ►  2011 (37)
    • ►  December 2011 (11)
    • ►  October 2011 (2)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (4)
    • ►  May 2011 (6)
    • ►  April 2011 (3)
    • ►  March 2011 (3)
    • ►  February 2011 (2)
    • ►  January 2011 (3)
  • ►  2010 (190)
    • ►  December 2010 (3)
    • ►  November 2010 (1)
    • ►  October 2010 (8)
    • ►  September 2010 (4)
    • ►  August 2010 (11)
    • ►  July 2010 (12)
    • ►  June 2010 (22)
    • ►  May 2010 (51)
    • ►  April 2010 (21)
    • ►  March 2010 (19)
    • ►  February 2010 (23)
    • ►  January 2010 (15)
  • ►  2009 (96)
    • ►  December 2009 (7)
    • ►  November 2009 (12)
    • ►  October 2009 (12)
    • ►  September 2009 (7)
    • ►  August 2009 (18)
    • ►  July 2009 (14)
    • ►  June 2009 (20)
    • ►  May 2009 (2)
    • ►  April 2009 (2)
    • ►  March 2009 (2)

Popular Posts

  • Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu
    Assalamualaikum Semakin berusia, selain kedutan ada lagi satu masalah pada kulit wajah yang menghantui wanita terutamanya yang berumur 3...
  • Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Kembali Lagi Kali Ke-23
    Assalamualaikum MAGGI dengan Pertandingan Memasak sudah tidak asing lagi. Setiap tahun sekolah Marsha memang mengambil bahagian dalam Per...
  • Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum
    Assalamualaikum Solekan dan wanita tak dapat dipisahkan. Tetapi tak semua wanita pandai aplikasikan solekan dengan sempurna. Maksudnya na...
  • Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #SunwayForGood Deepavali Cheer di Lost World of Tambun oleh Sunway Group
    Assalamualaikum Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #sunwayforgood Deepavali Cheer di Lo...
  • Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat
    Assalamualaikum Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat |  PARUT terhasil d...
  • 5 Produk Mata Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata
    Assalamualaikum Mata adalah salah satu dari 5 deria penting anugerah dari ALLAH. Tiada galang ganti. Priceless tau. Jadi jika ada masal...
  • Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium
    Assalamualaikum Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium | Korang perasan tak kat FB & IG Marsha ada share ...
  • Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ipoh
    Assalamualaikum Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling membantu, murah hati dan saling percaya...
  • 10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap
    Assalamualaikum Ikan Tongkol atau juga popular dengan nama Ikan Aye dikalangan orang pantai timur seperti Marsha memang menjadi antara...
  • Realme XT Yang Pertama Di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera Snapdragon
    Assalamualaikum Hai korang!! Sana sini tengah viral telefon pintar Realme yang baru ni, Korang nak tahu, Realme Malaysia hari ini secar...

