Trip Travel Bersama Team BPT | Homestay Armizah Ipoh Classy Tapi Murah

by - 5/18/2019 07:48:00 AM

Assalamualaikum


Alhamdulillah usai seharian berada di LWOT, kami ke tempat penginapan pertama kami di Taman Pengkalan Prima. Penat tu memang penat sebab seharian tapi best sangat. Memori kat LWOT bersama team BPT sangat best dengan semua orang yang satu kepala dan sporting. Rasa tak nak keluar je dari LWOT tu...hihi. Eh dah la citer pasal LWOT, entri kali ni Marsha nak share tempat penginapan kami yang pertama untuk trip kami kali ni. Walaupun Marsha memang duduk di Ipoh nak jugak bermalam di luar kan. Jadi kami semua bermalam di Homestay Armizah di Taman Pengkalan Prima. Pengalaman yang best menginap kat sana. Kenapa ye? Kalau nak tahu, jom la | Trip Travel Bersama Team BPT | Homestay Armizah Ipoh Classy Tapi Murah

Trip Travel Bersama Team BPT | Homestay Armizah Ipoh Classy Tapi Murah

Perjalanan dari LWOT ke tempat penginapan kami, Homestay Armizah ni tidak lah jauh sangat dalam 20-30 minit perjalanan. Depends pada trafik juga lah. Tempatnya sangat strategik walaupun nak masuk ke dalam sedikit. Alhamdulillah kami selamat sampai dengan bantuan waze juga dari Allah jua yang permudahkan perjalanan kami. Sebenarnya 3 famili yang menginap disini. Jadi best la kan ramai-ramai boleh borak-borak dan share pengalaman dan juga ilmu.



Homestay ini merupakan rumah semi D setingkat yang mempunyai 4 bilik yang sangat selesa. Mempunyai kelengkapan yang lengkap untuk kami semua bermalam disana. Paling menarik kelengkapan dapur juga sangat lengkap hingga tersedia beras dan juga perencah nasi goreng untuk memudahkan kami memasak di homestay. Tak perlu nak pikir nak makan dimana lagi. Ais juga telah tersedia dalam peti ais. Sangat seronok dan mengujakan dengan tarikan yang dibuat oleh ownernya.



Tak lupa juga kemudahan untuk anak-anak. Tersedia khemah permainan untuk anak-anak bermain. Walaupun penat seharian di LWOT mereka tetap bermain sebab itu adalah naluri kanak-kanak kan...hihi. Seronok melihat anak-anak seronok.



Kemudahan Lain Yang Ada di Homestay Armizah Ipoh


Banyak lagi kemudahan yang telah disediakan oleh owner Homestay Armizah Ipoh ni. Antaranya ialah:

Kemudahan Mencuci 

Bila dah mandi manda di LWOT mestilah ada baju yang perlu dicuci. Plan nya ingat malam tu nak cari 24 jam punya dobi untuk dobi terus baju-baju kotor. Tetapi tak jadi sebab Homestay Armizah ni telah disediakan kemudahan mesin basuh beserta sabun sekali. Jadi kami pun decide untuk basuh baju di homestay sahaja.


Bukan itu sahaja, kelengkapan mencuci lain juga disediakan seperti penyapu, mop dan lain-lain untuk kemudahan kitorang. Tak lupa juga ampaian juga tersedia jadi lepas basuh boleh la jemur sesiap baju...hihi

Bilik Berhawa Dingin

Ok tadi Marsha bagitau Homestay Armizah ini mempunyai 4 bilik kan? Bilik utama & kedua dilengkapi dengan penghawa dingin dengan katil queen. Bilik ke 3 dilengkapi 2 katil single dan kipas serta bilik ke 4 adalah bilik store. Jadi 3 famili bersama anak-anak boleh muat untuk satu homestay ini dalam satu masa.







Dengan bayaran yang murah kita dapat suasana homestay yang lengkap dengan kelengkapan dan juga nampak classy. Jadi memang sangat selesa.



Lokasinya yang sangat strategik di bandar Ipoh juga membuatkan mudah untuk menginap disini. Jadi buat korang yang ke Ipoh boleh la menginap di Homestay Armizah ini. Nak kesana mudah sahaja hanya guna bantuan waze. Boleh taip guna alamat dibawah:


Alamat:
No 66, Jalan Pengkalan Prima 2, Taman Pengkalan Prima,
31650 Ipoh Perak. 

No telefon:
Puan Amy - 018.365 6551
En Arif - 013.374 6551

Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

8 sahabat ibu

  1. This homestay looks so homey. I miss Ipoh food!

    ReplyDelete
  2. kalau pergi berjalan, cari homestay ok gak lagi kalau beramai..homestay pun sekrg cantik, ada banyak kelengkapan..

    ReplyDelete
  3. Wah cantiknya homestay ni. Selesa dan besa . Bilehlah sewa homestay kalau berxuti ke sini

    ReplyDelete
  4. Ok juga homestay ni, semua lengkap. Siap ada dua bilik lagi, best for those going with family.

    ReplyDelete
  5. amboii seronoknye p jenjalan.. ok gak homestay ni yek.. bersih..

    ReplyDelete
  6. Pengkalan prima ekk.. Belah mana ye.. Ermm..kita ni pun nama je org ipoh. Tak habis teroka kat ipoh tu. Hehe..
    Seronoknya sesekali bermalam di homestay. Ada geng sekali pulak tu.

    ReplyDelete
  7. selesa nampak, complete semua kelengkapan...boleh la cuba stay sini kalau ade kat area Ipoh nnt...selalu booked hotel je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)