NIZAM 3 JARI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

Assalamualaikum


Semalam Marsha tengok satu video yang sangat menyentuh hati dan juga memberikan inspirasi kepada diri ini untuk lebih melangkah jauh. Video berdurasi 11.28 minit ini bukan sahaja sangat memberi kesan kepada Marsha malah Marsha pasti sesiapa sahaja yang menonton video ini akan terharu menangis dan dalam masa yang sama terinspirasi. Mesti korang semua tertanya-tanya video yang mana? Siapakah orangnya yang mampu membuat kita menangis dan dalam masa yang sama terinspirasi dengan semangat beliau? Ia adalah video Pengasas JamuMall.com iaitu Khairul Nizam atau lebih dikenali sebagai #Nizam3Jari iaitu abang kepada Siti Jamumall. Nak tahu kisah beliau dari bawah beliau usaha sehingga mampu bertapak dengan teguh? Jom baca kisah beliau |  KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

KEMAMPUAN LELAKI 3 JARI INI BUAT RAMAI RAKYAT MALAYSIA MENANGIS!

Khairul Nizam dikategorikan sebagai seorang OKU yang boleh dikatakan tidak berupaya nak buat apa-apa bila kita lihat fizikal beliau. Hanya 3 jari yang berfungsi dan juga otak beliau sahaja yang normal. Jadi semua pengurusan diri seperti mandi, makan dan lain-lain dibantu oleh keluarga beliau. Namun, kecacatan yang beliau alami selama 30 tahun tak menjadikan alasan untuk beliau tidak berjaya. Beliau memupuk semangat beliau sendiri untuk berjaya dan membuktikan pada orang diluar sana bahawa OKU juga boleh berjaya seperti orang yang normal. Jom kita baca luahan hati beliau 👇

Luahan Hati Nizam 3 Jari Dalam Video


Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku bersyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai..



yg paling best aku dpt sediakan rumah mewah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...





Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidur perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .




Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..

Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...



Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !! 


Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 

Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..



Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 


Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!



Lihat Video dibawah untuk menyuntik semangat kita yang normal ini untuk menjadi seperti beliau



Beliau hanya bergantung dengan 3 jari boleh berjaya. Kita yang normal mesti boleh lebih berjaya kan? Marsha dapat satu tips dari beliau iaitu bersyukur apa sahaja yang kita ada juga percaya pada YANG MAHA SATU iaitu ALLAH. Dengan lebih bersyukur, kita akan rasa cukup dan terus berusaha untuk berjaya. Ini telah dibuktikan oleh beliau sendiri hanya seorang OKU yang tidak berupaya membuat apa-apa tetapi menjadi seorang insan yang berjaya sekarang. Memang magik!!



Moga kisah Nizam 3 Jari ini menjadi satu titik tolak buat kita yang normal ini untuk mengikut jejak langkah beliau keluar dari zon selesa dan melonjak sebagai seorang yang lebih berjaya. Marsha memang terinspirasi dengan kisah beliau. Moga Marsha juga boleh maju ke hadapan seperti beliau.



Jom follow Khairul Nizam

FB :
https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/

PAGE :
https://www.facebook.com/Jamumallcom/

IG:
https://www.instagram.com/hyekhairul/


Website:
 https://jamumall.com/


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

13 Comments

  1. Kahum dengan semangat beliau tunjukkan. Nak berjaya kenalah kuat semangat dan aabaikan seribu satu alasan ,kan ka ?

    ReplyDelete
  2. Ya allah sungguh menginsafkan dan menginspirasi

    ReplyDelete
  3. Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...

    ReplyDelete
  4. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  5. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    ReplyDelete
  6. this left us a lot of points to ponder.

    ReplyDelete
  7. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  8. Kagum dengan usaha beliau tidak kenal erti putus asa

    ReplyDelete
  9. kagum bila baca kisah beliau. semangat juang yang di tunjukkan wajar dicontohi masyarakat di luar sana.

    ReplyDelete
  10. Cerita dia buat kita terinspirasi..

    ReplyDelete
  11. Wajar dicontohi setiap insan. Beliau yg kurang upaya juga mampu berjaya kenapa kita yg sempurna sifat mencipta alasan demi alasan.

    ReplyDelete
  12. Inspired!! Yes, I can do it too

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us