Bergaya Dengan Adrini's Nursing Inner Sleeveless Tanpa Ragu Untuk Menyusu

Assalamualaikum


Bergaya Dengan Adrini's Nursing Inner Sleeveless Tanpa Ragu Untuk Menyusu| Alhamdulillah rezeki kali ini Allah berikan untuk menyusu Tufael pula. Jadi lepas Baihaqi, Marsha sambung menyusukan Tufael pula. Mesti korang tertanya-tanya kan macamana Marsha menyusu jika berada diluar rumah? Ha...mestilah Marsha siap-siap pakai baju yang mesra menyusu atau nursing blouse / T-shirt. Jadi baju-baju yang tak mesra menyusu Marsha akan simpan elok-elok sehinggalah Tufael cerai susu nanti. Tetapi yang menjadi masalah ialah kebanyakan baju kurung Marsha tidak mesra menyusu dan menjadi masalah bila nak menyusu. Memang boleh guna nursing cover tetapi masih rasa agak kurang selesa. 

Sehinggalah Marsha menjumpai salah satu produk iaitu Nursing Inner Sleeveless di laman web online https://adrinis.com . Sebelum tu, Marsha nak share dengan korang tentang jenama Adrini's ini.

Tentang Adrini's

Jenama Adrini ini telah dicipta oleh seorang ibu yang hebat kepada 4 kanak-kanak yang comel dikenali sebagai Sharini yang mempunyai pengalaman sediri dalam penyusuan susu ibu, kehamilan dan juga asuhan keibubapaan. Beliau suka memasak, travel untuk mencari makanan semata-mata. Dengan minat beliau dengan penyusuan susu ibu, beliau telah mencipta jenama Adrini untuk menyokong ibu-ibu menyusu dalam perjalanan mereka sebagai seorang ibu.

Bagi beliau, untuk membuat reka bentuk yang hebat hanya 2 perkara diperlukan iaitu bahan yang berkualiti dan keterujaan. Merka mempunyai keduanya. Menyediakan dan mengendalikan keperluan ibu-ibu dengan semangat, Adrini tampil dengan menyelesaikan masalah dengan kesederhanaan, keselesaan dan gaya semasa hamil, penyusuan dan fesyen masa kini.

Apa yang membezakan Adrini daripada orang lain adalah  fesyen dan gaya serta komitmen dalam menyokong semua ibu melalui perjalanan kehamilan, penyusuan dan keibuan. Setiap wanita, terutamanya ibu mesti nak bergaya dan kelihatan menarik. Mereka percaya, melaluinya ia harus mencerminkan gaya moden, bergaya dan sederhana tetapi tidak perlu mengorbankan kepercayaan kita sebagai seorang Muslim.

Mereka juga memperkenalkan semua ibu kepada konsep nursing wear: kepentingan penggunaan semasa dipakai di khalayak ramai.

" Kami menjual bukan hanya produk berkualiti tinggi, tetapi memberi pelanggan kami pengalaman membeli-belah dalam talian yang positif " menurut Sharini.


Nursing Inner Sleeveless Adrini's


Setelah membuat survey tentang Nursing Inner Sleeveless ini, Marsha terus masuk cart dan buat bayaran. Alhamdulillah seminggu lepas raya parcel Marsha selamat mendarat di teratak buruk Marsha ni...hihi. Sebab tak sabar nak mencuba Adrini's Nursing Inner Sleeveless ini, Marsha terus buat unboxing parcel dari Adrini's ini.



Pilihan warna dan saiz ialah jingga saiz S/M. Actually ada 2 saiz tau. S/M dan L/XL. Jadi untuk Marsha, Marsha lebih prefer saiz S/M. Alhamdulillah orang kedah kata masih celuih....hihi. Mengapa Marsha pilih warna jingga? Haa....sebab Marsha suka warna yang 'rare'...hihi.

Nursing Inner Sleeveless ini design ia sama seperti baju menyusu yang lain cuma bezanya ianya 'sleeveless'. Marsha pun baru 1st time tahu ada nursing wear yang sleeveless. Sebab tu teruja sangat nak cuba.

