BENBAT YUMMIGO BOOSTER SEAT Menyenangkan Travel Marsha Bersama Anak Kecil

Assalamualaikum

Buat yang ada anak-anak yang masih kecil, kalau nak pergi kemana-mana sekarang stroller atau baby carrier (pengendong) amat penting. Begitu juga dengan 'baby chair'. Kalau kita travel dan singgah makan dan kita ada anak yang berumur 9 bulan ke atas yang dah boleh duduk memang kita perlukan 'baby chair' untuk keselesaan bayi kita. Mostly semua kedai makan atau restoran memang sediakan 'baby chair'. Dekat rumah sendiri pun Marsha sediakan 'baby chair' untuk Baihaqi. Tapi jika 'baby chair' tak cukup di kedai atau resotoran ataupun kita ke kedai atau warung yang tak sediakan 'baby chair' macamana? Mesti agak tidak selesa sedikit anak nak makan bersama. Betul tak? Sebelum ni, solution Marsha hanyalah stoller. Tapi sejak ada BenBat YummiGo Booster Seat ini, masalah dapat diatasi dengan senang hati. Apakah BenBat YummiGo Booster Seat  ini? Nak tahu? Jom baca tentangnya | BENBAT YUMMIGO BOOSTER SEAT Menyenangkan Travel Marsha Bersama Anak Kecil

BENBAT YUMMIGO BOOSTER Memudahkan Travel Marsha Bersama Anak Kecil



BenBat YummiGo Booster Seat



Marsha dan travel memang tak boleh dipisahkan. Biasalah kadang-kadang balik kampung di Kelantan, balik umah mertua di Kulim dan juga travel ke luar Ipoh. Jadi bila travel bersama Baihaqi banyak juga persiapan yang nak disediakan. Walaupun keluar jalan-jalan sekalipun. Gadget seperti 'baby carrier' atau stroller memang amat penting. Tapi kali ini Marsha bukanlah nak share tentang stroller atau 'baby carrier' tetapi 'portable baby chair'. Biasa kalau kita tengok 'baby chair' confirm ada di restoran atau kedai-kedai makan. Tetapi kalau warung tak semua ada. Bagaimana kalau restoran ada sediakan kemudahan 'baby chair' tetapi disebabkan permintaan yang tinggi kemudahan itu jadi tak cukup? Ini akan menjadi sedikit masalah sebab biasa Baihaqi memang di train untuk duduk makan bersama. Kalau letak di kerusi biasa akan menyukarkan Baihaqi dan kemungkinan besar juga Baihaqi mungkin akan jatuh. Alhamdulillah alternatif 'portable baby chair' dapat menyelesaikan masalah Marsha ini.



5 Sebab BenBat YummiGo Menjadi Pilihan Marsha

Meh Marsha story 5 sebab Benbat YummiGo Booster Seat menjadi pilihan Marsha. Antaranya ialah:


  1. Dwi-fungsi - Ia bukan sahaja sebagai booster atau 'baby chair' tetapi juga sebagai storage. Jadi barang-barang personal Baihaqi seperti susu, botol susu, pampers dan barangan yang lain boleh dimuatkan skali untuk travel. Jadi tak perlu nak bawa beg tambahan lagi. Walaupun ia dwi-fungsi, bagi Marsha ia adalah 'all in one'. Memang memudahkan mak-mak yang ada anak kecik macam Marsha ni travel. 
  2. Mudah digunakan dan dibersihkan - Cara penggunaannya juga senang. Pemasangan di pelbagai jenis kerusi dengan masa yang singkat. Baihaqi juga duduk dengan selesa. Jika ada makanan yang tumpah pun hanya lap sahaja.
  3. Ringan - BenBat YummiGo Booster Seat ini sangat ringan. Jadi tak ada masalah nak bawa ia kesana kemari. 
    Ringan & Senang Dibawa
  4. Menampung berat sehingga 20kg - Paling best ia boleh menampung sehingga 20kg berat. Jadi lama la Baihaqi boleh guna. Material dia sangat tahan dan teguh.
  5. 3 point harnest yang selamat - Bab safety ni memang Marsha sangat titikberatkan. Kalau korang nak tahu, BenBat YummiGo Booster Seat ini mempunyai 3 point harnest yang menyokong semasa anak kita duduk. Marsha lebih yakin bila Baihaqi menggunakan BenBat YummiGo Booster Seat ini.
3 Point Harness


Tak dinafikan sekarang ni kan kebanyakkan memang kedai ada sediakan 'baby chair' tetapi tak banyak yang sediakan dengan mencukupi. Kalau kedai biasa tu adalah 2-3 'baby chair'. Jadi kalau masa tu ramai memang kena tunggu turn. Satu lagi masa kenduri kawen memang confirm tak de disediakan 'baby chair'. Jadi masa ni memang BenBat YummiGo Booster Seat sangat diperlukan. 


Maklumat Lanjut

Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut ataupun nak dapatkan BenBat YummiGo Booster Seat yang best ni korang boleh ke:

Website:


Instagram:










Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

0 Comments

Subscribe Us