5 Faedah Menggendong Bayi dengan Mamaway Baby Ring Sling

by - 7/03/2019 10:40:00 AM

Assalamualaikum


5 Faedah Menggendong Bayi dengan Mamaway Baby Ring Sling | Amalan menggendong bayi bukanlah perkara baharu dalam masyarakat kita sekarang. Malah ianya menjadi trend masa kini. Walaupun ia kerap dipraktikan pada zaman dahulu, ia semakin meraih meraih populariti dikalangan ibubapa yang memilih keibubapaan alami atau 'natural parenting' dalam membesarkan anak-anak mereka.

Marsha adalah salah seorang ibu yang meminati gajet gendongan atau dikenali sebagai babywearing ini. Tentulah Marsha juga memilih keibubapaan alami untuk membesarkan anak-anak. Marsha mula  start babywearing masa Kakak Anith umur setahun lebih dan masa tu kami nak melancong ke Kuching, Sarawak. Disitu lah bermula pengalaman babywearing Marsha.

Sejarah Gendongan


Sejarah gendongan ni dah lama sangat. Dah ribuan tahun di seluruh dunia, terutamanya Asia telah menggunakan model sling atau balut sling. China mempunyai daya tarikan yang berkait rapat dengan budaya mereka yang dikenali sebagai Mei Tai. Mei Tai adalah kain persegi, dengan tali di setiap sudut. Mei Tai tidak popular di Amerika sehingga awal abad ke-20 sehingga akhirnya model ring sling disesuaikan oleh beberapa pengeluar dengan tali yang terikat tidak tergelincir.
Gendongan Bayi Zaman Dahulu (credit: google)


5 Faedah Menggendong Bayi

1. Bonding antara Ibu/Bapa dengan Bayi lebih rapat.

Bila bayi mendapat sentuhan kulit ke kulit dengan ibu atau bapa, ia akan melahirkan perasaan bonding atau kasih sayang yang lebih dari biasa. Bayi juga lebih tenang bila dapat bau ibu atau bapa sendiri dan tidur lena dalam Mamaway Ring Sling ibarat lena dalam pelukan ibu bapa.

2. Bayi Rasa Lebih Selamat, Kurang Menangis dan Kurang Meragam.

Menjadi lumrah bayi suka dipeluk. Bila bayi menangis akan terus diam bila dipeluk, betul tak? Jadi bila dalam pelukan memang bayi akan tidur lena dan hanya akan bangun bila lapar atau pampers tak selesa. Jika tidak dipeluk, bayi akan mudah meragam kerana rasa kurang selamat. Jadi dengan menggendong bayi, bayi akan rasa lebih selamat.


3. Merangsang Pertumbuhan Mental Bayi


Bayi yang digendong sentiasa mendapat rangsangan dari persekitaran yang sama dengan orang dewasa yang menggendongnya. Ini dapat merangsang deria dan menggalakkan pertumbuhan mental bayi. Oleh itu, pertumbuhan mental bayi dapat dirangsang dengan cepat.



4. Memudahkan Pergerakan dan Bayi Sentiasa Dalam Pemantauan

Bayi yang digendong mudah dibawa ke mana sahaja. Ibu bapa juga tidak perlu lagi membawa “stroller” sekiranya berjalan-jalan terutama sekali semasa melancong atau ke pasaraya. Bayi juga lebih selamat kerana sentiasa berada bersama-sama penggendongnya.


