Pregnant Kali Ini, Klinik My Family Tetap Menjadi Pilihan Untuk Ultra Sound Baby

Assalamualaikum


Alhamdulillah hari ni genap 11 hari usia Baby T. Nama? Dah ada tapi belum boleh reveal sebab sijil lahir belum buat. InsyaAllah jumaat ni abahnya akan ke JPN buat. Doakan dipermudahkan ye kawan-kawan readers semua. Entri ini patutnya Marsha share masa preggy Baby T lagi tapi tak sempat nak publish sebab Baby T nak kuar awal. Baby T kuar genap 38 weeks 6 days. Kalau ikut due semalam, 22 April 2019. Baby T keluar 13 April 2019. Jadi next entri Marsha share tentang Baby T. Kali ni Marsha nak share satu klinik yang menjadi pilihan Marsha untuk ultrasound baby semasa preggy.

Korang pernah dengan ultrasound kan? Okay kalau kita preggy, ultrasound memang lah tidak asing bagi kita. Ini kerana ia yang membantu kita untuk melihat si kecil. Ia sebagai perantara untuk kita 'skodeng' si kecil. Bukan sahaja jantina, malah kita dapat tahu perkembangan si kecil melalui 'detail scan'. Marsha pasti korang mesti mempunyai 'sonographer' pilihan kan? Marsha pun sama. Dari zaman preggy Baihaqi sampai lah preggy tahun ni Marsha selesa ultrasound di Klinik My Family. Sonographer yang pakar dan juga sangat friendly. Sebab tu Marsha sanggup dr Ipoh naik KL semata-mata untuk details scan baby. Jadi pada 20 Januari 2019 lepas, Marsha naik KL untuk skodeng Baby T. Nak tahu lebih lanjut lagi? Meh la baca sampai habis | Pregnant Kali Ini, Klinik My Family Tetap Menjadi Pilihan Untuk Ultra Sound Baby

Pregnant Kali Ini, Klinik My Family Tetap Menjadi Pilihan Untuk Ultra Sound Baby


Klinik My Family bukan sahaja menawarkan servis ultrasound sahaja. Ada banyak lagi servis yang ditawarkan. Antara servis yang ditawarkan di Klinik My Family ialah:
  • Pemeriksaan ibu mengandung
  • Ultrasound 2D/3D/4D/5D (HD Live)
  • Pemeriksaan Bayi dan Kanak-kanak
  • Vaksin
  • Pemeriksaan Darah
  • Asthma
  • Batuk
  • Demam
  • Selsema
  • Pemeriksaan Perut
  • Pelvis
  • Lain-lain Servis
Antara servis yang ditawarkan di Klinik My Family

Antara rawatan lain yang disediakan:

Pakej Atenatal check-up:
  • Pakej Lavender - 9 kali lawatan, RM1,111
  • Pakej Ros - 5 kali lawatan, RM701
  • Pakej Orkid - 4 kali lawatan, RM611
  • Pakej Daisy - 3 kali lawatan, RM460


Pakej Full Screening Wanita:
  • Ujian Pap Smear - Untuk mencegah dan mengesan kanser serviks awal.
  • Ujian Ultrasound Payudara - Untuk mencegah dan mengesan kanser payudara awal.
  • Ujian Ultrasound Pelvis - Untuk melihat tahap kesihatan serviks anda dan mengesan fibroid.
  • Konsultasi bersama doktor.

Kemudahan di Klinik My Family

Banyak kemudahan yang ada di Klinik My Family ni. Antaranya ialah:

1. Ruang Menunggu



2. Tandas

3. Air Coway untuk customer hilangkan dahaga



4. Televisyen

5. Bilik2 konsultasi & rawatan

6. Sudut Jualan Handmade

Comel-comel je...geram tengok!



