Baby Terbaru Mengujakan | Koleksi A'bloom Althea Comel

by - 5/14/2019 11:02:00 PM

Assalamualaikum

Marsha memang peminat produk Althea. Aplikasi Althea memang Marsha install di handphone dan masa terluang memang akan scroll tengok jika ada produk-produk terbaru. Kali ni Althea telah memperkenalkan koleksi terbaru. Semuanya cute mute pula tu padan dengan nama A'bloom. A'bloom Althea ni telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 20 April 2019 lalu. Koleksi ni memang sumpah comel macam orang korea juga yang comel-comel tu...hihi. Ok kalau korang nak tau produk apa yang ada dalam koleksi terbaru A'bloom Althea ni jom , Baby Terbaru Mengujakan | Koleksi A'bloom Althea Comel

Baby Terbaru Mengujakan | Koleksi A'bloom Althea Comel

Dalam koleksi terbaru A'bloom Althea ni ada A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Giant Meringue Puff, A'bloom Baby Meringue Puffs dan juga 4 jenis mask sheet yang comel dan rasa macam nak makan jer iaitu  A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet, A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet, A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet dan A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet. Dengar nama mask sheet ni pun dah rasa macam nak makan je kan? Aishh....jangannn....puasa ingat puasa....hahaha. Puasa ni semua nampak macam makanan kan...hihi.

Koleksi Althea A'bloom



A'bloom BHA Blackhead Blaster Favourite Marsha

A'bloom BHA Blackhead Blaster adalah salah satu favorite item Marsha dalam koleksi ni. Sebab best sangat! Ia dapat menghilangkan white head/black head dengan serta merta. Teruja sangat.

A'bloom BHA Blackhead Blaster


Lepas guna BHA Blackhead Blaster ni hidung terus licin macam baby...hihi. Hilang terus bintik-bintik black head atau white head yang bermaharaha di hidung. Dengan pakaging yang simple senang nak bawa travel. Cara penggunaannya pula semudah ABC.

Cara Guna A'bloom BHA Blackhead Blaster

Lembapkan bahagian yang ada white head / black head. Sapu BHA Blackhead Blaster secara membulat dan biarkan seketika dalam 30 saat. Kemudian bilas dengan air suam.

Kesannya kelihatan serta merta. Senang betul. Tak perlu dah nak pergi SPA buang white head atau black head. Pastu tak sakit pun!!


A'bloom Meringue Puff, Favorite Kaki Make-up

Kelihatan gebu macam marshmellow kan? Tapi bukan makanan tau....eh bulan puasa ni korang jangan asyik nampak makanan je...hihi. Tapi memang la skali tengok memang macam marshmellow...nyum!!

Meringue Puff ni didatangkan dengan 2 saiz, satu besar dan satu lagi kecil. Sesuai untuk blendkan foundation. Sebab tu Marsha cakap memang menjadi favorite kaki meke-up.


A'bloom Meringue Puff Giant & Baby Size


A'bloom Giant Meringue Puff untuk blend foundation atau concealer di kawasan yang rata serta luas. Masa solekan menjadi lebih cepat dan mudah dengan 1.5 kali lebih besar dari puff biasa.
A'bloom Giant Meringue Puff
A'bloom Baby Meringue Puffs pula untuk blend foundation atau concealer di bahagian yang sempit dan kecil seperti bahagian tepi hidung dan mata. Solekan dengan tepi terperinci untuk mendapatkan solekan yang halus dan sempurna.



A'bloom Baby Meringue Puff
Jadi masa make-up akan lebih cepat dalam masa yang sama foundation atau concealer dapat diblend dengan sekata dan juga tahan lama. Marsha memang suka sebab mudah nak make-up. Marsha lebih yakin nak make-up guna set Meringue Puff ni. Althea memang memahami amatur macam Marsha ni...hihi


4 Jenis A'bloom Mask Sheet Buah Yang Comel dan Rasa Macam Nak Makan 


Walaupun dekat rumah dah banyak mask sheet, Marsha tetap akan beli lagi mask sheet. Sebab Marsha memang suka pakai dan kumpul mask sheet yang pelbagai fungi, warna dan juga jenis. Happy dapat tengok mask sheet yang pelbagai. Orang kata ia hobi...hihi.

