Pak John Steamboat & BBQ | Penuh Keterujaan dengan Pelbagai Menu Premium

by - 11/20/2018 04:28:00 PM

Assalamualaikum


Steamboat & BBQ kini dah menjadi trending untuk keluarga 'Makan Besar'. Biasanya kita akan makan besar bila menyambut hari istimewa ataupun bila belanja ahli keluarga besar sekali sekala. Kini banyak pilihan yang ada sebab restoran yang menyajikan steamboat & grill ini tumbuh macam cendawan atas permintaan. Marsha dan encik suami pun penggemar steamboat & grill tau. Memang rasa best sangat dapat menjamu selera bersama-sama keluarga. Tetapi adakah semua berbaloi? Ada sajian premium tak atau sekadar biasa-biasa sahaja? Baru-baru ni Marsha berpeluang menjamu selera di salah sebuah restoran yang glamer di IOI Mall iaitu Pak John Steamboat & BBQ. Ada lebih 160 menu sajian Steamboat & BBQ Buffet yang disajikan disana tau. Nak tau lebih lanjut? Jom!! Pak John Steamboat & BBQ | Penuh Keterujaan dengan Pelbagai Menu Premium

Pak John Steamboat & BBQ | Penuh Keterujaan dengan Pelbagai Menu Premium


Actually bab makan ni memang Marsha agak memilih. Ye...alang-alang nak makan kita mestilah nak yang puas hati dan berbaloi. Betul tak? Happy tummy, happy mood...hihihi. Apa yang Marsha teruja adalah kelainan yang ada di Pak John Steamboat & BBQ ni iaitu 'Menu Premium'. Dok tertanya-tanya masa on the way nak ke sana apakah menu premium yang ada?? Tak sabar rasanya!! Jam 6 petang kami sampai masa tu crowd dah ramai. Memang nampak Pak John Steamboat & BBQ ni mesti menjadi pilihan pengunjung di IOI Mall Puchong ni. Kami memilih tempat duduk di bahagian luar sebab nak BBQ skali kan? Lagipun rasa lebih seronok. Dengan layanan yang best dan mesra dari staf mereka membuatkan kami sekeluarga sangat selesa.

Di Pak John Steamboat & BBQ ini ditawarkan dengan 5 jenis sup untuk steamboat iaitu Prawn Soup (Sup Udang), Tom Yam Soup ( Tom Yam ), Chicken Soup ( Sup Ayam ), Curry Soup ( Sup Kari ) dan Miso Soup ( Sup Miso ) . Banyak kan pilihan sup? Biasa kita tengok ada tom yam dan sup ayam je. Kami memilih Tom Yam Soup sebab ia adalah favorite kami sekeluarga. Lagipun Marsha tengah alahan jadi Tom Yam yang masam-masam ni memang menjadi pilihan.


5 Pilihan Sup


Setelah Tom Yam Soup dan segala alatan untuk Steamboat & BBQ sudah tersedia diatas meja, tibalah masa untuk kami mengambil makanan yang menjadi pilihan hati. Bila masuk ke dalam....fuyooooo banyaknya menu!!! Dari makanan frozen seperti fishball, crabstick dan banyak lagi. Sajian fresh dengan pelbagai perapan ayam dan daging. Antaranya ialah Daging Blackpepper, Sweet Soya Chicken dan banyak lagi. Tak lupa juga makanan laut dengan pelbagai jenis sotong, udang dan juga ketam. Juga ada Scallops. Haaa....ini yang Marsha suka ni...hihihi. Juga ada dumpling, pelbagai sayuran, pelbagai jenis cendawan juga ada fresh tauhu.

Bermacam jenis fresh food



Selain dari sajian fresh untuk Steamboat & BBQ, Pak John Steamboat & BBQ juga menyediakan makanan sedia dimasak dan makanan berat seperti nasi putih, nasi goreng udang, mee goreng mamak, bihun goreng dan banyak lagi. Juga ada pelbagai jenis cucur, nuget dan banyak lagi. Bagi penggemar mee segera dan ramen, korang tak dilupakan tau. Kat sini disediakan pelbagai mee segera seperti Spinach Noodles, Maggi dan juga Ramen. Jadi Marsha try ambil ramen kali ni.

