Pilihan Untuk Kulit Sensitif | SAFI Dermasafe

Assalamualaikum


Penjagaan kulit adalah amat penting terutamanya di bahagian wajah kita. Ini sebab bahagian yang pertama sekali di pandang ialah wajah. Jadi penjagaan kulit di bahagian wajah amatlah penting sebab ianya memberikan keyakinan kepada individu. Tak kiralah lelaki atau perempuan, penjagaan kulit wajah memang sangat penting. Tapi kalau individu yang mempunyai kulit sensitif mesti mengalami masalah untuk sesuaikan produk dengan kulit wajah mereka. Bukan senang nak cari produk yang serasi tau. Even Marsha bukan jenis kulit yang sensitif, Marsha mempunyai beberapa kenalan yang mempunyai kulit sensitif. Kesian tengok kenalan yang mengalami masalah kulit sensitif. Tak kena sikit, kulit wajah mula kemerahan, gatal dan juga keradangan. 2 minggu lepas Marsha mencuba salah satu rangkaian produk SAFI yang dirumus khas untuk kulit sensitif, SAFI Dermasafe. Jadi jom kita tengok lebih lanjut tentang rangkaian produk SAFI Dermasafe ini. | Pilihan Untuk Kulit Sensitif | SAFI Dermasafe

Pilihan Untuk Kulit Sensitif | SAFI Dermasafe

Boleh kata ramai juga kenalan Marsha yang mengalami masalah kulit sensitif ini dan Marsha sangat memahami masalah dan kekangan mereka. Kadang tu radang menjadi teruk dan terpaksa ke klinik untuk mendapatkan rawatan pakar. Masa dan wang ringgit pula memainkan peranan. Jadi kenapa sanggup membuang masa dan duit jika ada produk yang sesuai dengan kulit sensitif, Dermasafe.




| SAFI Dermasafe untuk Kulit Sensitif| Kulit yang sensitif memerlukan penjagaan yang rapi dan juga biasanya kosnya agak tinggi berbanding dengan produk penjagaan kulit yang normal. . Kini @safimalaysia telah mengeluarkan set penjagaan SAFI DERMASAFE untuk mereka yang berkulit sensitif. Ia mengandungi Licorice dan Chamomile dan sangat berkesan dan sesuai untuk membersih dan merawat. . Harganya pula berpatutan dan tidak overprice. ♥️Safi Dermasafe Gentle Care Mousse Cleanser 150ml @ RM24.24 ♥️Safi Dermasafe Mild & Gentle Gel Cleanser 100g @ RM16.68 ♥️Safi Dermasafe Hydrate & Refresh Booster Mist 75ml @ RM33.52 ♥️Safi Dermasafe Soothe & Hydrate Day Moisturiser 50g @ RM26.39 ♥️Safi Dermasafe Rehydrate & Recover Night Moisturiser 50g @ RM 41.08 Info lanjut nantikan review Marsha di www.marshaliza.com ya! #safimalaysia #safidermasafe #safi #marshalizadotcom #beautybloggers #beautytips #beautycare
A post shared by Blogger & Media Influencer (@marshalizadotcom) on

Actually Marsha dah gunakan rangkaian SAFI Dermasafe dalam 2 minggu tau. Untuk lihat perubahan yang mampu SAFI Dermasafe 'tunjukkan' pada kulit Marsha even kulit marsha bukan kulit sensitif. Seawal 3 hari Marsha dah nampak kesan perubahan selepas menggunakan SAFI Dermasafe ini. I am very proud of SAFI Malaysia sebab mengeluarkan produk yang best ini setanding dengan jenama ternama yang lain dari luar negara. Kulit pun tak rengsa. Kulit marsha ni sebenarnya if nak guna produk lain kena rest 2 minggu baru guna. Untuk SAFI Dermasafe ni Marsha tak rest kan kulit wajah pun. Terus je guna. Suprisingly tak ada radang atau rengsa...alhamdulillah.

Rutin penggunaan juga sangat mudah. Tak perlu nak ada cotton pad nak kena pakai bila applykan toner. Hanya 3 step sehari - Pembersih Muka, Semburan Booster & Pelembap( siang) atau Night Cream (malam) lepas tu done!! Simple je kan? Settle...hihi. Eh jom lah Marsha story tentang rutin penjagaan SAFI Dermasafe ni...jom!!

Rutin Penjagaan SAFI Dermasafe


Mencuci


SAFI Dermasafe mempunyai 2 jenis cleanser atau pencuci muka: 

  1. Gentle Care Mousse Cleanser
  2. Mild & Gentle Gel Cleanser
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care untuk kulit sensitif
RM 24.24(150 ml)



Mousse cleanser sangat lembut dan diformula untuk tidak merengsakan. Hanya pump dan terus apply je kat muka. Lembut dan ringan je mousse lepas di pump. Feeling lembut pula kulit wajah...hihi. Diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile dan membersih secara mendalam dan kurangkan kemerahan dan kerengsaan kulit untuk keselesaan pada wajah. Memang selesa lepas apply mousse cleanser ni. Formula yang tidak kering dan anti pencemar pula membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle untuk kulit sensitif
RM 16.68 (100 g)

Yang gel cleanser pula Marsha amalkan menggunakan pada waktu malam sebelum tidur. Hanya picit secukupnya pada tapak tangan, gosok dan dengan air sedikit dan urut kulit wajah dengan perlahan kemudian bilas. Ia juga diperkaya dengan ekstrak Likuoris dan Chamomile dan membersih secara mendalam dan kurangkan kemerahan dan kerengsaan kulit untuk keselesaan pada wajah. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.