Pakej Ultrasound di Klinik My Family

Genap 27 minggu, Marsha terus buat appointmen dengan sonographer di Klinik My Family. Sebab masa tu Marsha terus boleh amik pakej lengkap untuk detail scan, 4D, 5D. Jadi appointment Marsha jam 10 pagi. Kiranya slot pertama pada hari tersebut.



PAKEJ ULTRASOUND SCAN KLINIK MYFAMILY


PAKEJ 1

2D Growth Scan (6 – 40 minggu)
– Saiz kandungan, Berat, Jantina, Kedudukan Uri dan Air Ketuban
*Jantina seeloknya 20 minggu ke atas

Pakej Bersama:
Tiada CD, 1 Gambar Hitam/Putih, Report Ringkas

Harga: 
RM50 (Malaysia)
RM80 (Non-Malaysian)
RM80 (Twins)


PAKEJ 2

2D Growth Scan + 3D 4D 5D (24 – 32 minggu)
– Saiz kandungan, berat, jantina, kedudukan uri, air ketuban dan 3D/4D/5D scan (muka, jantina, kaki, tangan)
*Bergantung kepada posisi bayi

Pakej Bersama:
CD, 1 Colour Photo, Report Ringkas

Harga: 
RM120 (Malaysia)
RM150 (Non-Malaysian)
RM180 (Twins)

PAKEJ 3

2D Growth Scan + 2D Details Scan (18 – 28 minggu)
– Scan hitam putih yang melibatkan pemeriksaan organ-organ dalaman seperti otak, usus, jantung, jari, kaki, hidung, mulut, tali pusat, hati dan paru-paru (termasuk jantina)

Pakej Bersama:
CD, 2 Gambar Hitam/Putih, Report Lengkap

Harga: 
RM150 (Malaysia)
RM190 (Non-Malaysian)
RM220 (Twins)

PAKEJ 4

2D Growth Scan + 3D 4D 5D Scan + 2D Details Scan (24 – 28 minggu)
– Gabungan Pakej 1, 2 & 3

Pakej Bersama:
CD, 1 Colour Photo, 2 Gambar Hitam/Putih, Report Lengkap

Harga: 
RM180 (Malaysia)
RM230 (Non-Malaysian)
RM280 (Twins)

Buat tempahan slot ultrasound 

DISINI

Marsha memilih untuk ambil pakej 4. Full pakej all in. Senang sebab detail scan, scan jantina dan semua dari pakej 1-3 tu digabung menjadi 1. Harganya pun amat berbaloi. Beza pakej 3 dengan pakej 4 hanya RM30 sahaja. Lagi satu termasuk video tau!! Jadi memang tak rugi ambil full pakej. Lagipun Marsha travel jauh ke KL untuk skodeng baby T..hihi.

Tempat Register


Korang boleh memilih pakej yang korang suka atau yang dalam bajet korang. Lepas tu boleh booking slot. Sebab walk in sangat tak digalakkan sebab kadang-kadang slot full seharian. 


Marsha sampai dekat-dekat jam 10 juga dan paling best kali ni dapat scan dengan Pn Suraya sendiri. Kalau korang nak tahu, Pn Suraya ialah owner Klinik My Family dan beliau adalah 'Sonographer' yang bertauliah. Masa preggy Baihaqi Marsha tak berpeluang nak bertemu mata dengan beliau sebab tarikh tak kena. Tapi kali ni sempat bertemu mata, berlaga pipi...hihihi.

Bersama Pn Suraya


Seperti staf 'Sonographer' yang lain, Pn Suraya sangat lembut orangnya. Beliau layan je pertanyaan kami dengan lemah lembut. Kebetulan Baby T masa ni asik tutup muka sebelah je. Jenuh Puan Suraya cari 'angle' nak bagi nampak muka Baby T. Jantina?? Hmmm...yang tu Baby T tak segan silu tunjuk 'bebird' dia macam Abang Baihaqi juga...hahahaha.