Makanan berat sedia dimasak

Cucur, Nuget dan pelbagai hidangan

Pelbagai Mee Kering & Ramen


Pak John Steamboat & BBQ juga menawarkan pelbagai jenis sos tau. Korang boleh cuba pelbagai sos yang disediakan di sini. Di bahagian air pula disediakan pelbagai jenis air sejuk dan panas. Juga ada air kosong dan suam. Jadi pilih je yang mana menjadi pilihan. Untuk peminat makanan cina pula, ada Dim Sum kat sini tau. Tapi kena order di kaunter yang dikhaskan sebab mereka hidangkan Dim Sum yang fresh untuk korang.

Pelbagai jenis sos disediakan

Nyummy!!


Yang paling Marsha ambil berat juga adalah tahap kebersihan premis. Pak John Steamboat & BBQ ini tahap kebersihan premis dia ialah A. Jadi memang tak ragu lagi bab kebersihan kalau nak makan kat sini. Yeay!!!!

Tahap Kebersihan A

Sajian Premium di Pak John Steamboat & BBQ

Yaaa....inilah part yang Marsha paling seronok. Sajian premium yang ada di Pak John Steamboat & BBQ ini. Sajian premium yang disediakan di sini ialah Premium Beef Slice, Premium Lamb Slice, Premium Abalone Slice & Premium Smoked Duck. Untuk sajian ini kita kena order di kaunter khas yang disediakan dan staff akan potong secara kepingan di depan mata kita sendiri. Jadi kita tau ianya memang FRESH!!


Kaunter order


Premium Beef Slice

Premium Lamb Slice


Marsha sebenarnya agak risau nak cuba smoked duck sebab sebelum ni rasa di tempat lain dapat rasa 'keitikannya'. Tapi di Pak John Steamboat & BBQ ini suprisingly tak rasa semua tu dan memang daging itiknya rasa sangat manis. Disini Marsha pertama kali mencuba Abalone. Memang sedap!! Patutlah Abalone ni mahal. Kalau korang nak rasa Abalone ni, Pak John Steamboat & BBQ adalah pilihan korang.

Premium Smoked Duck & Abalone

Jom mula Steamboat & BBQ

Permulaan

Semua happy!!


Dessert

Dessert kat sini pun apa kurangnya. Ada pelbagai jenis aiskrim, waffle, ais kacang, buah-buahan dan juga sajian lain seperti koktel buah, pelbagai jenis kek dan puding. Mewah sangat!!


Dessert

Sedap!!

Waffle dan Ais Kacang pun order di kaunter

Sambut Hari Istimewa di Pak John Steamboat & BBQ

Kebetulan semasa kami menjamu selera kat sini, ada lebih kurang 5-6 sambutan Hari Lahir. Seronok pula tengok staf-staf Pak John Steamboat & BBQ meraikan birthday boy & girl. Meriah sangat. Kalau korang nak sambut hari istimewa kat sini, korang boleh lah membuat tempahan. 

Sambutan Hari Lahir salah sorang pelanggan


Pada masa ni tengah tema Halloween jadi staf-staf Pak John berpakaian mengikut tema Halloween dan mengagihkan sajian bertemakan Haloween untuk kami. Alamak macam real plak....hahahaha

Tengah agihkan makanan tema Halloween

Macam real kan?

Harga, Tempahan & Maklumat Lanjut

Harga yang ditawarkan di Pak John Steamboat & BBQ ini sangat berbaloi. Makan je sebanyak mana boleh selama 2 jam dan jangan membazir. Kalau ada pembaziran akan ada surcharge. Jadi korang kalau ke IOI City Mall tu jangan lupa menjamu selera di Pak John Steamboat & BBQ ya!!

Harga

Waktu Operasi:


11.00 pagi - 10.00 malam

Untuk tempahan boleh hubungi:


CS Chong ( Operation Manager )
Tel: 012-7050684

Alamat: 


Pak John Steamboat & BBQ,
IOI City Mall Outlet,
GE-11, Ground Floor, IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya.

( Dalam IOI City Mall)













Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

1 sahabat ibu

  1. Pak John Steamboat memang pilihan akak dan Dania...all time fav..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)