Marsha lebih suka yang mousse sebab lebih senang. Just pump, urut kulit wajah dan bilas. Yang nyata keduanya best. Bezanya yang mousse lebih praktikal & jimat masa....hihi.

Booster Mist / Toner

SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh
RM 33.52 (100 ml) untuk kulit sensitif


Hydrate & Refresh Booster Mist pula adalah pengganti toner. Biasa kalau kita nak pakai toner kita kena sediakan cotton pad kan? Tapi ni tak perlu susah-susah. Hanya sembur je ke kulit wajah. Siap!! Senang je kan?? Bukan sahaja pengganti toner tapi juga dijadikan sebagai 'finishing spray' selepas apply makeup! Kalau rasa mengantuk je Marsha juga spray booster mist ni je terus rasa segarrrr mata...hahaha. Memang banyak kebaikan dalam produk ni sambil mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama!


Day Moisturizer


SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate
RM 26.39 (50 g) untuk kulit sensitif

Day moisturiser ini tak berminyak, struktur yang ringan dan cepat meresap dalam kulit serta menyediakan penghidratan 24 jam sambil mengekalkan kulit tenang & tenang pada siang hari. Marsha suka sangat sebab ia tak berminyak dan selesa. Lagi satu lepas pakai day moisturiser ni pakai bedak pun tak bercapuk. Dia blend je dengan wajah. Syok sangat!! Formula anti-pencemarannya juga diperkaya dngan ekstrak Likuoris & Chamomile membentuk halangan pelindung kepada bahan pencemar sambil mengurangkan kemerahan kulit dan kerengsaan kepada ketidakselesaan kulit. Ia juga diperkaya dengan Hyaluronic Acid untuk mengunci kelembapan dan mengekalkan kulit lembut sepanjang hari. Memang seharian rasa energetic je kulit...bermaya je.


Night Cream

SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover
RM 41.08 (50 g) untuk kulit sensitif

Lepas seharian bekerja dan wajah pun penat lepas cuci muka dan semburan mist kita apply night cream pula kat kulit wajah. Night cream ni merawat balik kulit wajah kita yang penat seharian di luar semasa kita tidur. Almaklumlah terdedah dengan pelbagai pemcemaran kan. Ia berasaskan air dengan tekstur lembut sutera yang tidak berminyak dan cepat diserap. Formula pelembab yang diperkaya dengan bahan-bahan penyembuhan kulit semula jadi, ekstrak Likuoris & Chamomile dalam kelembapan dan mencegah kehilangan air sambil mengurangkan kemerahan kulit, kerengsaan untuk membantu ketidakselesaan kulit. Juga diperkaya dengan Niacinamide yang menguatkan fungsi penghalang kulit untuk membentuk lapisan perlindungan tinggi terhadap pencerobohan luaran. Bila bangun esoknya rasa lembut je kulit. Must try!!

Nak Dapatkan SAFI Dermasafe


Jadi kalau korang nak dapatkan SAFI Dermasafe ni boleh dapatkan  di semua drugstore di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama seperti watson, guardian dan banyak lagi. Watsons & Guardian tu memang tempat shopping untuk wanita kan??..hihi. Cubalah try SAFI Dermasafe ni pastu jatuh chentaa...awwww. Kalau dah cuba tu boleh lah kongsikan pengalaman di ruang komen. Marsha pun nak baca juga pengalaman korang tau.


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

19 Comments

  1. I have sensitive skin as well. Maybe I should try SAFI too

    ReplyDelete
  2. el pun ada pakai safi dermasafe ni..mmg best

    ReplyDelete
  3. Wah cantik nya safi dermasafe ni. Senang pakai satu set terus kan. Halal dan selamat lagi.

    ReplyDelete
  4. Murah je harga produk2 safi ni ya. Brand dia pun mmg dari dulu sampai skg terkenal dan berkualiti

    ReplyDelete
  5. untuk kulit sensitif, memang perlu pilih produk betul-betul. salah pakai, susah hati.. huhu

    ReplyDelete
  6. Safi dermasafe ni more tu yg kulit sensitif je ke kak.. Sbb kita penah try yg pelembap dia tp xserasi.. Tp yg toner tu kita suka giler..

    ReplyDelete
  7. nanti abe kie belikan utk anak2. tq.

    ReplyDelete
  8. Safi prpduk yang diyakini.. Lama dh kan dermasafe ni.. Bagus untik kulit sensitif ka kan..

    ReplyDelete
  9. Kulit sensitif elok pakai dermasafe ni kak

    ReplyDelete
  10. Kak Sue pun tengah cuba guna Safi Dermasafe nie.. memang best..

    ReplyDelete
  11. Bonde dah guna safi Dermasafe nih memang best sangat pakai kat muka.. Serasi gitu!

    ReplyDelete
  12. Sekarang kulit zira ni macam sensitive skit, naik jerawat la kadang menggelupas

    ReplyDelete
  13. sesuai utk mama rasanya ni.. kulit mama ni ntah hapa2 haha

    ReplyDelete
  14. I read many good reviews about thia range also, will check it out soon.

    ReplyDelete
  15. Wah.. safi ni keluar produk baru lagi.. untuk kulit sensitif pulak tu..best ni

    ReplyDelete
  16. Nak trylah..muka kulit sy pun agak sensitif..nak dekat raya pula tu..Aduh..stress jadinya..follow kamu

    ReplyDelete
  17. Untuk kulit burn atau kering dan sensetif blh ke sis. Sya baru cuba shri dua tnpa kesan lg la

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us