Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum

Assalamualaikum

Solekan dan wanita tak dapat dipisahkan. Tetapi tak semua wanita pandai aplikasikan solekan dengan sempurna. Maksudnya nak nampak natural dan flawless. Marshalah salah sorang tu...hihi. Marsha dah jumpa satu produk yang membantu Marsha dapatkan hasil solekan tanpa cela yang mudah dan cepat. Ha...korang nak tahu produk apa tu?? Sebenarnya produk ini adalah salah satu produk keluaran Dr Murad. Jadi jom baca lebih lanjut | Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum

Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA +++

Produk ini adalah antara produk favorite Marsha dari Dr Murad iaitu Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++. Buat penggemar make up memang sangat sesuai kerana ia boleh gantikan primer. 




Kadang-kadang, walaupun dalam solekan garis halus dan kedut masih boleh nampak walaupun tak berapa jelas. Jadi Dr MURAD telah keluarkan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum SPF 30 | PA+++ sebagai penyelesaian untuk:


  • Garis halus dan kedut 
  • Kesan dan tekstur kulit tidak sekata 
  • Pori yang besar 
  • Tona kulit tidak sekata

Ia adalah primer Soft-Focus Complex yang menjadikan kulit flawless dan bertahan selama 12 jam. Secara jelas ia mengecilkan liang pori, garis halus dan tekstur yang tidak sekata. Perlindungan SPF yang tidak kelihatan terhadap kerosakan UVA dan UVB.

Kandungan

  • Peptida cendawan- Perangi tanda-tanda penuaan yang dapat dilihat untuk membantu memulihkan kekukuhan, keanjalan dan ketahanan kulit yang kelihatan muda. 
  • Kompleks Fokus Lembut - Melicinkan kulit, membaiki tona kulit yang tidak sekata dan tekstur yang lebih baik untuk membuat kanvas ideal untuk aplikasi solek. 
  • Ekstrak barli, bunga matahari dan timun - Meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan.

Active Ingredients:

Avobenzone (2.0%), Homosalate (4.0%), Octisalate (4.0%), Octocrylene (2.0%)

Ingredients:

Isododecane, Dimethicone/Bis-Isobutyl PPG-20 Crosspolymer, Caprylyl Methicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Phenyl Trimethicone, Diethylhexyl 2,6-Naphthalate, Propylene Glycol Dicaprate, Hydrogenated Soybean Oil, Hydrogenated Soy Polyglycerides, C15-23 Alkane, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Cake, Ribes Nigrum (Black Currant) Seed Extract, Octyldodecanol, Octyldodecyl Oleate, PEG -8 Dimethicone, Octyldodecyl Stearoyl Stearate, Alcohol, Hordeum Vulgare (Barley) Extract, Butylene Glycol, Lentinus Edodes (Shiitake Mushroom) Extract, Mucor Miehei Extract, Paeonia Suffruticosa Root Extract, Ascorbic Acid, Tocopheryl Acetate, Retinyl Palmitate, Silica, Sodium Propoxyhydroxypropyl Thiosulfate Silica, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Solidago Virgaurea (Goldenrod) Extract, Benzyl Benzoate, Citral, Hexyl Cinnamal, Hydroxyisohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Limonene, Linalool, Fragrance (Parfum)

Keputusan setelah seminggu penggunaan: 


  • Hasil solekan yang 'flawless' bertahan sehingga 12 jam.
  • Pengurangan segera 30% liang pori *
Dalam kajian klinikal selama 3 hari: 


  • 71% melihat lebih kurang garis halus dan kedutan 
  • 94% menyaksikan kelancaran dan tekstur yang lebih baik Perlindungan SPF 30 
  • 100% tidak dapat dilihat 

Kulit Yang Sesuai:

Normal 
Berminyak 
Kombinasi 
Kering 

Paling penting ia dirumus tanpa
Parabens 
Sulfat 
Phthalates 
Gluten Bahan yang berasal dari haiwan


Cara Penggunaan


Urut secara merata ke muka, leher dan dada. Boleh digunakan sebelum memakai alat solek sebagai primer atau dipakai sahaja.

Jadi sekarang kalau nak 'make up' tak perlu risau dah. Tak risau dah solekan bercapuk ke tak...hihi. Dah ada penyelamat kan....hihi

Harga: RM328 

(  Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum )

Maklumat Lanjut

Website : 
Instagram : 

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us