Staycation Hipster & Cozy di MBoutique Hotel Ipoh Menggamit Memori

by - 1/18/2019 10:18:00 PM

Assalamualaikum


Holiday, Travel dan Marsha memang tak boleh dipisahkan. Sebagai travel blogger, ia dah sebati dalam diri Marsha. Marsha dah mula travel dari zaman bujang hinggalah dah nak masuk anak 3 sekarang. Jumpa pula dengan soulmate yang juga mempunyai minat yang sama membuatkan kami semua minat travel. Travel adalah salah satu cara untuk Marsha tenangkan fikiran dan family time setelah sibuk bekerja. Pilihan tempat travel Marsha? Marsha tak kisah dalam atau luar negara. Tak perlu nak tunggu travel jauh-jauh. Dekat jauh tu depends pada keadaan dan juga cuti. Macam tahun ni Marsha tgh preggy jadi pilihan untuk travel dan holiday dalam negara sahaja...hihi. Haaa nak story cuti-cuti dalam negara....2 minggu lepas Marsha cuti-cuti dalam Ipoh tau. Biasa kat rumah memang tak keluar nak explore Ipoh tapi kali ni kami sekeluarga explore Ipoh dan juga menginap di hotel di pekan Ipoh. Menginap di hotel la baru fefeeling holiday & travel kan...hihi.  | Staycation Hipster & Cozy di MBoutique Hotel Ipoh Menggamit Memori

Staycation Hipster & Cozy di MBoutique Hotel Ipoh Menggamit Memori

Sesi travel dan holiday kami bermula pada weekend pada minggu pertama persekolahan. Ini adalah 'staycation' Marsha yang pertama tahun 2019 tau!! Marsha sengaja pilih weekend minggu pertama persekolahan sebab lepas ni weekend mesti full dengan program sekolah. Weekend lepas pun dah merentas desa pada hari sabtu. Memang kalau dah start buka sekolah tengah-tengah memang sibuk. Jadi pilihan kami untuk penginapan ialah di MBoutique Ipoh Hotel yang lokasinya berada di tengah-tengah pekan Ipoh dan juga berhampiran dengan KTMB Ipoh. Dah lama nak menginap di MBoutique Hotel Ipoh ini disebabkan tema hotelnya yang menarik.  Setiap hotel mempunyai tema tertentu sebagai 'trademark' hotel tersebut. Dari dulu Marsha memang suka menginap di hotel yang bertema.

Marsha check in pada petang Jumaat jam 4 petang. Sebenarnya waktu check-in adalah jam 3 petang tetapi kami lewat satu jam sebab packing baju & kemas  umah sekejap. Prosedur untuk check-in pun sekejap je dengan layanan yang terbaik dari staff M Boutique Hotel Ipoh. Hanya bagitau nombor booking dan beberapa prosedur urusan check in selesai dan Marsha diberikan kunci dan juga nombor bilik. Okay dah dapat !!


Dah dapat kunci & no bilik


Kalau korang nak tahu, M Boutique Hotel Ipoh ini mempunyai tagline yang tersendiri. Dengan tagline 'Come As Stranger, Leave As Friends' memang kita akan dilayan sebagai kawan disana. Staff  mereka juga semua friendly. Ok jomlah kita masuk bilik jom!!

Satiap floor ada nama tersendiri




Bila masuk je bilik, Marsha tergamam!! Bilik dia serius lawaaaaaaaaaaaaa!! Bilik yang Marsha booking ini ialah Queen Premier Room. Memang dekorasi dia nampak ala hipster mewah sangat. Bila kita masuk bilik pertama kali pun dah rasa seronok, bermakna kita punya percutian akan lebih seronok!!

Gambar-gambar Sekitar Bilik Queen Premier Room




Almari


Air & jajan



Dekorasi yang best

Hiasan tepi katil yang awesome

Peti keselamatan

2 in 1 ( jam & charger android & Iphone)

Mesra Gadget

Bilik mandi yang feeling cozy

Simple tapi selesa

Tandas asing disebelah

Toileterries

Dustbin dalam bilik mandi

Cantik dan trendy kan dekorasi dalam bilik juga toilet kan? Memang feeling best sangat. Kalau korang nak tahu, untuk yang ada baby boleh request untuk baby cot atau playpen. Staff MBoutique Ipoh Hotel akan sediakan. Tengoklah Baihaqi lena tido ha....bila baby tido dalam baby cot lebih secure.

