Rugi Kalau Terlepas Promosi Traveloka Sale-Abration 2019

by - 3/07/2019 09:14:00 AM

Assalamualaikum

Dah masuk Mac 2019, tak lama lagi dah nak cuti sekolah seminggu. Apa plan korang masa cuti sekolah seminggu ni? Walaupun bukan bergelar pendidik, bab travel memang mostly akan tunggu cuti sekolah sebab anak-anak bercuti waktu tu. Sebab waktu cuti sekolah yang anak-anak memang free and easy gituhhh...hihi. Ibu bapa pun tak pening-pening nak pikir sebab anak-anak memang cuti sekolah. Marsha pasti ramai yang dah buat plan nak travel. Ada yang nak keluar negara dan ada juga yang nak bercuti dalam negara dan juga ada yang nak travel balik kampung. Kalau kampung jauh-jauh memang cuti sekolah lah masanya...hihi. Buat yang bercuti tu inilah masanya korang nak booking hotel dan juga tiket penerbangan. Kalau lambat-lambat nanti full pula kan? Bulan Mac pula ada Matta Fair. Memang setiap tahun Matta Fair akan diadakan 2 kali setahun. So boleh merancang untuk setahun terus. Ni Marsha nak tanya ni, korang ada spesifik aplikasi tak untuk booking hotel dan tiket penerbangan? Marsha memang ada favorite aplikasi yang Marsha selalu guna untuk booking hotel & juga tiket penerbangan iaitu TRAVELOKA

Rugi Kalau Terlepas Promosi Traveloka Sale-Abration

Mengapa Marsha Memilih Traveloka?


Tak lama lagi Matta Fair akan bermula untuk tahun 2019. Biasanya Matta Fair akan berlangsung 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos. Marsha pasti nama Traveloka memang dah meniti di bibir-bibir orang ramai. Tapi tak semua tahu kelebihan platform penempahan hotel dan tiket penerbangan Traveloka ini. Traveloka adalah platform penempahan hotel & tiket penerbangan bukan sahaja bagi destinasi domestik malah antarabangsa yang mudah secara online melalui laman web atau aplikasi telefon bimbit. Jadi kita boleh merancang dan juga memilih percutian serta perjalanan yang diidamkan dalam satu website atau aplikasi sahaja tanpa perlu melayari beberapa platform lain untuk tempah hotel dan tiket penerbangan secara berasingan.

Melalui Traveloka ini, kita boleh memilih hotel dan syarikat penerbangan yang menjadi pilihan dengan harga yang mampu milik. Hotel dan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian pula bukan calang-calang syarikat tau. Kalau tengok dekat website Traveloka ni, rasanya lebih dari 20 buah syarikat penerbangan yang ada. Antaranya ialah Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Lion Air, Thai Lion Air, Garuda Indonesia, Jetstar, Thai Airways, KLM, Emirates, Etihad Airways, Bangkok Airways, Vietnam Airlines, Cathay Pacific, Air France, dan banyak lagi. Untuk hotel pula, antaranya ialah Tune Hotel, Avillion Hotel, Lexis Hotel, Resort World Genting, Marriot Hotel, dan banyak lagi. Memang sangatttt banyak pilihan, dari yang bajet hingga ke hotel 5 bintang. Tinggal pilih je ikut kemampuan masing-masing dan duit dalam poket...hihi




Paling menarik dengan Traveloka ini, harga yang dinyatakan adalah yang terbaik dan paling kompetetif untuk hotel dan tiket penerbangan di Asia Tenggara di dalam satu platform. Sangat mudah!!  Malah ia menawarkan 'harga jujur'. Apa yang dipaparkan adalah apa yang kita perlu bayar. Tiada caj tersembunyi. Kesemua harga yang ditunjukkan pada permulaan sudah termasuk cukai lapangan terbang (PSC) dan juga surcaj lain. Dalam erti kata lain, tiada kejutan harga pada waktu pembayaran kerana apa yang kita lihat pada permulaan adalah apa yang kita bayar pada akhirnya! 
Betul-betul harga jujur. Best kan??? Kalau nak lebih mudah hanya install aplikasi Traveloka dan terus menempah hotel dan tiket penerbangan secara semua dalam satu.

