Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu

Assalamualaikum


Semakin berusia, selain kedutan ada lagi satu masalah pada kulit wajah yang menghantui wanita terutamanya yang berumur 30 keatas seperti Marsha. Ianya adalah jeragat. Kebanyakan wanita berumur 30-an dan keatas mempunyai peluang yang tinggi untuk jeragat timbul di kulit wajah. Ini kerana kolagen di usia ini mula berkurang sehingga 10 % hingga 40 %. Jadi selain rawatan dalaman iaitu mengambil produk kolagen, rawatan luaran juga perlu. Masalah jeragat ini memerlukan penjagaan yang rapi. Selagi ia belum 'tebal', insyaAllah proses pemulihan wajah akan lebih mudah. Jika ia semakin teruk, proses pemulihan akan mengambil masa. Haa...bercakap tentang jeragat ni, 2 minggu lepas Marsha telah mencuba rangkaian baru SAFI khas untuk pemulihan masalah jeragat atau kita kenali sebagai pigmentasi iaitu SAFI Expert Solution. Nak tahu lebih lanjut tentang rangkaian terbaru dari SAFI ni? Jom baca| Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu

Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu


Usai 2 minggu percubaan Marsha dengan rangkaian terbaru SAFI iaitu SAFI Expert Solution ini. Memandangkan Marsha dah nak hampir angka 40, jadi Marsha rasa Marsha perlu mengambil berat bab jeragat ini. Kalau korang perasan, Marsha memang mengalami masalah jeragat cuma kurang serius. Marsha ada buat rawatan di SPA tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi dan sekali rawatan tak menjanjikan jeragat hilang terus. Sekurang-kurangnya dalam 6 -7 treatment baru pudar dan hilang. Jadi dengan adanya SAFI Expert Solution ini, ia membantu Marsha mengurangkan jeragat dalam kos yang jauh lebih murah dari rawatan di spa. 




Inilah rangkaian SAFI Expert Solution yang Marsha maksudkan. Ianya tidak seperti rangkaian SAFI yang lain kerana ia lebih fokus pada jeragat atau pigmentasi. Nak tengok produk dalam rangkaian SAFI Expert Solution ini dengan lebih dekat?? Jom....



Terdiri dari 3 produk yang dirumus khas untuk membantu dalam masalah jeragat ataupun pigmentasi. Ia telah di tentukan cara penggunaan mengikut langkah di botol produk. Nampak tak?? 3 produk tersebut ialah, Renewal Hydra Complex (step 1), Supreme Anti-Spots Complex (step 2) dan Milk Drop Serum (step 3). Hanya semudah 3 langkah sahaja untuk merawat kulit.

Intensive Ampoules (Anti Hyper Pigmentation)

Dalam intensive ampoules ini mempunyai 2 produk dalam langkah 1 dan 2 iaitu Renewal Hydra Complex (step 1), Supreme Anti-Spots Complex (step 2). Ia lebih fokus kepada membantu mengurangkan dan mencerahkan jeragat atau pigmentasi. Sistem Multi-Aksi Ampoule 2 langkah dirumuskan dengan bahan aktif yang sangat berkhasiat Teknologi Usia DN (DN Age Technology).  Kombinasi yang terbaik ini menembusi dengan cepat ke dalam lapisan kulit basal untuk memerangi bintik-bintik gelap atau jeragat hingga akar umbi, membekalkan kelembapan yang maksima dan menggalakkan pembaharuan kulit untuk penampilan kulit keseluruhan yang kelihatan lebih baik.

Renewal Hydra Complex

Produk ini adalah langkah pertama dalam rangkaian SAFI Expert Solution ini. Mengandungi 2 botol dalam 1 set untuk kegunaan 2 minggu untuk 1 botol. 


Cara Penggunaan:

Gunakan penitis yang dibekalkan dan picit keatas tapak tangan dengan kadar yang mencukupi. Kemudian, dengan lembut sapu dan urut wajah hingga ia menyerap sepenuhnya. Disusuli dengan langkah ke 2. Guna dua kali sehari pada waktu pagi dan malam sebelum tidur selepas mencuci muka.

