Movie Animation Park Studios Lokasi Sesuai Cuti Sekolah di Ipoh

by - 1/11/2019 12:25:00 AM



Assalamualaikum



Musim cuti sekolah dah lama bermula. Tapi masih ada ibu ayah yang masih bekerja. Kalau cikgu macam Marsha pun belum tentu cuti sebab dari sebelum cuti sekolah dah mula jadi pengawas SPM. Jadi Marsha bercuti lewat sikit je...hihi. Ramai ibu bapa memilih destinasi berhampiran untuk bawa anak-anak bercuti. Kalau Ipoh ni kira 'centre' lah kan. Jalan jauh jugak tp kurang dari 3 jam kalau travel dari Kuala Lumpur dan juga belah utara. Tambahan pula Ipoh ni ada theme park yang baru setahun lebih buka dan ia consider sebagai masih baru. Jadi selain Cameron Highland, MAPS (Movie Animation Park Studios) menjadi pilihan. Jadi nak tau apa yang menarik di MAPS ni? Jom baca | MAPS (Movie Animation Park Studios) Lokasi Terbaik Cuti Sekolah di Ipoh


Movie Animation Park Studios Lokasi Sesuai Cuti Sekolah di Ipoh


Usai menjamu selera di Mc Donalds Meru Raya, kami Team BPT memanjangkan langkah ke tempat yang menarik di Ipoh iaitu Movie Animation Park Studios (MAPS). Ia adalah yang pertama dibina di Malaysia dengan konsep animasi. Memang sangat mengujakan kami semua untuk spend masa kat sini.

Tentang MAPS (Movie Animation Park Studios)




Direka sebagai Taman Tema Animasi Pertama di Asia yang dibina dengan kos RM520 juta di Ipoh, Perak, Animation Movie Park Studios (MAPS) dijangka menjadi destinasi impian yang paling menarik untuk semua orang! Dengan lebih daripada 40 tarikan di 6 zon bertema. Menarik kan? Untuk maklumat lanjut tentang 40 tarikan ini korang boleh terus layari website Movie Animation Park Studios (MAPS).

Pengalaman Seharian di MAPS

Kami sampai ke MAPS jam 2 petang. Memang timing yang cantik nak main semua tarikan yang ada di dalam MAPS. Cuaca pun baik macam tahu-tahu je kami nak main puas-puas. Masa kami sampai, permainan seperti memanggil-manggil kami untuk ke tempat mereka. Chewahhhh...hihi. 6 zon seperti Animation Square, Blast Of Zone, Fantasy Forest Zone, Lakeside Zone & Live Action Zone tak sabar nak menerima kehadiran kami untuk bergembira di zon masing-masing. 

Jom masuk jom!!



MAPS ini sangat sesuai untuk seisi keluarga kerana permainan yang ada sesuai untuk dari kanak-kanak usia setahun keatas hinggalah dewasa. Bukan semua sesuai. Ada beberapa tarikan yang kita boleh bawa masuk anak-anak kecil. Tapi yang paling syok, boleh main sebilangan besar tarikan ialah mempunyai ketinggian lebih 90 cm. Antara yang sesuai untuk anak-anak kecil ialah tarikan THE SMURFS THEATER. Kat sini semua kanak-kanak sangat happy dapat tengok Smurfs. 


Yang berminat dengan permainan yang lasak dan thrill pula, boleh naik Space X-plorers, Hyperspin & Asteroid Attack. Fuh, memang kalau naik ketiga-tiga tarikan ni memang boleh gugur jantung...hahaha. Tapi menyeronokkan. Jom layan Kakak Anith naik Asteroid Attack.




Haaa.....suara Kakak Anith sahaja yang kedengaran....hihi. Memang tahap gugur jantung ni...hihi. Tapi percayalah memang seronok!!

Selain dari tarikan permainan, di MAPS ini ada satu tarikan yang lain dari theme park lain. Kelainan dia ialah show yang dibuat sepanjang hari memgikut jadual seharian. Antara yang paling hot ialah Live Action Show. Persembahan stunt dari yang terlatih memang sangat best. Teruja sangat melihat live action ni.




Ada juga persembahan-persembahan di centre stage. Ada nyanyian, tarian dan banyak lagi. Memang meriah sangat suasana di MAPS ini. Walaupun seharian berada kat MAPS ni masih tak rasa boring. Rasa tak puas adalah....hahaha.


Kami keluar dari MAPS selepas maghrib. Lepas solat maghrib di surau MAPS kami terus keluar kerana ada kolaborasi lain dengan restoran terdekat. Kalau tak kami mesti stay sampi jam 10 malam. Serius!!!



Kemudahan

Kemudahan yang ada di MAPS juga sangat selesa. Ada surau, tandas yang selesa, restoran, stroller , kiosk dan banyak lagi. Jadi para pengunjung selesa berada di dalam MAPS walaupun seharian berada di dalam MAPS. Jadi korang tak perlu risau, semua ditanggung beres...hihi.

Antara restoran yang ada ialah Tok Aba Kokotiam, Pitstop Cafe, Starship Restaurant Indoor & Outdoor, Starpot, Monkey Business Candy, La Cremia Cafe dan Coral Kingdom. Haa...ada 7 restoran tak termasuk kiosk-kiosk kecil yang ada di sepanjang jalan MAPS. Jadi anak-anak tak kan tantrum punya sebab lapar...hihi




Tok Aba Kopitiam
Kalau di Kopitiam Tok Aba ni yang paling Marsha cadangkan untuk korang cuba ialah Air Coklat Tok Aba...memang sedap!! Kalau La Cremeria Cafe pula kita boleh layan aiskrim cremeria yang best.

La Cremeria Cafe


Maklumat Lanjut


Maklumat lanjut tentang MAPS dan juga tempahan tiket secara online ini korang boleh rujuk maklumat dibawah:

Website: MAPS Perak
Facebook: maps perak
Instagram: @maps_perak






Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

3 sahabat ibu

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)