Photoshoot Raya Murah di CVS Production Cheras

by - 6/12/2019 08:00:00 AM

Assalamualaikum



Photoshoot Raya Murah di CVS Production Cheras | Masa Kakak Anith kecik-kecik dulu rajin juga photoshoot raya di kedai gambar. Biasanya Marsha akan buat di Kelantan dekat satu kedai gambar favorite Marsha. Lepas beberapa tahun, kedai gambar tu pun dah tutup jadi gambar raya hanya amik sendiri dengan handphone atau kamera. Tapi bila ambil sendiri ni faham-fahamlah banyak 'dugaan' nya...hahaha. Tahun ni sempena beraya dengan ahli keluarga baru iaitu Tufael, Marsha plan nak buat photoshoot raya 2019. Mulalah misi Marsha mencari tempat photoshoot yang menjadi pilihan. 

Akhirnya lepas scroll FB, Marsha terpempan dengan offer murah dari CVS Production serendah RM49 iaitu white studio siap pakej menderma lagi. Tanpa berlengah Marsha whatsapps dan terus set tarikh dan masa sebab kebetulan pula Marsha memang nak ke KL untuk reunion intake ROTU 25. Alhamdulillah proses booking sangat cepat dan Marsha syukur sangat date Marsha booking tu slotnya masih ada.

Actually CVS Production ada 2 tempat. Satu di Petaling Jaya dan satu lagi di Balakong. Marsha memilih untuk Photoshoot di white studio di Balakong sebab dekat dengan rumah adik kat HUKM Cheras. Marsha pergi kat studio di Balakong tu follow waze je. Senang sangat nak jumpa. Studio dia ni kat bahagian atas. Atas pada Klinik Dr Voon & One Print Ads. Dekat tangga nak naik tu ada nama CVS Production dekat tepi dinding.



Studio dia besar. Sebelum masuk tu ingat kecik je. Ada 3 bahagian berbeza tempat shoot gambar siap dengan props seperti kerusi meja yang menarik. Marsha pergi sana tak pakai baju raya sesiap sebab susah nak bersiap dengan anak-anak kecik nanti lambat plak ke studio. Jadi Marsha sekeluarga salin baju kat CVS Production. Kat sini memang ada bilik persalinan. Memang mudah sangat. Nak touch up mekap ke semua boleh dalam bilik persalinan tu sebab ada cermin. Kat sana pun siap disediakan stim iron tau nak iron baju yang kedut. Senang je kan.

Bersama Photographer kami Faz (Pssttt..ada steam iron kat belakang kitorang tu)


Photoshoot kami bermula dengan Baihaqi. Jenuh photographer nak ligan dia. Seronok betul berlari sana-sini. Omaknya pun pening. Nasib baik dia excited berlari tapi tak tantrum (nangis). Kalau nangis lagi payah. Jenuh la photographer dok tangkap dia....hadoiii. Tapi hasilnya kebabommm!!



Kemudia barulah kami berlima posing ikut arahan photographer. Sebenarnya photoshoot macam ni baru 1st time tau. Biasa kalau amik kat kedai gambar tu semua skema je kan....hihi. Kat sini macam-macam photographer suh posing...besttt!!




Sekejap je dah setel..alhamdulillah. Berpeluh juga dengan Baihaqi yang berlari sana sini. Ingat tempat main agaknya. Photographer yang dikenal dengan nama Faz pun sporting sangat.



Usai posing baru lah Faz masukkan gambar dalam laptop dan Marsha bagi pendrive untuk masukkan gambar. Marsha kena pilih 25 keping untuk di edit. Better korang get ready dengan pendrive sesiap. Kalau terlupa jugak dorang akan bagi melalui email.

Pada awal entri tadi Marsha ada mention kan pakej photoshoot ni pakej skali menderma? CVS Production ada buat Photoshoot Amal Raya dimana 10% dari bayaran setiap pakej akan didermakan pada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah . Ini adalah tahun ke-3 CVS Production buat.



Harga untuk Photoshoot Keluarga Amal Raya Tahun Ke-3


💖RM49
- 10-20 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)

💖RM69
- 20-30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)

💖RM200
- 40-60 min white studio
- 25 edited pictures + Max 20 orang
- Soft copies (25 photos)

⚠ Tambahan :
- Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
- Poster frame : 16"x24" : RM100 / 10"x15" : RM60
- Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi yang tak boleh berjalan adalah percuma)

Marsha dapat tambahan percuma E-Card Raya ( Kad Ucapan Raya Digital ) tau sebab photoshoot di studio Balakong ni. Wah tahun ni tak perlu nak edit kad digital raya dah...hihi




Jadi kalau korang nak photoshoot bersama keluarga, kawan-kawan atau sanak saudara korang boleh direct whatsapp atau SMS 👉0166664034. Kemudian bagitau Nama, Tarikh, Masa & Pakej pilihan korang. Pakej ini masih berlangsung tau sampai habis Syawal ni...jom booking sesiap. Harga murah, pakej skali menderma dan hasil yang terbaik. Mana nak cari kan? Memang puas hati dengan hasilnya.



Maklumat Lanjut


Alamat:



CVS Production Studio
Lokasi Studio Cheras Balakong
B-28-2, Dataran C180,
Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor.

(waze sahaja CVS Production Cheras Balakong)
(Above Dr Voon Clinic & One Print Ads)

Facebook: 



Instagram:



Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

20 sahabat ibu

  1. murah juga ni, lama tak bergambar studio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh grab sementara masih ada pakej ni linda

      Delete
  2. Nice Raya photos! Selamat Hari Raya Marsha

    ReplyDelete
  3. Wah menarik nie Marsha.. Kak Sue tak pernah lagi buat photoshoot raya macam nie.. teringin juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom kak sue...pakej ni sampai habis syawal ni

      Delete
  4. Seronok kan ada gambar kenangan macam nie.. Kak Sue tak pernah lagi photoshoot, teringin juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok Kak Sue. Boleh simpan sebagai kenangan

      Delete
  5. mak ai. murahnya. bestlah siapa ada berdekatan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul murah sangat...yang jauh pun boleh...hihi

      Delete
  6. Murahnya 49, mampu milik, dpt bergambar smbill menderma lagi.

    ReplyDelete
  7. Memang best kalau setiap tahun boleh photoshoot sebagai kenangan kan.

    ReplyDelete
  8. Memang murah sangat sangat pakrj yang ditawarkan kak. Berbaloi2

    ReplyDelete
  9. alaa... murahnya pakej berbaloi la sgt... gambar pun cantik

    ReplyDelete
  10. Cantiklah gambarnya suka puka tengok, clear je

    ReplyDelete
  11. photoshoot di studio ni dah jadi trending balik kan. macam must have gitu.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya gambar rasa Marshaaaa.. kaler baju dan gambar sama naik.. baihaqipun nampak ensem berbaju melayu.. eh..kurta ke

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)