Set Lengkap Joylee Olber Series | Mudah Untuk Travel

Assalamualaikum


Set Lengkap Joylee Olber Series | Mudah Untuk Travel | Bila dah ada bayi atau anak kecil, handbag memang tidak menjadi keutamaan. Handbag akan diguna bila anak-anak dah besar. Biasanya ibu akan beralih pada beg bayi atau beg lampin bayi. Sebabnya kalau nak keluar atau travel lampin, susu dan barangan bayi yang lain wajib bawa. Jadi itulah 'handbag' ibu buat sementara. Jadi beg bayi akan jadi banyak. Nak letak lampin, susu dan banyak keperluan lain lagi. Marsha memang suka travel dan setiap kali travel mesti banyak beg nak kena bawa. Semua beg bayi. Paling kurang 2 beg wajib ada. Kalau tertinggal salah satu mesti travel jadi tak best. Sehinggalah suatu hari Marsha 'search' beg bayi serbaguna dan terpaku dengan satu beg yang kenali sebagai Joylee Olber. Hitam elegan warnanya.

5 Sebab Mengapa Marsha Pilih Joylee Olber Bag Series

Kalis Air, Kotoran & Calar

Material yang digunakan untuk Joylee Olber Bag ni memang sangat premium. Paling best ia kalis air, kotoran dan juga calar. Jadi Marsha tak ada masalah untuk bawa Joylee Olber Bag ini untuk aktiviti lasak. Tak semua ibu beranak kecik tak lasak tau. Marsha memang seorang yang lasak dan sangat memerlukan beg bayi yang tahan lasak seperti Joylee Olber Bag ini.

Tak perlu risau nak kotor dan barangan akan basah bila terkena air sebab Joylee Olber Bag ini melindungi barang-barang dari basah terutamanya. 

Poket Hadapan Kekal Haba ( Kekalkan panas dan sejuk lebih lama)

Biasanya sebelum keluar atau turun ke sesuatu tempat Marsha akan panaskan susu siap-siap supaya tak kalut bila baby nak menyusu nanti bila travel. Jadi memang memerlukan kompartmen yang boleh memelihara haba untuk susu kekal segar. Joylee Olber Bag ada kriteria yang Marsha cari. Jadi ia lebih menyenangkan.



3 minggu lepas Marsha join aktiviti lasak ke Hutan BELUM dan aktiviti berjalan lancar sebab Marsha dah siapkan siap-siap susu untuk Tufael. Kebetulan dia nak menyusu diatas bot jadi susu dah suam dan ready untuk dia menyusu.

Kompartmen Yang Banyak dan Besar

Haaa...kompartmen yang banyak memang menjadi antara kriteria Marsha dalam mencari beg bayi. Sebab Marsha nak letak semua keperluan bayi dalam 1 beg sahaja. Tak perlu banyak-banyak beg. Bagi Marsha kalau nak travel memang kena less bag. Barulah selesa nak travel. Joylee Olber Bag ni mempunyai 20 kompartmen. Haa...banyak kan? Boleh muat pelbagai barang keperluan bayi.



Dalam 1 beg wajib ada lampin, susu, botol susu, mandian dan sebagainya. Memang semua keperluan bayi mesti dibawa jika nak travel. Jadi kompartmen besar memang sangat sesuai. Dengan Joylee Olber Bag ni semuanya dapat dibawa tanpa gagal dalam 1 beg sahaja. Easy going!!

Kompartmen Rahsia ( Anti Theft Hidden Pocket)

Kalau korang nak tahu, ada satu kompartmen yang menarik hati Marsha iaitu kompartmen rahsia dibahagian belakang. Dikhaskan untuk letak handphone, duit atau beg duit kecil. Jadi memang tak perlu guna handbag sebab dah ada komparmen rahsia yang safety untuk kita. Jadi boleh kemana-mana dengan senang dengan Joylee Olber Bag.


Dispenser Tisu Basah

Joylee Olber Bag mempunyai satu kompartmen yang khas untuk tisu basah. Bayi dengan tisu basah memang tak boleh dipisahkan. Pada Marsha tisu basah amat diperlukan dalam semua situasi yang melibatkan bayi.



Kalau letak tisu basah dalam kompartmen didalam beg ia akan makan ruang yang lain. Dengan adanya dispenser tisu basah pada Joylee Bag ni memang senang sangat. Nak ambil tisu basah pun senang. Tak perlu nak kelam kabut cari dalam beg.

Perlindungan Penjagaan Tulang Belakang

Bila bawa beg yang berat dengan bayi mesti akan rasa sakit belakang. Untuk menyantuni ibu dan bapa , design Joylee Olber Bag ini dereka khas untuk melindungi tulang belakang. Jadi korang jangan risau beg ini akan melindungi tulang belakang. Jadi kalau galas sepanjang hari pun tiada masalah.



Ringan

Kalau korang nak tahu walaupun Joylee Olber Bag ni boleh masuk segala keperluan bayi, ianya tetap ringan. Memang sangat suprised. Ini kerana designnya yang terbaik dan penggunaan material yang ringan membuatkan ia masih ringan walaupun telah dimuatkan dengan barang-barang keperluan bayi. Sangat selesa bila menggalas Joylee Olber Bag ni.



Jadi memang sangat recommended untuk travel. Ringan dan easy going. Personally memang best la bawa Joylee Olber Bag ni untuk travel. Kalau nak tau lebih tentang Joylee Olber Traveller Bagpack ni KLIK SINI.




Joylee Olber Bag Series
Joylee Olber Bag ini didatangkan dalam satu set yang dikenali sebagai Joylee Olber Bag Series. Kandungan dalam set Joylee Olber Bag Series ni ialah:



👉Joylee Olber Traveller Bagpack
👉Joylee Portable Baby Changing Pad


👉Joylee Light Ultra Flask
👉Joylee Multi-use Sponge Brush



Buat ibu bapa diluar sana yang suka travel memang Marsha suggest Joylee Olber Bag ni sebab ia sangat praktikal dan easy going. Jadi travel akan lebih mudah dan lancar bila keperluan bayi cukup tanpa masalah lain. Kalau tak travel pun Joylee Olber Bagpack ni sesuai kalau korang nak letak kat stroller juga sebab ia ada (Stroller Support Strap) strap yang direka khas untuk stroller.


Maklumat Lanjut


Website | Facebook | Instagram




Marsha
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger

5 Comments

  1. Bagusnya kak marsha share tentang beg ni... Kegunaan dia byk. .

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk mak mak yg ada anak kecik

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan pendapat kak Marsha. Bawa satu beg cukup.banyak2 memang leceh

    ReplyDelete
  4. menarik bag tu..skrg ni mmg kena beli bag gini utk travel..xpyh nak guna bag troli bagai dah..mudah jer kan

    ReplyDelete
  5. cantik mar... sweet giler design.. praktikal plak tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us