Booking Hotel Mesra Keluarga Yang Hampir Dengan Tempat Menarik di Johor Bahru di Bagasi.my

by - 6/15/2019 04:48:00 AM

Assalamualaikum


Booking Hotel Mesra Family Yang Hampir Dengan Tempat Menarik di Johor Bahru di Bagasi.my | Habis dah cuti raya. Pantang pun alhamdulillah dah lepas. Bulan puasa sebulan tak sempat kemana-mana sebab agak sibuk dan masa tu Marsha pun tengah dalam pantang. Jadi nak bercuti beria sangat tu tak boleh. Kena bebetul habiskan pantang dengan baik supaya badan kembali sihat. Rasanya lepas ni nak plan bawa anak-anak bercuti pula. Nak free kan minda sebelum kembali bekerja pada awal Julai nanti. Sebulan lagi ha...tak lama dah pun.

Dah lama tak bercuti kat Johor Bahru...dulu selalu jugak turun Johor Bahru bawa anak-anak sambil  follow encik suami kerja. Walaupun follow En Suami bekerja tetapi jika booking hotel mesra family yang hampir dengan tempat menarik di Johor Bahru keseronokannya tetap terasa. Betul tak?

Memang dua tiga tahun lepas memang pernah ke Johor Bahru tetapi pada masa tu Marsha tak berapa tahu sangat tentang hotel yang mesra family yang hampir dengan tempat menarik di Johor Bahru ni. Memang selalunya akan booking jauh dengan tempat menarik. Jadi bila Encik Suami kerja, kami pula terperap je dalam bilik hotel. Bila Encik Suami habis kerja barulah boleh ke tempat-tempat tarikan dan yang tak bestnya masa dah suntuk. Ini sebab pemilihan lokasi hotel yang tidak strategik dan juga tidak mesra family.


Tapi kali ni keterujaan tu lain sebab dah tau hotel mesra family yang hampir tempat dengan tempat menarik. Jadi Marsha dan anak-anak boleh je ke tempat-tempat menarik tanpa tunggu Encik Suami habis kerja. Jadi kami boleh isi masa terluang kami. Takde lah kami melepak je kat bilik hotel kan. Masa yang terluang tidak dibazirkan...hihi

Bagasi.my Pilihan Marsha Booking Hotel Mesra Keluarga Terbaik

Marsha dulu kalau kemana-mana sekalipun hotel memang main terjah je. Kadang ada juga booking online atau melalui call. Kadang tu main terjah walk-in sahaja. Jadi tak buat research dulu hotel tu ok ke tak? Apa tempat menarik yang ada berhampiran dan juga mesra family atau tak. Semua main terjah je. Jadi keseronokan tu kurang bila dapat hotel yang tak ngam dengan kita. Jauh pula dari tempat menarik.

Tapi sekarang ni kalau nak bercuti, masuk je ke web Bagasi.my untuk dapatkan maklumat-maklumat hotel yang diperlukan. Tak perlu nak susah payah survey sana sini awal-awal dan buat research berbulan-bulan. Jimat masa dengan Bagasi.my. Maklumat dapat dengan tepat. Nak booking terus dekat web Bagasi.my pun boleh tau! 

Hotel Mesra Keluarga di Johor Bahru


Dalam web Bagasi.my semua dah ada maklumat tempat yang kita nak bercuti. Cakap je nak bercuti kat mana? Semua dah siap sedia dalam web Bagasi.my. Korang search je. Semua mereka dah survey untuk kita. 

Hotel Mesra Keluarga Terbaik di Johor Bahru Yang Dekat Dengan Tempat Menarik di Bagasi.my

Jadi, kali ni Marsha nak share dengan korang hotel mesra keluarga terbaik yang ada di Johor Bahru yang boleh korang pilih untuk percutian bersama keluarga kesayangan korang. Setelah buat pembacaan di web Bagasi.my memang terdapat banyak hotel yang best-best di Johor Bahru ni.  Lagi menarik, di Bagasi.my mereka bukan sahaja share info tentang hotel semata-mata malah mereka turut kongsikan senarai hotel mesra keluarga di Johor Bahru yang menawarkan lokasi yang strategik dan terletak berhampiran dengan tempat-tempat menarik di sekitar Johor Bahru. Bukan tempat menarik je. Tempat yang mudah kita cari makan juga.