4 Jenis A'bloom Mask Sheet

Ada 4 jenis A'bloom Mask Sheet ini dan mempunyai fungsi yang berlainan. Jadi memang Marsha nak cuba kesemuanya. 4 jenis Mask Sheet yang ada, A'bloom Moisturizing Watermelon Mask SheetA'bloom Nourishing Avocado Mask SheetA'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet dan A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet. Namanya pun dah macam nak makan. Betul tak?

A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet

A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet

A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet ni fungsi dia untuk melembapkan kulit. Lepas guna memang kulit rasa lembap dan sejuk je. M

Musim panas gini tambah puasa memang best guna. Feeling sejuk dia nyaman je.

A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet

A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet pula sesuai untuk kulit yang sensitif. Ia sesuai untuk kulit yang bermasalah. Jadi kalau korang kulit sensitif cuba try ni memang selesa.


A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet


Kalau kulit rasa radang atau kemerahan pun elok guna sebab lepas guna akan rasa selesa.

A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet

A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet membantu untuk mencerahkan kulit yang terbakar dek matahari. Marsha ni cikgu PJK memang elok la guna yang ni sebab sentiasa kat padang. Muka pun cepat sunburn. Jadi ni memang BFF Marsha lah...hihi


A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet

A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet

A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet pula membantu untuk kurangkan masalah jerawat. Jadi kalau yang mengalami kulit berjerawat atau yang mudah naik jerawat Marsha suggest cuba yang ni.

A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet


Berminat Nak Cuba Koleksi Althea A'bloom?

Kalau korang nak try koleksi Althea A'bloom ni korang boleh dapatkan produk A'bloom ni di 

> my.althea.kr <

Korang boleh juga install aplikasi Althea di Apps Store (ios) atau Play Store (Android) . Harganya memang berbaloi dan mampu milik.

Untuk maklumat lanjut dan pelbagai promosi lain:

Facebook: Althea
Instagram: @altheakorea


#AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaAbloom

Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

15 sahabat ibu

  1. comel tau meringue puff althea ni! Rasa geram macam nak makan je haha

    ReplyDelete
  2. Comel sangat baby baru Althea kali ni.. sayang pula nak guna

    ReplyDelete
  3. Wah. Comelnya meringue puff tu. Comel dan mudah digunakan pula tu. :)

    ReplyDelete
  4. Best la Marsha dapat baby baru ni.akak x dpt kali ni xde rezeki..geram tgok product tu comel

    ReplyDelete
  5. lea suka sgt set a'bloom ni... best gile kot..

    ReplyDelete
  6. comel je produk ALthea ni, harga pun mampu milik

    ReplyDelete
  7. Ni kena beli on9 je ke kalau off9 takde ye

    ReplyDelete
  8. Comel comel packaging dia. Geram tgk. Mask tu paling ana suka.

    ReplyDelete
  9. Puas hati guna produk dari althea ni.. Yg puff tu mmg lembut sgt. Tak rugi kalau beli. Dh la murah

    ReplyDelete
  10. best nyerr produk altheaa... comel2 plak semua meringue puffs tu

    ReplyDelete
  11. yang lain tu tak teringin sgt, blackhead blaster tu masyaAllah teringin betul nak cuba!

    ReplyDelete
  12. Serius best kan produk a'bloom ni.. 🤩🤩

    ReplyDelete
  13. The packaging is so cool, i always like their face masks and the makeup puffs are so cute too.

    ReplyDelete
  14. Kak Sue pun teruja tengok produk terbaru dari Althea nie semua best-best..

    ReplyDelete
  15. ini perempuan suka la ni hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)