Hilangkan Senggugut Dengan 5 Tips Yang Berkesan

Assalamualaikum


Period atau 'datang bulan' adalah fenomena biasa atau kejadian semulajadi bagi seorang gadis atau wanita. Biasanya period ini akan dialami kali pertama pada awal remaja. Sekitar umur 12 - 14 tahun dan akan berhenti terus apabila kita mencapai umur 50 tahun keatas (menopous). Dan tempoh waktu period yang normal adalah sekitar 8-9 hari dan akan dialami setiap bulan. Tetapi ada juga yang mempunyai masalah period datang 2-3 bulan sekali atau tempoh yang agak lama. Ini puncanya kesakitan masa period atau kita kenali sebagai 'menstrual pain' menyerang. Bila ia menyerang, ia akan membuatkan kita rasa tak sedap badan, perut berdenyut dan ia boleh 'mencalarkan' mood seharian ( moody ).

Banyak penyakit berpunca dari period ni. Jika sakit period melampau dari biasa ia juga berkemungkinan kita ada masalah dengan sistem peranakan kita. Jadi hari ni Marsha nak share dengan korang cara hilangkan senggugut dengan 5 tips yang berkesan. Jom baca | Hilangkan Senggugut Dengan 5 Tips Yang Berkesan

Hilangkan Senggugut Dengan 5 Tips Yang Berkesan

Kenapa Rasa Sakit Bila Period?

Sakit di bahagian abdomen adalah suatu perkara yang normal. Kesakitan ini berpunca dari pengeluaran hormon prostaglandin, yang dikeluarkan semasa proses pengecutan rahim secara berlebihan bagi mengeluarkan darah. Semasa period, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim.

Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit.

5 Tips Berkesan Hilangkan Senggugut


Minum Air Suam

Ini adalah antara tips yang Marsha amalkan juga. Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah. Jadi kalau masa period memang Marsha akan elakkan dari mengambil minuman berais. Air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

Ambil Supplemen

Antara suplemen yang disyorkan dalam bentuk pil biasanya terdiri daripada magnesium, vitamin D, dan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti pati ikan haruan.  Supplemen ini akan bantu kita melegakan seketika sakit period kita.

Pil Penahan Sakit

Banyak produk telah keluarkan pil penahan sakit ni. Hanya ke 'drug store' yang berhampiran korang akan jumpa pil penahan sakit. Ianya tidak merawat kesakitan tetapi hanya boleh melegakan dalam jangkamasa pendek. Marsha akan ambil juga jika tiada pilihan lain.

Aktifkan Diri

Bila kesakitan datang kita automatik akan rasa stress, betul tak? Stress ini juga menjadikan hormon menjadi tidak seimbang.

Jadi, cubalah sibukkan diri dengan membuat kerja-kerja rumah, mengajak suami berjalan-jalan, bermain dengan anak-anak, bersosial dengan kawan-kawan, atau melakukan senaman ringan di taman.

Aktiviti ini dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan. Dengan cara ini, endorfin akan terhasil dan dalam masa yang sama akan kurangkan sakit senggugut. 

Tuaman Panas

Perubatan Cina mempunyai teori: "Banyak penyakit muncul apabila rahim sejuk dan anda akan menjadi cantik apabila rahim hangat."

Menarik kan teori perubatan cina dan Marsha rasa ianya sangat berkaitan. Ini memberi kesedaran kepada Marsha mengapa seorang perempuan sangat istimewa. Kecantikan dan juga kesihatan bermula dari dalam. Jika sihat uterus kita, maka kecantikan akan terserlah dengan sendirinya. Jika tidak, kita akan nampak pucat, kesakitan dan sebagainya akibat dari uterus kita yang sejuk. Jadi tuaman panas ini amat penting untuk kita sebagai seorang perempuan.

Masa atuk nenek kita dulu,  biasanya guna tungku batu yang dipanaskan atas api, botol air panas atau pek yang diisi dengan air panas untuk melegakan sakit dengan tuam di perut. Tetapi ianya tidak dapat mengawal suhu, jadi selalu ada situasi seperti kulit akan melecur jika tungku terlalu panas,  penutup botol atau pek panas tidak diketatkan dengan baik,  terpaksa lapik dengan beberapa helai kain untuk mengurangkan kepanasan dan jika suhu tak berapa panas terpaksa memanaskan kembali atau tukar air banyak kali. Jadinya leceh.

Zaman sekarang kita gunakan tungku elektrik. Tetapi kena cas dulu di bekalan elektrik secara 'direct' dan ianya juga akan cepat sejuk. Macam tak best pula guna kena panaskan benyak kali. Kemudian ianya juga susah untuk bawa travel. Sedangkan Marsha ni jenis suka travel.

