Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri Perak 2019

by - 5/11/2019 06:45:00 AM

Assalamualaikum


Salam 6 Ramadhan. Rasanya tak terlambat lagi Marsha nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Kareem dan juga Selamat Berpuasa buat rakan-rakan pembaca di www.marshaliza.com ni. Pejam celik dah hampir seminggu dah berpuasa. Tahun ni bulan puasa ni kena pula dengan berpantang. Jadi Marsha kena plan untuk ganti sebulan tahun ni. Mesti cakap alahai sayangnya tahun ni tak dapat puasa. Tapi ALLAH Maha Mengetahui kan. Kena time pantang jadi kita get ready lepas raya untuk mula ganti puasa...hihi. Cakap bab puasa, entri kali ni Marsha nak share waktu berbuka puasa negeri Perak. Jadi kawan-kawan yang berada di Perak boleh rujuk nanti ye | Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri Perak 2019

Waktu Berbuka Puasa Bagi Negeri Perak 2019

Waktu berbuka bagi setiap negeri berbeza. Ada yang cepat & ada yang sedikit lambat bergantung pada tempat. Biasanya negeri Sabah & Sarawak waktu berbukanya paling awal. Tetapi imsaknya juga awal. 

Marsha menetap di Negeri Perak ni bermula tahun 2008 hingga sekarang cuma berlainan tempat sahaja. Jadi merasa juga waktu imsak dan waktu berbuka puasa yang berlainan walaupun di negeri yang sama. Ini sebab Perak mempunyai beberapa zon. Perak mempunyai 7 zon yang berbeza yang mempunyai waktu imsak dan waktu berbuka puasa yang berbeza. Tetapi perbezaan tidak lah terlalu jauh lebih kurang 3-5 minit sahaja.

Jadi yang belum ada takwim boleh lah guna jadual berbuka puasa bagi negeri Perak 2019 dalam telefon pintar korang sebab senang nak rujuk. Marsha pun dah download simpan. Senang nak rujuk. Kadang tu berada di luar jadi tak berkesempatan nak rujuk jadual yang ada dirumah. Jadi sangat penting simpan dalam telefon. Jadi kat sini Marsha juga kongsikan buat korang. Sharing is caring kan...hihi

Waktu Berbuka Puasa Perak 2019

Jadi Selamat Berbuka Puasa petang nanti. Selamat Berpuasa untuk hari ke 6 ini. Moga segala ibadah yang kita buat akan diterima oleh-NYA. Aamin. Jangan lupa simpan jadual berbuka puasa perak 2019 dalam telefon korang ya. 


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

6 sahabat ibu

  1. info bagus senang org nak refer

    ReplyDelete
  2. Kita dah ada takwim cuma tak tampal je ..

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan kak Marsha, baby kecik sihat tak?

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan n Selamat berpantang Marsha... duk perak ghopenya... noe beraya kat Perak tahun ni :)

    ReplyDelete
  5. Lebih kurang waktu berbuka kita marsha 😍

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)