Menarik Tentang Adrinis Nursing Inner Sleeveless

Kalau korang nak tahu, Nursing Inner Sleeveless ini sangat menarik tau! Apa yang menjadikan ia menarik?

Rekaan yang Simple

Marsha memang seorang yang sangat simple. Jadi design Nursing Inner Sleeveless ini sangat memenuhi citarasa Marsha sebagai ibu yang simple bila bergaya. Biasalah dengan anak kecik ni memang tak sempat nak bergaya lebih...hihihi

Selain sleeveless, Nursing Inner Sleeveless ini mempunyai bukaan yang sesuai untuk proses menyusu. Jadi memang senang nak menyusukan Tufael. Ianya juga labuh tidak seperti inner yang lain. Jadi proses selak masa menyusu memang akan menutupi bahagian perut. Tak ada insiden terselak dan nampak perut. 


Sesuai Digayakan dengan Baju Biasa dan juga Baju Nursing Friendly (Multifunction)

Jangan korang tak tahu, Adrinis Nursing Inner Sleeveless ini juga sesuai digayakan dengan baju biasa yang bukan nursing friendly dan juga baju yang nursing friendly. 

Kebanyakan ibu-ibu hanya memilih baju biasa yang berbutang untuk senang menyusukan bayi. Mungkin nak beli baju nursing friendly tu kena bajet lebih sikit. Untuk merealisasikan proses penyusuan dengan baik, baju biasa berbutang menjadi pilihan. Jadi, Nursing Inner Sleeveless ini sangat sesuai dipadankan dengan baju biasa sebab kita boleh cover sepenuhnya semasa menyusu.

Ada juga ibu-ibu simpan semua baju-baju biasa dalam kotak dan shopping baju nursing friendly. Sebab susah nak menyusu dengan baju biasa. Bila ada Nursing Inner Sleeveless ni kotak baju boleh open balik lah...hihi

Nursing Inner Sleeveless juga boleh dipadankan bersama baju kurung, kebaya dan seangkatan dengannya. Bila anak nak menyusu je boleh selak baju dan menyusu terus tanpa susah payah sebab dah ada Nursing Inner di bahagian dalam.

Tak perlu lah korang nak simpan baju-baju biasa dalam kotak. Nursing Inner Adrinis membantu proses penyusuan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk beli pakaian yang nursing friendly.

Haa...jangan korang ingat baju nursing friendly dah 'selamat'...hihi. Kadang-kadang tu bukaan yang disediakan untuk menyusu tidak coverkan semua yang perlu. Jadi Nursing inner sleeveless ini akan menjadi penyelamat. 

Material Kain yang Selesa,  Sejuk dan Tak Jarang

Ini Marsha suka. Disaat memegang Nursing Inner Sleeveless ini material yang digunakan sangat best. Lembut, tidak jarang dan juga sejuk. Jadi jika nak dipadankan dengan baju-baju lain memang sesuai sebab ianya tidak panas walau dipakai 2 lapis. Jadi ibu-ibu boleh menyusu dengan gembira dan positif.


Kainnya juga tak jarang. Jadi jangan risau kalau waktu menyusu sebab ia tak akan nampak dibahagian dalam.

Sesuai Digayakan dengan Cardigan, Jaket atau Outer

Selain gayakan Nursing Inner Sleeveless ini dengan baju biasa atau baju nursing friendly, korang juga boleh gayakan dengan outer seperti cardigan, jaket atau outer yang lain. Jadi dalam masa yang sama korang boleh bergaya dengan menarik. Bergaya dan dalam masa yang sama senang nak menyusu.



