Dashing Deo + Perfume Spray | Gabungan Mantap Pertama Dari Dashing

by - 7/01/2019 07:28:00 AM

Assalamualaikum


Dashing Deo + Perfume Spray | Gabungan Mantap Pertama Dari Dashing | Permulaan hari mestilah kita nak mulakan hari dengan positif dan juga penampilan yang hebat. Keyakinan dan mood positif akan datang dan kita boleh mulakan hari dengan hebat dan happy. Antara yang akan memberikan kesan positif dalam permulaan harian yang positif dan hebat ialah rasa segar dan juga wangian yang hebat. Wangian ini memang sinonim dengan kita. Setiap orang lelaki atau wanita, tua atau muda semuanya menggunakan wangian. Tapi kali ini, Marsha nak share tentang produk pria atau jejaka 2 dalam 1 yang diformulasikan untuk memberikan wangian dan menghindar bau badan. Kita pun sedia maklum jejaka dikenali sebagai individu yang suka cabaran dan aktiviti harian yang boleh mengeluarkan peluh. Jadi inilah solusinya!!

Hanya 1 Produk Untuk 2 Fungsi!!

Menggunakan dua produk bagi memastikan jejaka tampil berbau hebat dan segar sebenarnya amat mencabar! Ini kerana, adalah mustahil untuk mencari minyak wangi yang harumannya sepadan atau boleh digabung dengan haruman dari semburan deodoran yang bertujuan untuk mengatasi masalah bau badan sahaja.

Minyak wangi sememangnya lebih mahal, sebab itu sesetengah lelaki hanya menggunakan satu produk sahaja iaitu semburan deodoran untuk mencegah bau badan. Mereka tidak menggunakan minyak wangi untuk haruman hebat sebab kos minyak wangi yang lebih tinggi. Pastinya lebih bagus dan senang jika mempunyai semuanya dalam satu! Ringkas, mudah, dan cepat, itulah mantra seorang lelaki. 

Sebagai peneraju dalam pasaran kelengkapan penjagaan diri lelaki. DASHING memahami sepenuhnya keperluan lelaki dan untuk memberikan penyelesaian muktamad, DASHING melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME! Pertama dari DASHING, satu produk untuk tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari.

Gabungan Mantap 2 dalam 1


Produk DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY yang baru dilancarkan ini menggabungkan kedua-dua manfaat deodoran dan minyak wangi dalam SATU botol! Jadi ia memudahkan dan juga menjimatkan masa. Kalau tak kena pakai 2 kali dan juga kalau nak travel kena bawa 2 produk. Nampaknya DASHING sudah menyelesaikan masalah ini!



Dirumus dengan wangian DASHING Eau De Toilette, ia memberikan haruman maskulin tahan lama untuk memastikan si lelaki berbau hebat sepanjang hari. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria, DEO + PERFUME baharu ini berkesan memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan. Biasanya semburan deodoran hanya boleh bertahan dalam 2 ke 3 minggu, manakala DASHING DEO + PERFUME baharu ini berada dalam liga tersendiri. Formulanya adalah 100% deodoran. Ia amat menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh meyembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 BULAN!

Kaum lelaki kini boleh menikmati semua manfaat DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja anda pergi


4 Variasi DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY


DASHING DEO + PERFUME BODY SRAY kini hadir dalam variasi:


HATTRICK  




Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.



ULTIMATE KICK


Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.



SPEED


Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.



HITMAN


Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Nak Dapatkan DASHING DEO + BODY SPRAY Sekarang?


DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RM12.20.  Harga yang mampu milik bukan?? Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. Untuk maklumat lanjut berkenaan DASHING sila layari laman Facebook DASHING di, https://www.facebook.com/Dashing.MY/ dan Instagram di https://www.instagram.com/dashing_my/.




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

You May Also Like

12 sahabat ibu

  1. wah Dashing keluarkan produk baru!! cik somi mesti suka nih!

    ReplyDelete
  2. That's such a good yetcheap brand

    ReplyDelete
  3. 2 fungsi dalam 1 botol -Jimat sangat dah tu. Harga pun mampu beli sangat kan

    ReplyDelete
  4. Suami akak suka empat-empat ni.. hari2 pakai tukar2 padahal pi kerja je..Haha

    ReplyDelete
  5. Beatnye Dashing ada produk baru, tahniah Dashing.. Kaum lelaki ramai yang guna Dashing.. Harus cari yg baru ni

    ReplyDelete
  6. Dah bagi suami.. Memng bau dia sedap dan wangi.. Dua dalam satu jimat sangat

    ReplyDelete
  7. Dah hadiahkan 4wangian ni kat suami. Kita suka bauan botol hitam tu..

    ReplyDelete
  8. Hubby TB pun guna ni.. dari dulu lagi dia suka bau dashing ni.. wangi

    ReplyDelete
  9. New product from Dashing, bagus kan and harga pun reasonable.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)