Supreme Anti-Spots Complex

Setelah selesai dengan penggunaan pada langkah pertama, kemudian tibalah masa untuk langkah ke 2 pula iaitu Supreme Anti-Spots Complex.



Cara Penggunaan:


Picit amaun yang sesuai diatas tapak tangan. Kemudian sapu diwajah dengan urutan keatas. Guna dua kali sehari pada waktu pagi dan malam sebelum tidur selepas mencuci muka.

Dicadangkan:

Rangkaian SAFI Expert Solution Intensive Ampoules ini digunakan secara konsisten selama sebulan  dan penggunaan yang perlu diulang untuk seterusnya untuk kesan lebih baik dan mencegah bintik hitam yang baru pula tumbuh.

Gunakan bersama rangkaian SAFI Rania Gold Youthful Elixir diantara masa bertenang untuk mengekalkan kulit yang licin.

Untuk penggunaan waktu pagi: Dicadangkan menggunakan SAFI Rania Gold Moisturising Day Cream SPF25 PA++ IR selepas penggunaan ampoule 2 ( Supreme Anti-Spots Complex ) untuk kesan yang optimum.

Terbukti secara klinikal:


  • 85.7% bersetuju pigmentasi berkurang
  • 100% bersetuju kulit baru tumbuh
  • 100% setuju kulit lebih anjal
  • 100% setuju tona kulit dibaiki
  • 91.7% setuju 'Luminosity'

Milk Drop Serum ( Anti Dehydrated Skin )

Produk ketiga dengan penggunaan langkah ketiga untuk membantu melembapkan kulit selepas penggunaan 2 produk yang merawat pigmentasi dengan intensif. Terbukti secara klinikal:

  • 280% rangsangan kelembapan segera
  • Bekalan kelembapan tanpa henti selama 72 jam
  • *92.5 % kekuatan kulit
  • membaiki elastik kulit dan mencerahkan kulit dalam 1 bulan

Cara Penggunaan:

Langkah 1: Sapu di kulit wajah dan tengkuk yang telah dibersihkan.
Langkah 2: Urut dengan lembut secara membulat sehingga ia menjadi titisan susu dan menyerap ke dalam kulit. Siap!!


Review Marsha

SEBELUM


Pertama kali menggunakannya Marsha dah mula jatuh cinta sebab teksturnya yang ringan dan tidak berminyak selepas penggunaan keatas kulit. Jadi Marsha rasa bebas dan selesa. Setelah 2 minggu menggunakan secara konsisten, jeragat mula nampak pudar dan Marsha masih meneruskan hingga tempoh 1 bulan untuk melihat kesan yang terbaik. Kesan lain yang Marsha notice ialah kulit kusam dah kembali berseri dan lebih anjal. Nampak wajah lebih muda...hihi


SELEPAS 2 Minggu

Nampak kan perubahan selama 2 minggu walaupun tak begitu ketara? Rasa happy sangat kulit kusam akibat berpanas training pelajar bola baling dah berseri kembali. Jadi Marsha memang nak cuba sampai sebulan untuk kesan yang optimum.

Dimana Nak Dapatkan SAFI Expert Solution ini?

Marsha pasti korang mesti tertanya-tanya kat mana nak dapatkan rangkaian SAFI Expert Solution ini kan? Actually rangkaian ini masih belum officially launch lagi. Tetapi korang akan dapatkannya di farmasi atau drug store yang berhampiran setelah ia officially launch. Jadi tunggu kemunculannya berhampiran korang yea.





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

9 Comments

  1. Kinah suka dengan produk safi expert solution ni kak marsha. Bau dia pun wangi je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bau dia sangat wangi...guna pun best

      Delete
  2. wahhh.. Safi dah semakin menarik.. packaging pun dah semakin exclusive.

    ReplyDelete
  3. kak ana pun tengah mencuba Safi Expert Solution ni Marsha, setakad ni alhamdulillah nampak serasi dengan kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best guna kan Kak Ana...tak nyesal kenal SAFI ni

      Delete
  4. Boleh saya tau pencuci muka yg mn satu ya utk set ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencuci muka boleh guna yang safi untuk jeragat juga. Harap membantu

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us