Pengalaman Marsha Menggunakan Aplikasi Traveloka

Marsha 24 hours dengan telefon bimbit. Jadi untuk membuat tempahan hotel dan tiket penerbangan Marsha memang lebih prefer aplikasi Traveloka. Jadi Marsha tak perlu nak susah-susah buka laptop. Hanya dihujung jari sahaja untuk pilih - tempah - bayar. 

Aplikasi Traveloka ini sangat friendly dan Marsha boleh menempah dengan cepat dan teratur. Teringat masa ke Hatyai tahun lepas. Disebabkan plan nak drive ke Hatyai untuk ambil pengalaman drive sendiri, jadi Marsha hanya buat tempahan bilik hotel di Hatyai. Memang aplikasi Traveloka sangat mesra dan sesi tempahan hanya memerlukan beberapa minit sahaja termasuk pembayaran. Memang sangat mudah. Kadar harga dan tawaran juga sangat menarik dan terbukti Traveloka menawarkan 'harga jujur'.

Betul ke Rugi Kalau Terlepas Promosi Traveloka Salebration?


Promosi Traveloka Sale-Abration akan datang tak lama lagi. Matta Fair Promo dari Traveloka ini sangat menarik dan Marsha memang gerenti setiap tahun ia menawarkan tawaran menarik dengan harga yang menarik. Promosi Traveloka Sale-abration setiap tahun memang sangat menarik sehingga korang tak mampu nak menolak tawaran yang terbaik ni. Sempena Matta Fair 2019 ini, Traveloka menawarkan diskaun yang tak mampu korang tolak sebab kalau tolak mesti rasa rugi sangat-sangat. Serius!!!

Apa salahnya kalau kita dapat harga yang jauh lebih berbaloi bukan? Boleh save kat mana perlu sebab memang kalau yang suka travel memang faham semasa travel pun duit akan mengalir dengan laju. Tapi kalau kita boleh travel dengan jimat pada harga tiket penerbangan dan hotel apa salahnya kan? Bajet yang selebihnya boleh kita guna semasa travel pula. Marsha sendiri pun kalau dapat harga yang lebih berbaloi memang tak akan tolak. Jimat pun jimat. Betul tak?

Bayangkan korang boleh buat pilihan samada nak buat tempahan hotel sahaja, tiket penerbangan sahaja, tempahan hotel beserta tempahan tiket penerbangan ataupun aktiviti seperti Legoland dalam Malaysia ataupun Disneyland di luar negara. Bab aktiviti ni memang seronok buat korang yang nak bawa anak-anak berseronok dan famili bonding. 

Jadi bila korang plan nak travel boleh terjah website Traveloka ataupun aplikasi Traveloka untuk dapatkan tawaran dan harga yang menarik. Memang gerenti menarik!! Nak travel ke dalam atau luar negara semua ada dalam satu platform atau aplikasi iaitu Traveloka.

Bagaimana Nak Grab Promosi Traveloka Sale-Abration?


Ini kacang punyaaa....korang boleh ke website Traveloka seperti dibawah ataupun install sahaja aplikasi Traveloka di telefon pintar korang. Kemudian register akaun dan terus boleh buat tempahan. Senang je kan? Untuk grab promosi Traveloka Sale-Abration ni korang alert je nanti akan dapat emel atau notification tentang promosi ini. Kat website pun ada 'countdown' tau.



Maklumat lanjut boleh rujuk di bawah yer

Website: Traveloka







Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

3 sahabat ibu

  1. Pernah book hotel dengan Traveloka. Memang antara yg murah dan mudah je nak book dgn apps traveloka ni.

    ReplyDelete
  2. Mari kita countdown sama sama 😍

    Tak sabar nak grab promosi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)