5. Menggalakkan Penyusuan Susu Ibu

Menggendong bayi memberi pelbagai kesan positif kepada penyusuan susu ibu. Di antaranya ialah:
👉Menambah penghasilan susu ibu melalui sentuhan kulit ke kulit yang optimum
👉Sentuhan kulit ke kulit menggalakkan pengeluaran hormon Oxytocin yang sangat penting dalam penghasilan susu ibu
👉Ibu lebih tenang dan lebih banyak susu dihasilkan apabila ibu kurang stres
👉Membenarkan bayi menyusu “on demand”, di mana sahaja, pada bila-bila masa
👉Memudahkan ibu untuk mengecam “feeding cues” iaitu tanda-tanda bayi lapar dan payudara boleh ditawarkan kepada bayi dengan segera

Memang banyakkan kebaikan menggendong bayi ni. Urusan ibu/bapa pun lebih mudah. Kalau Marsha nak shopping memang suka babywearing sebab baby ada je dengan kita jadi kita tak kan terlepas pandang. Bahaya sekarang ni kes penculikan banyak sangat. Tambahan pula kita ada 2 tangan free untuk shopping...hihi 


Mamaway Baby Ring Sling

Kali ini Marsha mencuba Baby Ring Sling dari Mamaway. Pilihan Marsha ialah Vintage Check. Pilihan ini sesuai untuk ibu atau bapa menggendong kerana coraknya yang universal. Memang tergoda dengan coraknya tau.




Kalau korang nak tau, menggendong bayi juga boleh sesuaikan dengan OOTD seharian tau!! Best kan??




Cara Pemakaian Mamaway Baby Ring Sling



Dalam entri kali ini, Marsha share posisi yang Marsha guna untuk gendong Tufael yang berumur 2 bulan. Ada beberapa lagi posisi yang best boleh buat. Korang boleh je google tau posisi yang lain. Jom kita tengok posisi kegemaran Marsha ni.


Koala Position (Newborn)







Koala Position





Jadi jom kita beralih dengan menggendong bayi guna Mamaway Ring Sling ni. Memang selesa sangat. Bayi pun tak rasa panas kerana materialnya yang boleh bernafas. Bila bayi selesa, bayi akan kurang meragam dan bonding lebih terasa. Nak menyusu pun senang. Boleh sesuaikan dengan OOTD seharian pula tu.



Jika bayi suka berjaga dan menangis diwaktu malam, Mamaway adalah alternatif terbaik memberikan keselesaan pada bayi dan juga ibu/bapa. Bayi rasa selesa dan selamat sebab terasa seakan dipeluk dan dekat dengan ibu/bapa dan ibu/bapa juga tidak rasa sakit badan setelah memangku bayi dalam masa yang lama. Selain itu juga, bila ber 'babywearing' dengan Mamaway Ring Sling ni kita boleh buat bermacam kerja sebab 2 tangan free (multitask).


Maklumat Lanjut

Website:

Facebook:

Instagram:


Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

11 sahabat ibu

  1. Nieyl xtau la..mcm x berapa berani nak gendong cmtu kak..hihihi...tapi selamat je ramai tgk kawan-kawan gendong cmtu...:)

    ReplyDelete
  2. senang ada baby sling ni..nak bawa baby ke mana2 pun mudah..el dulu mmg ada pakai baby sling ni..nak2 menyusu pun senang

    ReplyDelete
  3. anak2 pun selesai klu kendong dengan cara yang betul

    ReplyDelete
  4. I love baby wearing because this frees up my hands to do other things

    ReplyDelete
  5. Sekarang nie senang dah kan bila ada produk macam nie.. suka pulak Kak Sue tengok..

    ReplyDelete
  6. Baguslah baby ring sling ni, nampak baby selesa jer..ddk dalam kendongan ibu. Nak gerak pon senang

    ReplyDelete
  7. member chinese pakai ini je kendong anak.. katanya lebih selesa

    ReplyDelete
  8. I tengah cari baby products for my col's full moon party, maybe can consider this also.

    ReplyDelete
  9. Senang jee nak gendong baby tu dengan benda ni, nak try laa guna ni, I nak sharing I guna baby productni, best sangat, benda ni, senang nak tukar diaper untuk baby

    ReplyDelete
  10. Terima kasih sis atas perkongsian.. i memang tengan cari baby product sekarang ni

    ReplyDelete
  11. Ada orang panggil carrier. Memang senang kaum ibu gendong anak guna cara tu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)