Followers

Nuffnang Ads

komen baru

Widget Komen Terkini Dengan Avatar

My Blog List

  • SURIA AMANDA
    Cendol Bawah Pokok Pasar Besar Seremban
    1 hour ago
  • babyshambles.. ♥
    Awal Tahun 2021 Yang Mencabar
    5 hours ago
  • Blog Wani Sukarno
    Tonton Drama Jodoh Tersasar Alamat Episod 1 hingga 13 Di Slot Sitrus TV1
    9 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Ikan bilis beli dalam shopee
    10 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Beza sayang ibubapa kepada anak dan sebaliknya
    10 hours ago
  • KAK WAWA - Health & Beauty Tips, Lifestyle, Food, Travel and Review
    11 Cara Tingkatkan Emosi Power Untuk Bisnes Owner
    1 day ago
  • Blog Cik Ash
    Resepi Masakan Menu Berasaskan Telur
    1 day ago
  • SHAHADA FAUZI
    Kenangan indah melahirkan anak istimewa, Iman Rizqin
    2 days ago
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Nasi Air Pantai Timur Yang Sedap Dan Menyelerakan
    4 days ago
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
    5 days ago
  • Ana Suhana
    5 Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool
    1 week ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Teknik pernafasan mudahkan proses kelahiran
    1 week ago
  • Ciktie Dot Com
    Selamat menduduki SPM 2020
    1 week ago
  • Behind the Scene
    Cosmoderm Perfect Balanced Mini Skin Lab Set Review
    1 week ago
  • Imperfectly Perfect
    After a while, I think I’m a bad blogger
    1 week ago
  • Husniey Husain
    Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Dan Tesco Bantu 420 Pelajar Orang Asli Pahang, Perak
    1 week ago
  • Blog Lea Azleeya
    Kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’ Bantu 420 Pelajar Orang Asli dengan Kelengkapan Kembali ke Sekolah termasuk Pelitup Muka Guna Semula untuk Perlindungan Covid-19, Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia
    1 week ago
  • Nurzarini Ismail
    Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Bantu Pelajar Orang Asli Kembali ke Sekolah
    2 weeks ago
  • Blog Cik Renex
    Lagu Loghat Pahang , Apa Kabo Oghang Bera #4
    2 weeks ago
  • From View of My Eyes
    Penat Berkeluarga
    3 weeks ago
  • Nick Nashram
    Contoh Soalan MUET Listening Test Lengkap Dengan Audio Dan Jawapan
    3 weeks ago
  • Ira Mommy Si Kembar
    TIPS SEMASA ANXIETY ATTACK | Dr. Erna Nadia
    5 weeks ago
  • Sheila Inspire
    Salam 2021 : SheilaInspire.Com
    1 month ago
  • Nurmujahidah
    Rawat Masalah Kulit Muka Dan Rambut Gugur Dengan Produk Halal Dari Nature Lab
    1 month ago
  • Wawa Ashihara | Beauty & Lifestyle Blogger
    Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP | Bantu Anak Orang Asli Kembali ke Sekolah
    2 months ago
  • AIRA
    PG Mall Promosi November KBBM & FRESH FOOD WEEK
    3 months ago
  • MAT DRAT...
    Tempat Makan Best dan Sedap di Langkawi
    4 months ago
  • Husein Rider
    PakCik tua Bina Sendiri Surau Klasik tanpa Batu atau Simen
    5 months ago
  • TWENTYFOUR
    Mister Coffee Pilihan Kopi Terbaik Untuk Kopi Harian!
    5 months ago
  • Aisyhah Nyais
    Hati dan Perasaan? Alangkah beruntungnya..
    9 months ago
  • Amar Razali
    Menang contest blogger PSan!
    9 months ago
  • Soobeey
    TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS COVID-19 OLEH PERDANA MENTERI TAN SRI DATO MUHYIDDIN YASIN
    11 months ago
  • Khairul Iskandar Tajuddin
    KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA
    1 year ago
  • DILPAROZA
    CARA PUTHKAN KULIT
    2 years ago
  • ABE JAQ
    Senang je tukar hak milik kereta
    3 years ago
  • www.keunggulanwanita.com
  • SISHAWA DOT COM

BITERS

#Biters

NEWSLETTER

#teamBPT


BITERs Family

  • Blog Sihatimerahjambu
    iPhone 12 Pro Max, Love To The Max!
  • MrsPip DotCom
    Senarai Editing Software Yang Sesuai Untuk Laptop & Desktop
  • Yaya Azura
    Happy birthday Yaya
  • apekinah.com
    Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......
  • MARINA BASHAH
    Servis Repair Laptop Dengan Harga Murah dan Perkhidmatan Ambil Dan Hantar Berpusat Di Seri Kembangan Oleh Techouz.com
  • Azwar Syuhada
    Adab Reply Email | Tahu tak apa itu From, To, CC, BCC?
  • Bonde Zaidalifah
    Senarai Harga Kurma-Kurma Premium Bermula Pada Bulan Februari 2021
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Transfer Duit Paypal Ke Akaun Bank
  • Usop Ahmad
    Resepi Ayam Masak Serai Yang Sangat Sedap Dan Menyelerakan
  • Mimi Azirah
    It’s a Bubble Tea Frenzy with ShopeePay
  • Kisahsidairy.com
    Homestay Murah JP Perdana Johor Bahru
  • Fiza Aizzawa
    Pepsi X BLACKPINK edisi terhad now in your area
  • Ajumohit
    50 Kata-Kata Hikmah Untuk Amalan Bersama
  • Sharing My Ceritera
    Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Nasi Air Pantai Timur Yang Sedap Dan Menyelerakan
  • Lovely Sunshine
    Wishing for Staycation at Singapore
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    A'ISY ZAFRAN'S 5TH BIRTHDAY - A LETTER FOR MY SON
  • Diary Mama
    Secret Coffee – Kopi Untuk Kesihatan Yang Mampu Melawaskan Pembuangan Air Besar
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
  • MRSLIEZ.COM
    5 Sebab Untuk Pilih Percutian Ke Port Dickson
  • Ciktie Dot Com
    Selamat menduduki SPM 2020
  • cikzacom
    TONTON AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3
  • perrenial lifestyle
    After a while, I think I’m a bad blogger
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    26 Mommy Best Blogger Malaysia 2021
  • Norhana Rosmida
    Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus. Senang dan Sedap!
  • Ardini Humaira
    SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK KIUB MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT
  • Rina Zul
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • Lifestyle Blog
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Syaza Redzuu | Lifestyle Blogger | Traveler
    6 Benefits by PG Mall to Support Local Sellers
  • Kak Nor
    Bengkel Fotography bersama Tuan Stefano Romano

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates