Operasi X | Tak Sabar Nak Tengok

by - 11/06/2018 11:24:00 PM

Assalamualaikum


Korang peminat movie atau 'hantu' movie tak? Kalau ya, meh kita sep sikit!!! Boleh geng....hihihi. Selepas cerita PASKAL, ada lagi satu Filem Terbaru 2018 yang tengah ditayangkan di pawagam iaitu Operasi X yang dibawa khas oleh Dream Pictures Production. Marsha tengok dia punya trailer sangat menarik. Nampak macam ada unsur komedi kerana ada Awie. Tak sabar nak menonton movie Operasi X ini. 

Operasi X | Tak Sabar Nak Tengok

Korang dah tengok belum trailer Operasi X ini? Kalau belum, meh Marsha nak share untuk korang tengok. Mana tau kan lepas tengok trailer korang nak pegi tengok kan...hihi. Jom kita tengok jom


Haaa...menarik kan 'Trailer' dia? Marsha tak sabar nak tengok bila tengok antara para pelakon yang membintangi movie Operasi X ini seperti Aaron Aziz, Awie dan Hairul Azreen. Filem aksi selepas PASKAL ini sangat menarik minat Marsha untuk menonton di panggung wayang. Marsha juga tertanya-tanya apakah cerita disebalik Operasi X ini. 

Selain itu juga, watak gengster yang dilakonkan oleh Awie juga membuatkan Marsha rasa nak menonton keseluruhan cerita Operasi X itu. Marsha tak sabar nak tonton bagaimana Awie membawa watak tersebut dengan jayanya. Melalui trailer juga Marsha tengok ada unsur komedi juga. Ini membuatkan hati ini tak sabar nak menonton movie Operasi X ini.

Kalau mengikut trailer ini, Aaron Aziz adalah hero dan Awie adalah penjahat yang menjadi buruan Aaron Aziz. Berjayakah watak Aaron Aziz mengejar watak Awie? Tak sabar nak tengok kesudahannya di pawagam berhampiran Marsha. Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron? Itu yang membuatkan Marsha tertanya-tanya. Tapi kalau tak tengok keseluruhan movie Operasi X ini kita tak tahu. Betul tak?

Jadi memang Marsha dah beli tiket pun untuk mengetahui apakah yang ada disebalik movie Operasi X ini. Tak sabar nak tahu keseluruhan jalan ceritanya. Nantikan review Marsha selepas Marsha menonton movie Operasi X ini ye. Marsha akan updated secepat mungkin sebab Marsha tahu korang pun tak sabar nak tau kan?? Jadi nantikan review Marsha dalam masa terdekat ye. Tak sabar kan??



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

0 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)