Tuaman Panas Mudah Dengan EmrysHome & Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt



Akhirnya baru-baru ini suami hadiahkan EmrysHome & Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt untuk Marsha cuba sebab tak sampai hati tiap-tiap bulan tengok Marsha kesakitan akibat sakit period ni. Fungsinya sama seperti tungku elektrik tetapi jauh lebih ringan, praktikal & amat senang untuk bawa travel. Bukan je dapat membantu kurangkan sakit senggugut, malah boleh melegakan kembung perut, lenguh- lenguh badan dan juga sengal otot.





EmrysHome & Flexwarm Therapy Menstrual Cramp Warming Belt adalah nama lain yang kita boleh panggil ia dan ini adalah tali pinggang panas dimana fungsi ia untuk memanaskan rahim dengan menggunakan teknologi pemanasan jauh inframerah boleh menggalakkan metabolisme, usus panas dan perut. Tambahan pula, ia boleh menjaga abdomen di bahagian bawah dan memperbaiki sistem peredaran darah. Ia adalah teknologi selamat yang boleh melegakan dysmenorrhea, tangan dan kaki yang sejuk, sakit belakang, paramenia dan ketidakcekaman yang disebabkan oleh kekurangan rahim yang rutin. Ia sangat popular di China dan  beratus-ratus ribu telah dijual.



Marsha rasa sangat selesa menggunakan EmrysHome & Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt ni. Dah la nipis yang paling nipis adalah 0.23cm, bahagian paling tebal hanya 1.22cm dan ia juga sangat ringan. Ringan dari iPhone 7 tau korang. Beratnya ialah 108g. (iPhone7 seberat 138g). Material dia juga sangat best sebab diperbuat daripada kain lycra mewah dan bahan komposit nano serta sangat nipis dan lembut tanpa kita rasa kita tengah pakai.



Setelah mencuba, alhamdulillah sakit period Marsha cepat lega sebab dengan tuaman panas oleh EmrysHome & Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt dapat mengendurkan otot-otot di bahagian abdomen yang kejang. Mood pun ok dan tak perlu nak amik cuti disebabkan senggugut. Sambil tengah buat kerja di workstation pun boleh guna. Tak nampak gemuk pun kalau pakai. Tak perlu nak cas guna elektrik just guna powerbank je. Tak perlu nak bawa tungku elektrik yang gedabak...hihi


Kalau tungku elektrik kita tak tahu suhunya macamana tetapi EmrysHome & Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt ini sudah ditetapkan tiga tahap suhu yang selamat iaitu 43°C, 50°C, dan 65°C. Ia mudah dihidupkan dengan satu sentuhan butang. Paling best kita boleh je lipat masuk ke dalam beg dan ia tidak rasa berat ketika waktu kerja atau tengah travel. Jadi tak ada masalah Marsha nak bawa kemana sahaja atau tengah memandu pun boleh guna. Paling penting, ianya 'washable'. Memanglah sangat mudah. Ia mempunyai 2 variasi warna iaitu 'light green' atau 'pink'. Suami belikan pink sebab warna dia comel sesuai untuk Marsha yang comel...hihi


Cara Penggunaan

Cara penggunaan EmrysHome & Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt amat mudah.  Cuma sambungkan pada powerbank, dan selit powerbank ke dalam pouch yang terletak di belakang belt ni, dan tekan suis on selama 3 saat. Siap! Kemudian dalam 5 minit kehangatan flexwarm belt ni dapat dirasai.  Pantas kan? Sangatlah mudah lahai...hihi



Maklumat Lanjut

Kalau korang berminat dan nak grab juga EmrysHome & Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt yang best ni, korang boleh rujuk maklumat dibawah:

Facebook/Instagram : Emrys Home 

Webiste: www.emryshome.com

Boleh juga membuat pembelian terus di EmrysHome & Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

12 Comments

  1. menarik produk ni.boleh lah survey.kalau tahu wujud produk ni dari dulu, dah cari dah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bagus ada produk macam ni. Memudahkan urusan kita kan 😁

    ReplyDelete
  3. Best pakai ni ye.. sebab boleh panaskan bahagian perut kita seterusnya boleh kurang salit senggugut time period tu

    ReplyDelete
  4. bagusnya.. boleh membantu mereka yang ada masalah senggugut..

    ReplyDelete
  5. Macam best je kak... nak beli jugaklah nanti kaler pink

    ReplyDelete
  6. Wow menarik.. Macam nak beli 1, nampak mudah nak digunakan...

    ReplyDelete
  7. Oh this is quite user friendly sometimes i use hot pouch.

    ReplyDelete
  8. This is so cool. I have never seen such a product before

    ReplyDelete
  9. wah..menarik ni..nad aklau senggut sapu minyak panas..sedap juga kalau ade benda ni ye

    ReplyDelete
  10. Wahhh ada alat baru utk hilangkan senggugut ye.. bagus ni..

    ReplyDelete
  11. Baca dari mula sampai akhir. Dengan kusyuknya. Menarik la benda ni kak..
    Mcm tu kalau tengah kerja kat pejabat ke, rasa sakit time priod tu boleh la guna kan. Ni kalau dalam pantang pun boleh guna la kan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us