Mc Donalds Meru Raya Menjadi Tumpuan Pelancong di Meru Raya, Ipoh

by - 12/14/2018 08:54:00 AM

Assalamualaikum


Dengan tagline I'm Lovin' It! Kita dah tau dah ianya mesti Mc Donalds ® Malaysia. Mostly kawan-kawan suka makan Mc Donalds kan? Apa fav korang dekat Mc Donalds ni? Marsha sekeluarga juga penggemar Mc Donalds dan sebenarnya ia favorite Marsha dan Encik Suami dari zaman kami study lagi. Dari dulu favorite kami ialah Big Mac dan juga Chicken Mc Deluxe. Kali ini kami berpeluang pula mencuba menu GCB (Grilled Chicken Burger) di Mc Donalds Meru Raya, Ipoh usai checkout dari The Cedar @ Bidor. Next pit stop kami lunch sebelum kami ke MAPS (Movie Animation Park Studios) juga di Meru Raya, Ipoh. Nak tau cerita best lebih lanjut? Meh baca | Mc Donalds Meru Raya Menjadi Tumpuan Pelancong di Meru Raya, Ipoh

Mc Donalds Meru Raya Menjadi Tumpuan Pelancong di Meru Raya, Ipoh


Lokasi yang sangat strategik berhampiran dengan Bulatan Aman Jaya yang selalu menjadi tempat event-event terbesar di Ipoh, berhampiran MAPS (Movie Animation Park Studio) juga berdekatan dengan Terminal Bas Amanjaya menjadikan Mc Donalds Meru Raya ini menjadi tumpuan bukan sahaja penduduk tempatan Ipoh malah juga pelancong dari dalam dan luar Ipoh juga. Kerana ia amat memudahkan dan cepat untuk para pengunjung menjamu selera. 

Bergambar kenangan di hadapan Mc Donalds Meru Raya, Ipoh

Kedatangan kami Team Blogger Pantai Timur disambut mesra oleh Pengurus Besar Mc Donalds Meru Raya sendiri iaitu Encik Azhar yang berpengalaman selama 18 tahun sebagai ahli keluarga Mc Donalds sendiri. Beliau telah menjadi Pengurus Besar di Mc Donalds Meru Raya selama 5 tahun. Mendengar pengalaman beliau sangat mengujakan. Bermula bekerja hanya dari bawah iaitu sebagai krew untuk ambil pengalaman selepas SPM pada tahun 2000 menjadi titik tolak beliau pada hari ini. Bermula hanya suka-suka menjadikan beliau jatuh cinta pandang pertama disebabkan persekitaran kerja yang positif dan juga peluang untuk meningkatkan kemahiran dan juga mengembangkan kerjaya beliau.

Encik Azhar tengah memberi kata alu-aluan untu Team BPT



Serba Sedikit Biodata Encik Azhar

Nama penuh : Mohd Azharmarudin Bin Che Aruh
Umur: 35 tahun
Status perkahwinan: Berkahwin
Jumlah anak: 1
Tahap pendidikan:SPM


Menurut Encik Azhar, beliau diberi peluang untuk menyertai pertandingan yang dikenali sebagai Crew Olimpic pada tahun 2001 dan beliau memperoleh kemenangan semasa mewakili Mc Donalds Zon Utara memberikan peluang beliau melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan dan bersaing dengan lebih ramai lagi peserta dari seluruh negara. Pada masa itu diadakan di Mc Donalds Seksyen 3, Shah Alam. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu kan? Akhirnya beliau menjadi Johan bagi kategori lobi pada Crew Olimpic 2001. Tahniah buat beliau dan Marsha pasti ia adalah kenangan paling manis beliau dalam kerjaya Mc Donalds.

GCB (Grill Chicken Burger) dan Happy Meal sebagai Lunch Team BPT


Kebetulan dengan promo GCB (Grilled Chicken Burger) yang meniti di iklan-iklan Mc Donalds. Kami semua dijamu dengan GCB untuk dewasa dan Happy Meal untuk anak-anak. Anak-anak seronok betul dapat Happy Meal beserta dengan mainan Pokemon pada masa tu. Memang menyelerakan betul GCB tu Marsha makan sampai licin tau! Sedap!! Baihaqi pula makan bubur yang glemer di Mc Donalds. Memang bubur Mc Donalds adalah fav Baihaqi.

Grilled Chicken Burger (GCB) yang sedapp!!

Team BPT menjamu selera sambil beramah mesra

Setelah menjamu selera, kami diberi peluang untuk melihat belakang tabir para krew di Mc Donalds, Meru Raya. Kami berpeluang tengok proses yang berlaku di dapur, di bahagian 'Drive Thru', bahagian freezer dan chiller tempat simpan barang basah dan sebagainya. Bertuah rasa dapat masuk dan tengok sendiri proses. Memang sangat bersih dan teratur. Pengalaman yang sangat berharga bagi Marsha dan juga team.

Kenangan yang tak kan dilupakan

Team BPT bersama Manager & krew Mc Donalds Meru Raya

Dengan semangat Pengurus Besar Mc Donalds, Meru Raya sendiri iaitu 'Usaha Tangga Kejayaan', Marsha percaya Mc Donalds Meru Raya akan lebih success. Semangat ini yang menjadi inspirasi Marsha dan juga pastinya staf-staf En Azhar sendiri. Moga En Azhar dan team terus success!! Marsha ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meraikan kami semua dan moga sentiasa success dalam kerjaya beliau di Mc Donalds.



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

2 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)