Marsha suka gayakan bersama cardigan atau jaket. Kali ini Marsha bergaya dengan cardigan dan hijab tona senada. Jadi kita boleh bergaya dengan Nursing Inner Sleeveless ini. Hmm....Tufael jeles la tu tengok ibu OOTD...hihi


Boleh Dijadikan Baju Tidur

Nursing Inner Sleeveless ni juga boleh dijadikan baju tidur. Sesuai dengan cuaca yang panas sekarang ni. Memang pemakaian dirumah sangat minimalist...hahaha. Jadi Nursing Inner Sleeveless ini sangat sesuai.  Kalau ada tetamu datang pun hanya cover pakai dengan outer sahaja. 

Boleh Pakai Terus Lepas Bersalin

Lepas bersalin, kita akan dibekalkan baju uniform hospital. Jadi bila nak menyusu kalau doktor lelaki masuk memang agak segan. Jadi korang boleh pakai Nursing Inner Sleeveless ini dibahagian dalam. Jadi bila doktor, khususnya doktor lelaki buat pemeriksaan dan time tu juga baby nak menyusu korang tak perlu risau dah.

Kalau korang berminat boleh ke website Adrini's ataupun terus shopping DISINI . Bukan sahaja Nursing Inner tau korang jumpa kat sini. Macam-macam produk yang ada untuk ibu-ibu hamil dan menyusu. Jadi boleh survey sambil-sambil...hihi


Maklumat Lanjut



Instagram: @adrinisofficial


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

22 Comments

  1. Wah.. produk yang bagus.. Memudahkan ibu-ibu yang ingin menyusukan anak..

    ReplyDelete
  2. Praktikal kan kak baju dia..suka jenis macam ni

    ReplyDelete
  3. bags sgt utk nursing ni kan... nak terjah la...

    ReplyDelete
  4. this is cool. thnk you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Banyak juga kelebihannya tu. Harap jenama ini boleh perkembangan lagi design nya. Mesti lagi menarik

    ReplyDelete
  6. Nampak selesa kain dia. Waena pun cantik. Skrg byk pilihan kan utk baju nursinh.

    ReplyDelete
  7. Marsha u look so good in these nursing inners!

    ReplyDelete
  8. Wahh inner sleeveless untuk nursing pun ada ye. Selalu tengok baju-baju muslimah je ada. Memang berguna sangat kan ni untuk para ibu hehe. Esok-esook bila dah tiba masa mesti Nad cari juga barangan camni.

    ReplyDelete
  9. Menarik juga nursing ardini ni.. Senang nk susukan anak bila tgh berjalan or travel..

    ReplyDelete
  10. Selesa kalau menyusu pakai inner mcm ni..nak mix n match pun sng..el dulu pun byk inner tuk menyusu..sarung n pakai jaket or cardigan bila kuar

    ReplyDelete
  11. Baju nursing yang selesa dan mudha kita pakai memang bagus kalau beli kan. Walaupun anak tak kenyusu boleh juga beli sebab nampak cantik innernya

    ReplyDelete
  12. Wah senang kan ada baju untuk menyusu macam nie..

    ReplyDelete
  13. nad pun ada baju jenis nursing ni..memng mudah pakainya..selak je..kita ibu menyusu mmg patut la pakai baju yang memudahkan kita menyusu

    ReplyDelete
  14. comel jaaa, lepas ni senang laaa kan

    ReplyDelete
  15. wah wahhhhh.. bestnye.. mudahkan ada baju cmni.. nk menyusu senang

    ReplyDelete
  16. I like the design and color also, its so convenient for nursing mom to go out with their baby.

    ReplyDelete
  17. betul..kat rumah pun kita pakai baju ni.Senang sikit kan nak menyusukan anak

    ReplyDelete
  18. dibuat oleh ibu utk ibu.. mmg selesa la tu nampaknya

    ReplyDelete
  19. cantik baju ni mar.. selesa tu penting... awa pun ibu nyusu badan penuh gak.. puashati

    ReplyDelete
  20. memang cocok lah.. asalkan nyaman dipakai. keren

    ReplyDelete
  21. ada baby lagi ni mmg akan beli. sbb selesa dan mudah nak menyusu baby

    ReplyDelete
  22. Senang je guna dress ni, mudah je nak bagi our baby makan, semoga baby tu selalunya sehat wallafiat.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us