Pasta Organik Alce Nero | Pilihan Terbaik Marsha Untuk Baihaqi

by - 5/03/2019 05:04:00 PM

Assalamualaikum

Bulan ni Baihaqi dah menginjak umur 1 tahun 7 bulan. Marsha rasa nak beri kelainan kepada menu harian Baihaqi. Memang seawal 10 bulan Marsha dah perkenalkan pasta pada Baihaqi. Tetapi ia hanya pasta spageti sahaja. Jadi belum perkenalkan dengan jenis pasta yang lain. Baru-baru ini Marsha ingin mencuba pasta yang menarik perhatian Marsha khas untuk kanak-kanak seawal 1 tahun. Ia mempunyai 2 jenis bentuk iaitu Pasta Alphabet Organik & Pasta Bentuk Kenderaan dari Alce Nero. Kalau bab bentuk-bentuk menarik ini kanak-kanak mesti suka dengan warna pasta yang menarik. Paling best ianya organik....itu yang paling menarik perhatian ibu seperti Marsha. Jadi dalam masa yang sama Marsha boleh memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil. Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini jom baca, Pasta Organik Alce Nero | Pilihan Terbaik Marsha Untuk Baihaqi

Pasta Organik Alce Nero | Pilihan Terbaik Marsha Untuk Baihaqi


Pilihan Organik Untuk Yang Tersayang


Istilah ‘organik’ bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubahsuai secara genetik.

Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak. 

Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang. Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak. 

Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadap organofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik yang komersialkan.

Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses. Haih. 

Salah satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat. 

Tentang Alce Nero

Alce Nero ditubuhkan pada tahun 1970-an apabila dua orang petani muda dari Itali mengambil keputusan untuk merintis revolusi organik dengan menghasilkan makanan yang sihat, pada masa sama menghormati alam sekitar. Alce Nero menggabungkan method pertanian lama dengan penyelidikan termaju berkaitan kesihatan dan alam sekitar. Teknik-teknik ini telah berkembang tetapi kualitinya masih berasaskan kepada bahan-bahan mudah yang membentuk Alce Nero: kecintaan terhadap makanan, hormat kepada alam sekitar dan tidak menggunakan bahan kimia sintetik. 

Hari ini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Para pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat pengilangan. Sekali gus membolehkan kami menghormati prinsip sepanjang proses pengeluaran dan dapat mengesan asal makanan kami dengan tepat. Justeru, kami boleh memberi jaminan produk asli Itali yang 100% organik terus dari ladang ke atas pinggan anda. Alce Nero terkenal dengan persijilan organik yang diterimanya daripada Kesatuan Eropah dan Jepun. 

Di Malaysia, Alce Nero menawarkan rangkaian produk pasta organik, minyak zaitun dara, sos pasta, jem dan madu. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.alcenero.asia.

Pasta Organik Keluaran Alce Nero

Pasta dan Sos Tomato Pasta Alce Nero

Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.

Pasta Bentuk Kenderaan Organik Alce Nero


Konsep makanan dari ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan Organik JAS di Jepun, 

Pasta Alphabet Organik Alce Nero


Memasukkan Sayur-sayuran ke dalam Diet Kanak-kanak


Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakannya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya. Baihaqi memang peminat sayur. Jadi lagi happy lah Baihaqi menikmati pasta ini.



Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero! Walaupun tiada masalah untuk Baihaqi, Marsha boleh sajikan pasta ini kepada Kakak Anith yang sangat anti-sayur. Jadi ia adalah penyelesaian yang terbaik!!


Makanan Organik Mesra Kanak-kanak 


Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk.




Sos Tomato Pasta Alce Nero


Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang singkat!


Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut sambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda, selain mengukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan! 

Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM. 

Untuk resepi makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila rujuk maklumat dibawah:


Website:
https://alcenero.asia/recipes.html 


 Facebook :
https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

15 sahabat ibu

  1. Bagus kita amalkan makanan yang bebas bahan2 berbahaya utk anak dr mereka kecik kan.

    ReplyDelete
  2. These are so cute! I think my boy will love them too

    ReplyDelete
  3. sedap pasta ni..lembut jer bila makan..anak2 el pun suka..sbb anak2 tak makan sayur..pasta ni eloklah bg diorg yg x makan sayur..kena beli wat stok sbb anak2 hantu pasta

    ReplyDelete
  4. Walaupun xmakan pasta ni tapi blh la nanti try beli masak utk anak buah

    ReplyDelete
  5. menarik pasta ni. bolehlah nak cuba jugak nanti 😍

    ReplyDelete
  6. Kita first time tau pasal pasta ni kak.. Sblm ni tau prego & kimball je.. Huhu.. Cantik lak rupa dia

    ReplyDelete
  7. Bagusnya pasta ni.. Sesuai untuk anak-anak.. Tapi ni mak pak pun boleh makan ni.. Hahaha.. Bgaus ade bentuk, anak-anak suka.. Sambil makan sambil tgk bentuk apa

    ReplyDelete
  8. Nanti nak cari lah untuk anak anak .Payah sangat nak makan sayur kan. Kita bagi pasta yang berasaskan sayur ni

    ReplyDelete
  9. Wah pasta organik lagi.. nak cuba juga masak untuk keluarga Kak Sue nanti..

    ReplyDelete
  10. Sedapnye.. Nnt balik kampung suami.nak masakkanlah menu tuk kanak-kanak mesti diaorang suka tu.. Kan kan kan

    ReplyDelete
  11. Sedapnya pasta, biasa budak2 suka

    ReplyDelete
  12. Ini paling best, i always cook pasta at home coz my family like it.

    ReplyDelete
  13. TB dah try alce naro ni.. memang best sebab organik dan sos dia tu..pun organik.. sedap

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)