Petal Velvet Sunaway | Rangkaian Terbaru Petal Velvet dari Althea Korea

by - 12/11/2018 08:00:00 AM

Assalamualaikum


Sekarang ni Marsha perhatikan ramai yang concern tentang penjagaan kulit tak kira lah lelaki atau wanita. Kulit memang penting terutamanya di bahagian wajah sebab itu yang akan nampak dulu. Betul tak?? Dengan keadaan UV yang agak tinggi sekarang memang akan membuatkan kulit kita keradangan seterusnya pelbagai masalah kulit akan timbul. Hanya dengan rawatan secara dalaman mengambil masa untuk pulih balik jadi kita juga perlukan perlindungan secara luaran dan itulah peranan 'sunblock' atau 'sunscreeen' . Banyak brand yang mempunyai 'sunblock' atau 'sunscreen' sekarang. Kali ni Marsha nak share satu produk baru dari Althea Korea iaitu dari rangkaian Petal Velvet yang dikenali sebagai Petal Velvet Sunaway atau PV Sunaway. Apa yang menarik tentang produk ini? Jom terjah. Petal Velvet Sunaway | Rangkaian Terbaru Petal Velvet dari Althea Korea.

Petal Velvet Sunaway | Rangkaian Terbaru Petal Velvet dari Althea Korea.


Kini Althea Korea telah memperkenalkan produk terbaru iaitu Petal Velvet Sunaway setelah produk Real Skin Detoxer yang juga menjadi popular sekarang. Nama Althea Korea sekarang memang menjadi buah mulut semua peminat skincare diluar sana. Dengan pembelian secara online sahaja dan produk akan dikurierkan terus dari Korea. Best kan? Baru-baru ini Marsha telah mendapat 'parcel pink' dari Althea Korea yang mengandungi Petal Velvet Sunaway ini. Tapi suprisingly, ada beberapa produk juga yang menemani Petal Velvet Sunaway ini terbang dari Korea ke Malaysia.

Apa di dalam Pink Parcel?


Happy betul bila unboxing pink box kali ni. Macam-macam ada. Nak tau apa yang ada dalam pink box Althea kali ni? Ni dia...

1 Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
x 3 Petal Velvet Powders in #0, #23, and #Pink Lavender
x 1 super cute Althea hologram pouch

Isi pink box kali ni



Haa...meriah kan? Memang best lah bila tengok semua rangkaian Petal Velvet ada dalam satu box.


Petal Velvet Sunaway


Pertama sekali Marsha nak 'highlight' kan tentang Petal Velvet Sunaway ini sebab ianya adalah produk terbaru dari Althea. Mesti korang pun nak tahu dengan lebih lanjut kan gerangan PV Sunaway ini...hihi.

PV Sunaway ini adalah perisai kulit kita semasa kita terdedah pada cahaya maahari yang berbahaya yang mengandungi UV yang boleh memberikan kesan negatif kepada kulit kita. Paling best ia Ultra Ringan!! Sunscreen yang tidak kelihatan ini atau kita panggil translucent dirumus khas dengan dengan asih hyaluronik dan estrak Damask untuk memastikan kulit kita tetap segar dan terhidrat sepanjang hari tanpa sebarang cela dari UV. Mempunyai SPF50+ PA++++ membuatkan kulit terasa selamat dilindungi sepanjang hari. Oleh kerana ia adalah salah satu rangkaian Petal Velvet, ia juga mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang menjadikan kulit licin seperti kelopak bunga.

Althea Petal Velvel Sunaway

Kandungan Petal Velvet Sunaway

  • Damask Rose Extract - Menghidrasi dan merawat kerengsaan dengan lembut, menjadikan kulit lebih sihat.
  • Asid Hyaluronik - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi
  • Minyak Geranium - menyerikan kulit dan merawat masalah jerawat

Tekstur Petal Velvet Sunaway

Pertama kali menggunakan Petal Velvet Sunaway ini, Marsha sangat suprise sebab teksturnya tak seperti sunscreen yang ada dipasaran. Teksturnya lebih ringan, lembut dan bila dah pakai macam tak pakai any cream atau 'sunscreen'. Memang amazingly!! Tak seperti produk lain yang Marsha rasa berat dan tak berapa selesa. Buat yang jenis yang mudah rimas macam Marsha ni, Petal Velvet Sunaway menjadi pilihan.

Teksturnya yang ringan

Kebaikan Petal Velvet Sunaway

  • Ringan, Sunblock Lut
  • Memberikan kulit terasa segar dan terhidrat
  • SPF50+ PA++++

Petal Velvet Sunaway dari Kaca Mata Marsha

Honestly, pertama kali mencuba terus fall in love sebab ianya sangat ringan dan tak terasa pun Marsha pakai sunscreen. Tak rimas dan tak rasa berminyak. Bau wangi bunga ros memang mendamaikan jiwa Marsha. Setelah mencuba, Marsha rasa ia pilihan pertama Marsha untuk sunscreen lepas ni. Tak perlu dah nak search yang lain. Dengan harga yang berbaloi, Marsha dapat melindungi kulit dari UV yang jahat tanpa perasaan yang merimaskan...hihi. Jom tengok simple video dari Marsha ni.




Petal Velvet Powder

Tak lengkap rasanya kalau kita hanya guna Petal Velvet Sunaway sahaja tanpa Petal Velvet Powder. Dalam rangkaian Petal Velvet, Petal Velvet Powder adalah produk pertama yang Althea perkenalkan. Mempunyai 3 jenis varian:

Rangkaian Althea Petal Velvet Powder

  1. Althea Petal Velvet Powder Pink Lavender
  2. Althea Petal Velvet Powder #0 Translucent
  3. Althea Petal Velvet Powder #23 Warm Beige
Jadi ada 3 pilihan untuk korang pilih sesuaikan dengan kulit korang. Jadi ia finisher setiap kali korang make up. Kalau simple make up pun tak menjadi masalah. Kulit akan nampak lebih natural glowing.


Harga:

Petal Velvet Sunaway: RM43 (55ml)

Petal Velvet Powder: RM 16 (Kod #0 & Kod #23); RM17 (Pink Lavender)

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian Petal Velvet ini (Petal Velvet Powder & Petal Velvet Sunaway) korang boleh layari web Althea Korea seperti di bawah

Website: Althea Korea


Facebook: Althea Malaysia


Instagram : @altheakorea


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

6 sahabat ibu

  1. Zaza suka bau petal velvet ni.. Harum dan wangi je

    ReplyDelete
  2. Wow, bagus sunaway sunblock tu spf 50.. 😍

    ReplyDelete
  3. Dalam keadaan cuaca yang Tak menentu sekarang memang Kenna jaga kulit muka dari sinaran UV

    ReplyDelete
  4. Orang perempuan suka lah kalau ada produk macam ni hehehe memang gilerrr mereka nak cubakan...

    ReplyDelete
  5. best tengok. macam lembut. mek percaya produk korean memang terbaik untuk kulit.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)