Bukan itu sahaja, hotel-hotel yang dikongsikan juga ada menawarkan pelbagai kemudahan yang dapat memberikan keselesaan kepada kita sepanjang penginapan dan memuaskan hati dengan harga yang berbaloi-baloi. Paling penting ianya mesra keluarga. Almaklumlah mak anak 3 yang anak kecik-kecik ini memang sangat perlukan hotel yang mesra keluarga.

Kalau korang nak tahu, review di Bagasi.my adalah yang terpilih dan terbaik sahaja tau!  Jadi, tiada keraguan tentang maklumat hotel dan juga harganya.  Kalau korang nak download maklumat secara offline pun boleh di Bagasi.my ni untuk rujukan korang.  Ok, kalau ada yang plan nak bercuti ke Johor Bahru, korang boleh KLIK SINI untuk maklumat seterusnya.

Mudah Booking Hotel di Bagasi.my

Mudah je nak booking hotel pilihan korang di Bagasi.my ini. Hanya klik kotak kuning 'Selanjutnya di Booking.com' seperti gambar dibawah ini.


Kemudian korang terus akan dibawa direct ke page booking.com untuk proses seterusnya. Untuk pengetahuan korang, di Bagasi.my korang akan buat tempahan hotel sama ada melalui laman web Booking.com, Agoda.com ataupun Tripadvisor.com.my. Jadi kalau kotak kuning dibawah tu mention laman web tertentu maksudnya itulah harga yang terbaik dan berbaloi yang dapat dan tak perlu susahkan diri bandingkan harga dengan laman web tempahan hotel yang lain.

Dekat Bagasi.my ni juga dah mention samada hotel itu mesra keluarga atau tidak. Siap sediakan gambar bilik dan juga kemudahan bilik tersebut. Jadi tak perlu ragu-ragu tentang hotel tersebut dengan Bagasi.my.

23 Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Yang Dekat Dengan Tempat Menarik.



Johor Bahru adalah destinasi percutian pilihan keluarga sebab kat sini banyak aktiviti dan tempat menarik yang kita boleh spend bersama keluarga tersayang. Kalau kesana, anak-anak boleh bergembira hilangkan penat belajar buat sementara dengan percutian yang terbaik. 

Bab penginapan pula korang tak perlu risau sebab Marsha nak share 23 hotel terbaik yang boleh korang pilih untuk menginap. Yang pastinya mesra keluarga dan dekat dengan tempat menarik.  Boleh tahan pilih sebab banyak tu. Antaranya ialah:

1. Legoland Hotel
2. Somerset Puteri Harbour Iskandar Puteri
3. Ramada Meridin Johor Bahru
4. D Elegance Hotel
5. Stella Hotel
6. Hotel Granada Johor Bahru
7. OYO 519 Domus Hotel
8. Hotel By The Park PLT
9. Grand Medini Suites
10. Hotel Jen Puteri Harbour
11. Impiana Hotel Senai
12. Hotel Castello
13. Hotel Corsica
14. Zenz Hotel
15. Tune Hotel Danga Bay
16. The Puteri Pacific Johor Bahru
17. Hallmark Regency Hotel
18. Hotel Citrus
19. Doubletree by Hilton Johor Bahru
20. Swiss-Inn Johor Bahru
21. Hotel Silka
22. Hotel Grand Paragon
23. Potpourri Boutique Hotel

Banyak kan pilihan hotel mesra keluarga di Johor Bahru ni. Memang tak perlu pening-pening nak pilih. Plih ikut bajet korang dan korang pastinya akan mengalami percutian yang terbaik. Bila hotel puas hati, mood kita nak bercuti pun baik je. Betul tak? Jadi bila nak buat booking hotel ke Johor Bahru tu jangan lupa buka web Bagasi.my ni. Hmm...teringin nak menginap di Hotel Legoland. Jadi kat Bagasi.my lah harga terbaik!



Jadi plan Marsha nak ke Johor Bahru nanti dah takde masalah sebab boleh survey hotel pilihan dekat Bagasi.my tanpa buka laman web lain buat perbandingan. Mudah dan jimat masa. Dengan anak kecik ni memang perlukan semua ni. Apa lagi? Jom lah bercuti ke Johor Bahru!!



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

4 sahabat ibu

  1. Banyaknya hotel menarik dekat Johor. Hmm camni lagi best buat pilihan

    ReplyDelete
  2. wah best ni nak try usha la bagasi.my

    ReplyDelete
  3. bnyk pilihan hotel.. senang mcm ni

    ReplyDelete
  4. liez suka sgt dgn website bagasi.my ni.. sbb mudahnak baca description tentang hotel atau homestay.. mmg mudah sangat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)