Baby Cot untuk baby

Sarapan Pagi Selera Western & Tempatan

Mesti korang tertanya-tanya tentang sarapan pagi di MBoutique Hotel Ipoh ni. Bab sarapan ni memang menjadi antara keutamaan selepas bilik yang selesa. Kalau korang nak tahu MBoutique Ipoh hotel ni mempunyai 2 restoran yang berbeza. Beza dari segi dekorasi, makanan dan banyak lagi. Ok Marsha perkenalkan The MYTH untuk sajian western dan Old Town White Cofee untuk makanan local.

Jadi untuk hari pertama breakfast Marsha dan family memilih The Myth Eatery untuk breakfast dan Old Town White Coffee menjadi pilihan untuk hari kedua. Sajian di The Myth lebih berkonsepkan western dan juga kuih muih tradisional di Ipoh. Kuih muih yang ada sangat sedap. Untuk di Old Town White Coffee pula leboh berkonsepkan local. Ada nasi lemak, asam laksa, mee goreng dan banyak lagi. Psstt.....nasi lemak dia sedap tau!!..hihi. Paling menarik selain jus dan susu yang disediakan, kita juga boleh request kopi atau teh samada sejuk atau panas. Kalau berada di Old Town White Coffee ni tak sah kalau tak cuba kopi atau teh dia kan???

Boleh request dengan waiter yang mana menjadi pilihan hati

Kemudahan Lain Yang Ada di MBoutique Ipoh Hotel

Seperti hotel lain, MBoutique Ipoh Hotel juga mempunyai kemudahan yang lain. Kemudahan di MBoutique Ipoh Hotel bertemakan suasana rumah. Yang menarik perhatian Marsha ialah kemudahan-kemudahan yang jarang kita tengok pada hotel-hotel lain:

Living Room

Seiringan dengan rekabentuk yang telah diterapkan di MBoutique Ipoh Hotel, pihak hotel memutuskan untuk mewujudkan satu lagi ruang kecil untuk keselesaan pelanggan seperti berada dirumah sendiri. Ada yang memanggilnya ruang tamu, ruang tamu, ruang duduk, dan lain-lain, tetapi ia diperkenalkan sebagai The Living Room yang terletak di Level 1 M Boutique Hotel Ipoh.

Dihiasi dengan hiasan seperti perabot rotan, meja hiasan, rak buku, lampu bertema safari dan permaidani, The Living Room juga sesuai sebagai ruang baca di mana pelanggan mempamerkan pilihan surat khabar hari ini atau hanya bersantai dengan sekumpulan kecil rakan dan menikmati suasana vintaj kota. MBoutique Hotel Ipoh juga mempunyai buku bacaan dan stesen internet dan paling best ada iMac tau!! Juga ada penapis air yang mempunyai air panas dan sejuk.

Kemudahan paling popular yang digunakan di Living Room ialah Self Service Laundry, yang tersedia 24 jam sehari, dengan detergen dan pelembut percuma. Perkhidmatan ini disediakan secara PERCUMA untuk tetamu! Menarik kan!! Ruang cucuian dilengkapi dengan mesin basuh pintu hadapan 7kg dan lengkap dengan pengering . 

The Living Room juga merupakan pintu masuk ke Gimnasium untuk senaman yang santai dan selesa. Selain dari itu, juga M Space, Bilik Mesyuarat  untuk perbincangan dan mensyuarat. Ini yang disebabkan ia panggil ruang tamu. Kerana di M Boutique Hotel, Ipoh, kita memikirkan diri kita sebagai keluarga, dan pelanggan adalah tetamu di rumah MBoutique Ipoh Hotel!

Kedai Cenderamata


Buat korang yang cari senderamata untuk bawa balik, di MBoutique Ipoh Hotel ni ada kedai cenderamata yang berada berhampiran front desk. Banyak pilihan yang ada. Hanya sediakan wang sahaja untuk shopping....hihi



Antara cenderamata yang korang boleh dapatkan di kedai cenderamata.

Cantik kan cenderamata?

