Tuah Budak Buat LIVE Dapat Tajaan Kahwin RM500 Ribu!!

by - 4/11/2019 11:05:00 AM

Assalamualaikum


Baru-baru ni Marsha lihat ramai kawan-kawan blogger menghadiri majlis kahwin yang bagi Marsha memang sangat grand. Seronok tengok update dorang dengan suasana majlis yang meriah & glam. Goodies pula sangat meriah. Majlis Perkahwinan itu milik Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL yang terkenal dengan buat LIVE. Rupanya majlis perkahwinan beliau mendapat tajaan yang luar biasa. Bertuah betul!! Rezeki beliau kan. Meh baca | Tuah Budak Buat LIVE Dapat Tajaan Kahwin RM500 Ribu!!

TUAH BUDAK BUAT LIVE DAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!!


Untung betul seorang gadis kecil comel yang selalu buat LIVE,  SITI SURIANI atau lebih dikenali sebagai SITI JAMUMALL mendapat tajaan kahwin sehingga RM500 RIBU !! Banyak tu!! Memang sangat meriah & glam majlis.




Pada mulanya beliau sangkakan ingin buat majlis biasa secara kecil-kecilan, tetapi sapa sangka setelah memuat naik satu status di fb beliau tentang majlis perkahwinan terus mendapat wassup dan call bertalu – talu dari founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponser majlis beliau.





Hampir 100 syarikat dari perbagai produk berminat untuk menaja majlis kahwin siti, paling menyentuh hati, yang baru berjinak dalam perniagaan juga berbesar hati menaja majlis perkahwinan siti. Memang bertuah sangat!! Tumpang happy untuk beliau.



Kata siti, beliau sangat sebak dan sangat tidak menyangka , majlis yang mulanya di plan biasa-biasa kini menjadi luar biasa. Inilah berkat usaha beliau selama 3 tahun membuahkan hasil. Beliau menjadi promoter atau host untuk jamumall.com dan menjual perbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.






Menurut beliau, selama ni siti promote produk orang dengan ikhlas, siti bantu dari produk biasa-biasa tak dikenali , sampai dikenali dan viral. Oleh sebab itu ramai yang hargai jasa siti dan bile siti kahwin mereka sanggup menaja mcm-macam. Siti sangat-sangat bersyukur dapat sponser dari nikah, pre wedding, majlis berinai . majlis kahwin sampailah ke honeymoon pakej. Memang full pakej ditaja. Alhamdulillah. 

Antara sponsor yang terlibat

Antara syarikat yang menaja perkahwinan Siti Jamumall ini bukan calang-calang syarikat tau. Jom kita tengok:

Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/


Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal


Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official


Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera


Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/


Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq


Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal


Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri


Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji


Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/


Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun


Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/


Perfume dari Luxe Essencia Resources


Honeymoon Pakej dari Arwana Resort
https://instagram.com/arwanaperhentianresort


Banyakkan syarikat yang telah menaja perkahwinan Siti Jamumall dan suami. Marsha sangat-sangat excited melihat majlis perkahwinan mereka yang sangat meriah. Bertuah betul badan. Marsha doakan Siti Jamumall dan suami bahagia hingga jannah. Sangat happy tengok pasangan 2 sejoli ini.




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

2 sahabat ibu

  1. Wah...meriahnya majlis si Siti nie. Seronok dapat tajaan besar mcm tu yer.. memang bertuah sangat. Done follow sini juga yer..

    ReplyDelete
  2. ya allah, best nya semua ditaja. dia takyah sangat la nak keluarkan modal. rezeki tu. hehehee

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)