After a few 'angle' akhirnya dapat juga skodeng wajah Baby T. Seiras Abang Baihaqi. Dan sambil scan, Puan Suraya buat detail scan dan terangkan secara detail tentang Baby T, air ketuban dan banyak lagi. Kemudian, Pn Suraya memilih gambar yang paling jelas untuk di print & jadikan kenangan buat Marsha sekeluarga. Selesai pemeriksaan dan ultrasound, kami sekeluarga menunggu di ruang menunggu sementara menunggu CD, gambar dan laporan penuh siap.

Baby T Tutup Muka

Akhirnyaaa!!!


Alhamdulillah tak lama kemudian, CD, gambar dan laporan penuh siap. Happy betul Marsha bila tengok gambar Baby T. Memang wajah Baby T masa ultrasound & in real sama. Maskulin wajahnya...hihi. Oh ya untuk CD jika bermasalah atau tak boleh buka, boleh kembali ke Klinik My Family dan akan ditukar dengan yang baru. Korang jangan risau tau.

Dapat Gambar Hitam Putih, Warna, CD & Full Report


Ahaaaa....pendapat korang dah DUA KALI Marsha buat ultrasound kat Klinik My Family ni? Mestilah sebab layanan, harga dan hasilnya yang ohsem!! Jauh tau Marsha travel semata yang skodeng Baby T. Jadi reviewnya pastilah 10/10....hihi. Bukannya kat Ipoh tak ade perkhidmatan ultrasound ini. Tapi Marsha dah jatuh chenta dengan Klinik My Family. Adik Marsha pun plan nak ultrasound kat sini juga nanti.

Kenangan Bersama Family Kecil


Maklumat Lanjut


Berminat nak buat ultrasound atau perkhidmatan lain kat Klinik My Family ni? Korang boleh rujuk maklumat dibawah: 



Alamat:
B-G-14, Residensi Bistaria Apartment,
Ukay Bestari,
Hulu Klang,
68000 Ampang,
Selangor.


Waze:
Sonoworld Centre


Tel no:
03-4162 2754 


Whatsapps: 016-6211002


Email: sonoworldmalaysia@gmail.com


dan boleh juga buat tempahan di web
SONOWORLD CENTRE


Facebook:
Klinik MyFamily by My Sonoworld


Waktu Operasi:

Isnin-Ahad
10.00 pagi - 0900 malam





12 Comments

  1. Alhamdulillah.Tahniah dah selamat bersalin.Selamat berpantang juga.

    ReplyDelete
  2. akhirnya dh lahir..... tahniah mar

    ReplyDelete
  3. bagus ini dishare kat ibu ibu kat luar sana.. buat ultrasound ini

    ReplyDelete
  4. Tahniah kak atas kelahiran baby baru..klinik ni pun nampak selesa

    ReplyDelete
  5. Jauh Marsha buat scan hehe. Tapi sebenarnya bagus kita scan ikut yang SOnographer cadangkan untuk kita lihat progress anak

    ReplyDelete
  6. Sally tau klinik ni sebab dekat je dengan rumah...masa kakak dulu dah terlepas, dia dah g tempat lain...kalau tak boleh suggest

    ReplyDelete
  7. Banyaknya service dekat sini. Klinik pun nampak selesa sgt tu. Boleh lah war war pada family ana.

    ReplyDelete
  8. Bagus ya klinik nie.. Tahniah dah melahirkan..selamat berpantang..

    ReplyDelete
  9. Tahniah, Doakan sy jumpa jodoh cepat dan dapat baby kembar 😍

    ReplyDelete
  10. Wahhhh nampak muka baby.. seronoknye laaa..

    ReplyDelete
  11. Wow congrats and semaoga semua dipermudahkan ya.

    ReplyDelete
  12. Time pregnant ni satu peluang yang sangat best bila dapat buat ultrasound ni.
    Bestnya. Rindu nak buat scan baby. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us