Operasi X | Movie Melayu Penuh Dengan Aksi & Komedi

Assalamualaikum


Hai....I'm back!!! Marsha dah janji kan nak update tentang movie Operasi X filem terbaru 2018 kan? Jadi inilah masanya!!  Marsha booking tiket secara online di TGV yang berhampiran Marsha iaitu TGV Klebang. Kiranya dating berdua dengan encik suami skali....hihihi. Tanpa buang masa lagi jom lah Marsha kongsikan pengalaman Marsha menonton movie Operasi X ini. Operasi X | Movie Melayu Penuh Dengan Aksi & Komedi


Operasi X | Movie Melayu Penuh Dengan Aksi & Komedi

Seperti yang kita sedia maklum bila tengok poster movie Operasi X ini pun kita tahu ia adalah cerita aksi. Tetapi dalam aksi ia juga diselitkan juga dengan aksi komedi yang wataknya dibawakan oleh Awie yang memegang watak Belut iaitu penyeludup terkenal. Jalan cerita dimulai dengan 'ambush' yang dibuat oleh pihak polis dan diketuai oleh Redzuan dan dalam operasi itu rakan baiknya , Aman meninggal dunia bersama adik kepada Belut iaitu Bong. Setelah kematian rakan baiknya, Redzuan meminta untuk berhenti dari dunia polis tetapi dihalang oleh ketua polis dan memberi peluang untuk Redzuan bercuti panjang dan memikirkan permintaan beliau.

Dalam masa yang sama, Belut juga meratap kematian adiknya iaitu Bong dan menyangka polis adalah dalang kematian adiknya tanpa mengetahui dia sebenarnya ditikam dari belakang oleh pengikutnya sendiri. Dia menyimpan dendam pada Redzuan dan menyiasat tentang Redzuan sehingga mengetahui yang Redzuan mempunyai cinta hati dan menculik cinta hatinya itu untuk membalas dendam.



Dalam masa yang sama juga Belut mengetahui dalang disebalik kematian adiknya, Bong dengan video yang dihantar oleh Redzuan. Akhirnya dalang tersebut dikenalpasti dan menerima nasib seperti adiknya iaitu mati. 

Sambil menonton movie Operasi X ini pelbagai perasaan menyinggah. Ada lucu, ada sedih dan banyak lagi bercampur baur. Movie Operasi X ini juga menunjukkan seseorang yang jahat juga mempunyai naluri kasih sayang antara keluarga. Banyak pengajaran yang Marsha dapat dari movie Operasi X ini. Marsha sangat berpuas hati dengan endingnya yang terbaik. Lakonan Awie sangat berkesan dan dalam serius membuatkan kami di dalam panggung tergelak terbahak-bahak. Adegan komedi yang sangat menarik.

Kisah percintaan antara Redzuan dan juga Cikgu Ayu juga sweet je. Juga aksi-aksi dari Hairul Azreen semasa part nak selematkan keadaan lori kontena yang mempunyai bahan letupan C4 juga membuatkan Marsha kagum. Memang best betul dia berlakon. Kesimpulan yang Marsha dapat buat, korang kena tengok Filem Terbaru 2018 ini iaitu Operasi X. Tak rugi kalau tengok tau. Memang besttttt!!!

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us