Cegah Gingivitis Dengan Gingi Lacer

by - 7/25/2019 11:04:00 AM

Assalamualaikum


Gingivitis adalah penyakit gusi tahap awal yang biasa dialami oleh masyarakat di seluruh dunia. Memang sangat tidak selesa jika mengalami Gingivitis ini. Gusi akan cepat berdarah kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa 1 antara 4 orang dewasa mengalami salah satu jenis jangkitan bakteria ini, dengan 15 hingga 20 peratus daripadanya menderita tahap yang teruk. Huiii..memang menyeramkan! Tetapi Marsha dah jumpa ubat gigi yang boleh membantu mencegah gingivitis ni | Cegah Gingivitis Dengan Gingi Lacer


Cegah Gingivitis Dengan Gingi Lacer

Apakah Tanda-tanda Gingivitis?

Sebelum Marsha share tentang Gingi Lacer ni, mari Marsha kongsikan tanda-tanda Gingivitis sebagai info untuk kita berjaga-jaga. Kita mungkin mudah terlepas pandang tanda-tanda penyakit gusi. Menurut suatu persatuan pergigian profesional, hanya 10% orang dewasa yang mengalami penyakit gusi ini menyedarinya. Namun jika gusi anda bengkak atau mudah berdarah apabila diberus atau diflos, anda mungkin mengalami gingivitis. Ketiadaan rasa sakit apabila mengalami gingivitis adalah sebab ramai orang terlepas pandang penyakit ini.

Punca Gingivitis / Pendarahan Gusi

➢ Gingivitis / Gingivitis Kehamilan 
➢Medications, misalnya: nipis darah 
➢ Rutin flossing baru 
➢ Memastikan gigi palsu yang tidak sesuai dengan baik 
➢ Kurang Vitamin C dan K 
➢Lukemia 
➢Diabetes

Cegah Gingivitis dengan Gingi Lacer




Gingivitis boleh dicegah dengan rutin pembersihan mulut yang baik dan berkesan yang termasuk pemberusan dan memflos gigi dua kali sehari, mampu memulihkan penyakit gusi peringkat awal yang dikenali sebagai gingivitis. Dengan penggunaan Gingi Lacer yang dikhaskan untuk menjaga dan mencegah masalah gusi ianya dapat dicegah dengan lebih berkesan.

Gingi Lacer adalah produk ubat gigi yang bukan biasa-biasa kerana ia dirumuskhas untuk mencegah masalah gusi. Untuk pengetahuan korang, Lacer adalah Pakar dalam kebersihan gigi Oral. Ia didirikan pada tahun 1949 dan dikenali dengan Spanish Pharma Group.  Mempunyai HQ di Barcelona (Sepanyol) serta dihargai di kalangan 10 syarikat kesihatan dalam negeri.

Kebaikan Gingi Lacer


👉Mengurangkan perdarahan gusi dalam 48 jam
👉Mengukuhkan dan melindungi gusi 
👉Mengurangkan pembentukan plak gigi 
👉Menghalang kerosakan gigi 
👉Sesuai untuk kegunaan harian 
👉Tanpa pewarna 
👉Bebas alkohol
👉Sangat dicadangkan untuk  untuk pesakit gingivitis dan pesakit diabetes
👉Tidak mengganggu gusi atau mengubah warna gigi 
👉Tidak pewarnaan dan apa-apa kesan sampingan yang lain

Pengalaman Marsha Setelah Amalkan Gingi Lacer

Setelah 2 minggu konsisten Marsha gunakan Gingi Lacer ni, Marsha perasan yang gusi Marsha dah kurang berdarah selepas memberus gigi. Kalau dulu Marsha perlukan berus gigi yang paling lembut untuk elak gusi dari mengalami pendarahan tapi kini dah tak perlu lagi.



Memang lega sangat bila pendarahan gusi dah kurang. Rasa yakin nak bertemu orang luar. Kalau tak dulu segan nak jumpa orang.

Cara Pembelian Gingi Lacer

Kalau korang nak dapatkan Gingi Lacer ni boleh terus purchase online di Gingilacer Toothpaste. Senang kan? Terus je shopping dan tunggu je produk sampai ke rumah.

Malumat Lanjut

Website | Facebook | Instagram


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

1 sahabat ibu

  1. wah bagus ad aproduk ni..kadang gusi ni berdarah..kene cri ni produk ni..berguna snagat..banyak kelebihan..tengok kecil molek je

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)