Althea Milk Peel Cream Mask Terbaru Jadikan Kulit Lembut & Segar Seakan Kulit Bayi

by - 12/12/2018 08:23:00 AM

Assalamualaikum


Marsha nak tanya ni. Ada tak yang impikan kulit seakan kulit bayi? Kalau ada kita geng!!!...hihi. Tapi bila pikir balik ia hanyalah mimpi sebab nak dapatkan kulit seperti kulit baby di umur 30-an ini sangat susah sebab banyak kolagen telah hilang penyebab beberapa faktor. Banyak sudah Marsha cuba produk dan kesannya hanya sementara. Tapi baru-baru ini Marsha dah cuba produk terbaru Althea iaitu Milk Peel Cream Mask. Hasilnya sangat memeranjatkan Marsha. Hmm apa yang Marsha terkejut sangat tu? Jom terjah | Althea Milk Peel Cream Mask Terbaru Jadikan Kulit Lembut & Segar Seakan Kulit Bayi.


Althea Milk Peel Cream Mask Terbaru Jadikan Kulit Lembut & Segar Seakan Kulit Bayi


Bila dengar Althea Milk Peel Cream Mask, Marsha dah bayangkan susu dan kulit seakan bayi. Sebab susu dan bayi tak dapat dipisahkan. Betul tak? Demi melihat wanita mencapai impian mendapatkan kulit segar dan lembut seakan bayi, Althea telah memperkenalkan produk esklusif terbaru yang  memberikan kesan seakan kulit bayi. Marsha dapat bayangkan kelembutan dan kesegaran kulit bayi. Kulit juga menjadi lebih anjal..toing..toing...hihi. Marsha pula adalah peminat masker tegar. Jadi memang seronoklah Marsha mencuba masker esklusif Althea yang terbaru ini.

Althea Milk Peel Cream Mask
Althea Milk Peel Cream Mask ini adalah masker pengelupasan yang berubah dari tekstur tanah liat menjadi cecair berbuih apabila disapukan pada kulit yang lembap. Sangat mengujakan kerana ia masker lain dari yang lain. Menarik kan?

Tekstur tanah liat bila disapu

Tekstur sudah bertukar ke cecair berbuih



Kandungan Althea Milk Peel Cream Mask

  1. Mengandungi bahan aktif AHA dan BHA yang membantu mengupas sel kulit mati untuk kulit yang lebih licin.
  2. Mengandungi Protin Casien (susu) yang memberikan kelembapan pada kulit. Ia berperanan memberikan kelembapan kepada kulit sepanjang hari.
  3. Mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang berbuih apabila diurut di atas kulit yang lembap untuk membersihkan pori secara mendalam.
  4. Juga cruelty-free!

Cara Penggunaan Milk Peel Cream Mask

  1. Lembapkan kulit muka dengan air.
  2. Sapukan Milk Peel Cream Mask pada kulit yang lembap dan urut dengan lembut sehingga berbuih.
  3. Biarkan pada kulit selama 30-60 saat sebelum membilas dengan air suam.
Jom layan video penggunaan Milk Peel Cream Mask ini



Pengalaman Marsha bersama Althea Milk Peel Cream Mask


Bau susu yang sangat best!! Bila disapukan ke muka, Marsha dapat merasakan pergerakan buih-buih di atas kulit seakan mengurut lembut kulit Marsha hingga ke liang pori. Teksturnya pertama kali berbentuk 'clay' menjadi tekstur berbuih yang sangat mengujakan Marsha. Sangat menenangkan rasanya. Setelah bilas, terasa kulit lebih segar dan lembut berbeza dari sebelumnya. Wah lepas ni boleh lah Marsha beli melalui web atau aplikasi Althea untuk simpan stok....hihi.

Rasa nyaman guna Althea Milk Peel Cream Mask ni


Dengan harga yang bagi Marsha sangat mampu milik iaitu RM36 (50 ml) sahaja. Korang boleh dapatkan kulit yang lebih anjal, lembut dan seakan kulit bayi. Murah kan? Korang boleh dapatkan Althea Milk Peel Cream Mask melalui alamat website dibawah atau install aplikasi Althea di telefon pintar korang dan terus order. Parcel pink dari korea akan terus ke door step korang. Jom cuba!!

Website: Althea Korea


Facebook: Althea Malaysia


Instagram : @altheakorea




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

2 sahabat ibu

  1. Macam best je mask ni...
    nak try juga laa

    ReplyDelete
  2. suka guna peel cream ni, best je bunyi buih meletup... hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)