Sakit Pinggang & Sakit Belakang Sewaktu Mengandung Berkurang Dengan Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Assalamualaikum


Alhamdulillah arini dah menginjak 28 minggu usia kandungan Marsha. Bermakna dah menginjak 7 bulan adik baby menghuni rahim Marsha. Bayi pun makin membesar dan aktif. Last week pergi ultrasound di Klinik My Family berat bayi lebih kurang 1kg lebih. Bila perut dah makin membesar ni, masalah sakit belakang dan pinggang mesti ada. Ini disebabkan bayi semakin membesar dan menarik segala muscle untuk meregang. Kalau tersalah tidur atau bangun memang 'tangkap' dekat pinggang. Ini adalah masalah biasa ibu-ibu yang mengandung. Masa mengandung sebelum ini pun Marsha menghadapi masalah yang sama. Tapi kandungan kali ni Marsha menjumpai penyelesaian masalah Marsha ini. Nak tau tak? Jom baca | Sakit Pinggang & Sakit Belakang Sewaktu Mengandung Berkurang Dengan Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Sakit Pinggang & Sakit Belakang Sewaktu Mengandung Berkurang Dengan Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt


Punca sakit belakang dan sakit pinggang semasa mengandung ialah keadaan perut yang makin membesar disebabkan bayi semakin membesar dan menjadi 'stretch'. Tetapi ada juga punca spesifik yang menyebabkan ibu mengandung sakit belakang dan sakit pinggang.

Punca Sakit Belakang & Sakit Pinggang

  1. Perubahan hormon kerana sendi pinggul melonggar dan ligamen pinggul melembut (untuk menyediakan badan bagi bersalin)
  2. Pusat graviti badan yang semakin tidak stabil 
  3. Pertambahan berat badan 
  4. Postur badan yang lemah dan salah
  5. Ibu hamil mengangkat sesuatu yang berat
  6. Tekanan yang berlebihan

Tips Elak Sakit Belakang & Sakit Pinggang Semasa Mengandung

  1. Korang boleh elakkan sakit belakang dan pinggang ini dengan tidak terlalu kerap menunduk dan jangan duduk atau berdiri dengan terlalu lama.
  2. Pemilihan kasut yang bersesuaian juga amat penting. Pilih kasut yang rendah dan 'flat' supaya dapat menampung berat dengan sekata.
  3. Sebelum bangun dari katil, cuba berpusing ke sebelah kanan, ambil posisi duduk dan baru bangun. Cara ini ada diterangkan dalam 'buku pink' tau.
  4. Pastikan ketika korang duduk atau berdiri, postur badan perlu menegak dengan tepat. Jangan angkat sebarang benda-benda berat.
  5. Cuba berbaring di sebelah kiri setiap kali nak tidur. Letak bantal bagi menyokong badan dan dapatkan tilam yang selesa.

Tips Merawat Sakit Belakang & Sakit Pinggang di Rumah

  1. Tuam pinggang atau belakang badan dengan air panas atau 'heating pad'
  2. Letak kompres yang sejuk di bahagian sakit untuk melegakan otot (ketulan ais jangan sejuk sangat)
  3. Mandi air panas
  4. Berehat di atas katil
  5. Urut 
  6. Pakai tali pinggang untuk wanita mengandung
  7. Bersenam perlahan-lahan
  8. Cuba amalkan teknik relaksasi seperti tai chi dan yoga
  9. Mandi air panas dengan minyak lavendar (jangan guna minyak ini ketika trimester pertama)
  10. Akupuntur

Tentang Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Mamaway Belt Bersalin boleh mengurangkan sakit pinggang ibu dan sakit pinggang pelvis semasa mengandung. Tali pinggang sokongan perut ini juga merupakan produk preskripsi gred perubatan yang disyorkan oleh pakar obstetrik Australia, pakar kesihatan dan ahli fisioterapi di seluruh dunia.

Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Mengapa Marsha Plilih Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Tak dinafikan banyak jenis Maternity Belt di pasaran. Tapi kenapa Marsha memilih Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt??

1. Berat badan menjadi sekata - Rendah di bahagian depan dan tinggi di bahagian belakang untuk memberi keselesaan kepada perut anda seperti sepasang tangan yang kukuh. 
2. Mengandungi papolis yang berfungsi menghidrat kulit - Menggunakan serat Papaya® dalam segmen squalene laut untuk menghidratkan kulit sensitif & kulit regangan ibu hamil. 
3. Bahan Premium - Bahan sentuhan lembut, lembut pada kulit anda dan tidak akan menghalang pergerakan semula jadi anda 
4. Super strectchy dan bernafas - Nyaman dan menghilangkan haba 
5. Premium Velcro - Tidak akan jatuh atau menyakiti kulit anda 
6. Mudah Digunakan - Mudah digunakan dengan khas pemegang sokongan reka bentuk.

Sakit Belakang & Pinggang Berkurang Ikhtiar Dengan Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt

Memang banyak tips yang dicadangkan. Tetapi dengan rutin yang sibuk, Marsha agak kekangan masa untuk buat semua tips dirumah. Jadi Marsha mencari alternatif lain yang cepat dan berkesan. Setelah membaca beberapa review positif tentang Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt, Marsha mencuba produk maternity ini. Cara pemakaian yang simple dan semudah ABC tanpa mengambil masa yang lama. Cara pemakaiannya boleh dipakai di bahagian dalam pakaian kita. Fabrik yang digunakan sangat lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit. Jadi kita boleh pakai semasa berada di luar ataupun masa bekerja.



Pada kali pertama mencuba, badan dah rasa makin fit dan ringan. Rasa kemas je badan kalau nak berjalan. Setelah konsisten selama 2 minggu pemakaian sewaktu kerja dan juga berada dirumah, Marsha dapati sakit belakang dan sakit pinggang dah berkurang. Nak tidur pun rasa selesa. Kalau tak, malam memang tak dapat nak tidur lena. Memang seronok sangat dapat tidur lena setelah amalkan Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt ini. Berbeza sebelum mencuba Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt, badan rasa tak 'fit' dan mudah lenguh. Berdiri kejap pun dah mula terasa sakit pinggang dan belakang.

Sebelum Penggunaan

Selepas Penggunaan


Kalau korang nak tau Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt ni disyorkan oleh pakar obstetrik Australia untuk melegakan tekanan dan ketidakselesaan semasa kehamilan. Memang recommended!! Tak perlu risau lagi.

Maklumat Lanjut


Kalau korang nak mencuba kesan terbaik Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt ini, atau nak tengok produk-produk lain, korang boleh rujuk maklumat dibawah:

Website:

Facebook:
Instagram:
Email:
cs.my@mamaway.com

Phone Number: 
+6010 - 944 1128 (whatsapps only)

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. saya pun guna maternity support belt ni masa preggy tahun lepas. gynea yang sarankan beli ni

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us