Tarikan Berhampiran MBoutique Ipoh Hotel

Concubine Lane

Banyak tarikan pelancong berhampiran MBoutique Ipoh Hotel ini. Semasa staycation di MBoutique Ipoh Hotel ini Marsha sempat ke Concubine Lane yang menjadi tempat tarikan yang most popular di Ipoh. Paling menarik ialah lukisan-lukisan yang telah dilukis didinding-dinding bangunan yang sangat cantik hasilnya. Kat Concubine Lane juga ada 'Rainbow Toast' yang viral itu. Alhamdulillah dapat merasa juga. Kakak Anith pula tergoda dengan 'cotton candy'...hihi

Cotton Candy with Kakak Anith

Kenangan di Concubine Lane

Marsha bersama 'Rainbow Toast'

Dengan lokasi hanya 5 KM sahaja memandu dari MBoutique Ipoh Hotel. Jika malas nak memandu boleh je booking grab. Tambangnya kurang dari RM10. Murah kan??

Plan B

Berhampiran dengan Concubine Lane, ia sebenarnya adalah sebuah restoren. Buka sahaja restoren yang menarik malah kawasan sekitar restoran juga sangat menarik sehinggakan banyak pengantin baru yang mengambil peluang untuk mengabadikan kenangan mereka disekitar Plan B ini. Memang Marsha akui kawasannya sangat cantik.

Berhampiran Plan B juga ada gerai-gerai kecil yang menjual barangan cenderamata & juga ada ais kepal. Merasalah 'mak yong' ais kepal yang sedap...hihi.

Ais Kepal


Pasar Karat @ Pasar Loken

Ini juga bukan sahaja menjadi tarikan pelancong malah ianya memang menjadi tarikan penduduk tempatan sendiri. Pasar karat Ipoh ini menjadi tumpuan setiap hari Ahad. Banyak barang baru dan juga pre-loved yang dijual disini dengan harga yang jauh lebih murah.

Buat penggemar duit-duit atau barangan lama juga boleh dapatkan di Pasar Karat ni. Bila tengok barang-barang lama, teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Jom layan video Pasar Karat ni..



Lokasinya juga tak jauh dari MBoutique Ipoh Hotel iaitu dalam 7 km sahaja memandu. Kalau malas nak memandu Grab kan ada...hihi. Korang memang rugi kalau tak pergi ke Pasar Karat ni. Buka seawal jam 8 pagi dan berakhir jam 12 tengahari lebih kurang. 

Penginapan 3 hari 2 malam di M Boutique Hotel Ipoh sangat memberi makna kepada Marsha sekeluarga. Kami dapat luangkan masa untuk anak-anak. Bonding dengan anak-anak. Juga pengalaman menginap di M Boutique Hotel Ipoh memang sentiasa terpahat dihati. Kenangan dan pengalaman yang sangat best!! Moga lepas ini kami dapat peluang lagi untuk menginap di hotel yang selesa yang bertema menarik ini. 

Buat semua staff M Boutique Hotel Ipoh, Terima kasih atas layanan dan hospitaliti yang terbaik dan membuatkan kami selesa setiap masa sepanjang berada di M Boutique Hotel Ipoh. Yang pasti kami akan 'repeat' balik lepas ni..hihi. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang M Boutique Hotel Ipoh ni. Boleh rujuk maklumat di bawah tau.

Maklumat Lanjut 


Alamat:

M Boutique Ipoh Hotel
2 Hala Datuk 5

31650 Ipoh, Perak
Malaysia


No tel: 
24 Hour General Line: +6 05 255 5566

Website:


Facebook:

Instagram: 


Koordinat GPS:
4°35’18” N   101°4’40”E

Marsha
Part Time Blogger Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review
Blogger Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

4 sahabat ibu

  1. Mmg cantik la hotel dia... Semalam brapa harga ni. .

    ReplyDelete
  2. Cantiknya bilik hotel ni. Rasa rugi pula balik Perlis awal, kalau tak dapat pergi pasar karat Ipoh tu

    ReplyDelete
  3. cantik bilik hotel ni...suka konsep dia..lain gituuu sbb dekorasi dia..

    ReplyDelete
  4. Seriusss cantikkkk bilik hotel diaaaa! Terpikattt den hehehe. Kombinasi warna, corak dan susunan yang menarik. Bersih dan kemas. Mesti selesa kan heehehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)